Friday, July 5, 2013

bayangan gurauan

malam tadi encik capo tido awal. belum pukul 8 malam dia dah tido. katanya nak baring-baring aje. alih-alih dengar alunan dengkuran. tu maknanya 'baring' sangatlah. tinggallah aku dan arissa yang masih berjaga. disebabkan takde apa nak buat, aku kemas 'port' arissa. 'port' arissa tu memang khas untuk arissa lah. segala mainan, khemah, gelongsor + rumah, meja studi, buku-buku, kerusi malas arissa, dan sebagainya memang aku susun kat situ. kalau dah namanya 'port' budak-budak, maka bersepah-sepah tu memang tak dapat nak dielakkan. kemas macammanapun akhirnya bersepah jugak.

lepas dah siap kemas, aku on laptop. nak layan candy crush kat facebook laptop sebab nyawa candy crush kat henset dah abis. sambil aku main, arissa main-main kat sebelah aku. lepas tu arissa pulak nak main farm heroes kat laptop. so, aku main candy crush kat henset pulak sebab dah ada nyawa. dalam pada sibuk main game, arissa pun dah mengantuk lalu tido. tinggallah aku dalam pukul 10 malam tu masih berjaga. dalam pada main candy crush sorang-sorang di malam yang sunyi (sebab aku tak on tv), maka macam-macam bunyianlah yang aku dengar. bila dah tinggal sorang yang masih berjaga ni mulalah perasaan tu tetiba rasa tak sedap. asal dengar bunyi je aku terus toleh cari apa punca bunyi tersebut. tak aman pulak main candy crush kalau hati rasa seram aje.

kemudian terdengar satu bunyi yang aku cuba sangkalkan.
'mungkin bunyi cicak mengawan agaknye' huhuhuu. aku toleh ke arah datangnya bunyi walaupun hati dah mula rasa dup dap dan tak sedap. takde apa-apa yang kelihatan (itu lebih baik) lalu aku alihkan pandangan ke monitor laptop sambung main candy crush. dalam pada kepala aku berada tepat mengadap laptop tetiba dari hujung mata kiri aku nampak bayangan hitam lalu dengan cepat dan berhenti dan berdiri dibelakang aku. serentak terus meremang bulu roma seluruh badan. terus aku toleh belakang tetapi tak nampak apa-apa (sekali lagi, itu lebih baik).

waaaaaaaaaaa..........satu badan dah menggigil, terus hilang candy crush dalam kepala aku lalu aku kejut encik capo. aku tak peduli, aku mesti kejut jugak sebab aku dah takut sangat. masa tu lebih kurang pukul 11.15 malam. bila encik capo bangun, aku tak cerita pun kat dia. buat-buat cakap cam biasa lepas tu terus amik tempat antara arissa dengan encik capo. biasanya, mana ada orang yang baru lepas kena ganggu nak cerita terus kan pasal gangguan or hantu tu on the spot kat orang lain. itu boleh menambahkan rasa takut dan mendatangkan panik. maka aku berdiam diri dan simpan rasa takut dan seram untuk diceritakan esoknya (pagi ni). disebabkan aku tak mengantuk lagi, memang susah lah sangat aku nak tido. mata terkebil-kebil aje pandang kiri kanan, atas bawah dengan harapan tak nampak apa-apa lembaga or bayangan hitam lagi. oh ya, sejurus lepas nampak banyangan hitam tu terus mulut aku tak henti-henti baca ayat kursi. nasib baik tak tunggang langgang bacaan, sebab tengah menggigil seram.

entah pukul berapa baru aku terlelap tetiba terkejut dengar suara arissa yang menjerit-jerit menangis sambil duduk dan terus tangan dia peluk aku bila akuk terjaga. on the spot aku terus terduduk dan bukak lampu. serentak dengan tu jugak perasaan seram dan menggigil datang balik. tengok jam baru pukul 1.25 pagi.

aku: arissa, nape ni?
arissa dengan mata masih terpejam, tapi tangan duk menepis-nepis sambil nangis-nangis. aku tepuk-tepuk dan panggil nama arissa supaya dia bukak mata.

arissa: aisa takut binatang duduk kat kusi hitam.

owh.

.................

kusi hitam tu ialah sofa kaler hitam di ruang tamu betul-betul sebelah arissa. sofa tu sebagai penghadang arissa supaya tak over limit tegolek masa tido sebab arissa tido lasak. kalau keadaan yang normal, mungkin kelaka kot dengar arissa cakap camtu, tapi disebabkan keadaan tengah seram, rasa seram lah pulak.

aku punya seram dan menggigil tak hilang lagi, ditambah pulak dengan apa arissa cakap tadi. entah betul atau dia mengigau aku pun tak pasti. aku agak mesti bayangan hitam yang aku nampak tu rupa cam binatang. sebab arissa cakap binatang. kalau muka hantu mesti arissa cakap takut hantu. huhuhu. terimaginasi pulak.

bila arissa dah tido balik, aku pun baring. encik capo yang terjaga juga masa arissa menjerit-jerit tadi terus dah tak boleh tido dan main candy crush pulak. aku yang sedang menggigil kuasa dua, pun main candy crush di pukul 1.30 pagi. lepas dah ngantuk balik baru sambung tido dengan harapan tiada gangguan lagi selepas ini.

alhamdulillah, aku terjaga semula pukul 5.55 pagi sebab alarm dah berbunyi dan terus bangun untuk memulakan hari jumaat ini. maknanya lepas arissa menangis + menjerit pukul 1.25 tu takde lagi dia berbuat begitu lagi.

semoga malam ini dan malam-malam seterusnya aman aman sahaja...

6 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Eh! Ni gangguan pertama kali ke?? Harap2 takde gangguan lepas ni. Yang tak tahan tu, dah kena macam tu lehlah pulak men candy crush, sabo jelaa.. haha

wildcutecat said...

tq komen seri kandi tanah jauhar. amboi panjangnya nama ;).

ni gangguan yang ke tiga atau keempat dirumah ni. cuma sebelum ni arissa aje yang kena. kali ni diri sendiri yang nampak.

hihihi. pengaruh candy crush kuat sangat.

Iyiana said...

cer mainkan ayat ruqyah sepanjang malam. itu untuk tujuan menghalau pendatang tak diundang.

anyway.. yana dah berpindah ke http://iyiana.com tau. nanti berkunjunglah ke sana :)

mekchu said...

eeee... seram la pulak.. sbb arissa pun nampak kan.. main2 pulak si dia yg hitam tu..

wildcutecat said...

iyiana. selalu memang kalau rasa lain macam atau arissa menangis sebab takutkan 'sesuatu' memang bukak ayat ruqyah. tapi entah kenapa hari tu tak ingat langsung pasal ayat ruqyah ni. mungkin sebab kali ni akak yang nampak. panik sampai tak ingat.

wildcutecat said...

mekchu, itu lah. arissa mesti nampak clear. nasib baik saya nampak bayangan sahaja. kalau nampak yang clear...pengsannnnnn

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails