tujuan entri aku semalam adalah sebab aku nak kongsi kisah pada entri hari ni. entri semalam tu kira macam prolog la... huhuhu
alkisahnya....
aku kerap mimpi hantu. kadang-kadang dalam seminggu ada 2,3 kali aku mimpi hantu. mimpi pulak memang tak boleh blah punye seram sampai terbawa-bawa bila dah terjaga. maksudnya ketakutan didalam mimpi tu sampai aku terjaga aku masih takut dan menggigil malah kadang-kadang rasa mencungap-cungap pula.
selain daripada itu, aku selalu mimpi ular. memang kerap. bukan setakat mimpi, masa zaman aku sekolah dulu aku selalu terserempak dengan ular betul-betul. tiap kali terserempak dengan ular mesti aku sensorang masa tu.
aku juga selalu mimpi jatuh ditempat yang tinggi dan bila terjatuh tu aku mesti tersedar sebab macam real je jatuh bangunan. lepas tu kadang-kadang mimpi berada kat jamban. bukannya pegi teberak tapi tah apa aku buat beborak-borak dengan sape aku tak ingat dalam jamban macam takde tempat lain pulak!
tak cukup dengan tu, aku selalu mimpi beranak. dari sebelum kawin sampai dah kawin dan dah beranak betul-betul ni, aku masih mimpi aku beranak, jaga baby yang dalam mimpi tu kononnya baby aku lah. kalau di alam realiti betul-betul beranak ni, dah 5,6 orang anak aku dah ni. hahaha.
bukan setakat mimpi yang pelik-pelik, di alam realiti ni kadang-kadang aku terasa di perhatikan. bukan diperhatikan oleh manusia lah maksudnya. aku pernah buat entry rasanya pasal bayangan hitam dibelakang aku. bayangan hitam ni bukan sekali tapi dah beberapa kali dan dalam entri tu bukan yang pertama kali terjadi sebenarnya. pernah aku sedang mencuci muka dalam bilik air (tak tutup pintu) tetiba terasa ada orang sedang berdiri betul-betul dibelakang aku. aku sangkakan encik capo tapi bila aku toleh belakang tak ada sesiapa. aku terus keluar dari bilik air saat tu juga, dan terdengar suara encik capo tengah begurau senda dengan arissa kat ruang tamu. nak kata encik capo nak begurau senda dengan aku, bilik air dan ruang tamu jauh. kalau dia belari anak, aku pasti dengar bunyi tapak kaki gak tapi takde dengar.
selain dalam bilik air, ia juga pernah terjadi di dapor semasa aku sedang basuh pinggan atau membuka peti ais. macam ada orang berdiri betul-betul kat belakang aku. tapi bila toleh tak da sesiapa. nak kata encik capo, dia ada kat ruang tamu tengah main dengan arissa. kalau tak kat ruang tamu, dia main game kat tempat dia yang memang aku boleh nampak dari dapo tu. yang kat dapo ni 2,3 kali kena aku rasa. sebab tu aku jadi pemalas masak kot padahal dulu-dulu rajin gile aku memasak. hahaha alasan. selain dari itu aku juga akan kerap mengantuk secara
tiba-tiba apabila mendengar ayat-ayat ruqyah walaupun pada awalnya aku
langsung tak mengantuk.
kes benda beralih pun dah 2 kali aku perasan. ni yang aku perasan lah, yang aku tak perasan aku tak tau. aku ada letak berus kat tingkap di sinki di dapo. sejak berhari atau berminggu atau berbulan, berus tu makin lama makin teranjak ke luar. mungkin aku ada terlanggar atau cicak melanggar lalu teralih hingga ke bahagian luar tingkap. tapi aku tak pernah betulkan atau tak pernah amik berus dan letak dalam semula. tiba-tiba satu hari (tak ingat pula siang ke malam), masa aku nak basuh pinggan aku tengok berus tu dah ada kat bahagian dalam tingkap. berderau darah aku masa tu. untuk sedapkan hati aku tanya encik capo ada tak alihkan berus kat luar tingkap tu bawak masuk ke dalam? encik capo kate dia takde buat. maka takkan aku nak tuduh arissa pulak sebab kompem arissa tak sampai. berhari-hari aku pikir sapa yang anjakkan berus tu sehinggalah aku lupa sendiri.
baru 2 hari lepas makanan ikan aku pulak dah teranjak. aku pasti aku orang terakhir yang bagi ikan makan sebelum keluar pegi kerja dan letak kat tepi rak tv. tapi malam tu bila dah balik dan aku nak bagi ikan makan melilau aku mencari makanan ikan tak jumpa. sampai bawah kerusi, dalam rak tv aku mencari tapi takde. aku yakin dan pasti aku letak di tepi rak tv sebab aku toleh 2 kali sebelum keluar masa tu. bila dah puas cari aku pun termenung pikir mana pegi makanan ikan? tetiba baru ternampak elok je terletak kat rak dapor pemenan arissa tak jauh dari rak tv tu. nak kata arissa yang letak kat situ tak mungkin pula sebab arissa aku dah hantar pegi rumah uwan dia masa azan subuh lagi. masa tu dia tido lagi. manakala aku keluar pegi keje dalam pukul 7.15 pagi camtu. balik dari kerja malam tu, letak beg, bukak tudung, terus nak bagi ikan makan. masa tu arissa, masuk-masuk rumah terus duduk kat sofa main game kat henpon aku. jadi aku muskil sape alihkan makanan ikan tu??? kompemlah encik capo kata bukan dia. tsk tsk tsk...T_T
ada beberapa lagi lah yang aku alami. dengar bunyi macam tapak kaki berjalan kat siling malam-malam salah satunya. tapi aku anggap ni kucing yang panjat atas siling tu lalu berjalan-jalan di atasnya. huhu. simptom yang lain aku simpan sendiri aje lah. kiranya yang aku cerita kat sini major simptom la.
dalam banyak-banyak kes di atas, disebabkan kerap terasa diperhatikan dan terasa ada bayangan hitam dibelakang ku, maka aku telah pergi berjumpa seseorang beberapa hari lepas untuk kompemkan. keputusannya.... malas lah aku nak kongsi. hahahahaha...
semoga aku tidak lemah semangat dan semoga Allah sentiasa melindungi aku dan keluargaku. Amin....
sekian...
2 comments:
Huhu.. rasanya dah lama saya jadi lebih pemberani.. tapi dulu.. memang saka dah jadi sebahagian hidup saya dan anak-anak sekali.. bila dia jadi jahat dan ganggu kami, maka kami bertindak membuangnya.. sekarang kami bebas.. Alhamdulillah..
yeke kak? tapi saya tak de saka. saka ni yang diturun turunkan kepada ahli keluarga tu kan. saya lebih kepada gangguan jin. setakat ni macam tu lah gangguannya. harap-harap janganlah dia kacau lebih dari itu.
Post a Comment