sekarang kat rumah kami (aku, encik capo n arissa) dah ada ikan. haiwan peliharaan pertama dibela sejak tinggal dirumah sekarang ni. ikan yang kiteorang bela ialah ikan guppy. baru je beli hari ahad minggu lepas (7/7/2013) kat pet world, one utama.
kiteorang beli sepasang ikan guppy, dan sepasang ikan yang aku tak tahu nama dia tapi fungsi dia makan alga dalam akuarium. aku panggil ikan ni ikan X lah. selain tu, mestilah beli akuarium sekali. akurium siap dengan filter dan lampu LED. seekor ikan guppy jantan RM10, yang betina RM50. jenis apa, aku tak pasti. yang lagi 2 ekor tu RM5 seekor.
bila balik rumah, tak sabar-sabar nak masukkan ikan-ikan yang baru dibeli dalam akuarium. keje aku dengan arissa sejak ada ikan, asik mengadap ikan je. bukan buat apa pun. tengok je ikan berenang-renang dalam akuarium tu.
lepas 2 hari, kiteorang ke kedai ikan di sikamat sebab aku nak cari anak ikan bandaraya. ala ikan yang suka melekap kat cermin akuarium tu. tapi bila sampai kat kedai ikan, kiteorang terkejut tengok harga ikan guppy kat sana. yang jantan 50 sen dan yang betina 70 sen. jauhnye beza dengan ikan guppy yang kiteorang beli kat pet world tu. adakah ia spesis lain menyebabkan ikan yang pet world tu mahal sangat sampai RM 50 seekor? atau sebab ia dijual dalam one utama yang menyebabkan ia mahal? RM 50 dengan 70 sen sangat besar bezanya. huhuhuhuh
mungkin mahal sebab corak atau spesis kot. sebab ikan guppy jantan yang aku beli RM10 tu memang cantik. ekor dan sirip panjang. yang betina biasa2 je walaupun harga RM50. ikan guppy jantan yang 50sen ni tak cantik sangat. biasa-biasa je. sirip dan ekor pun biasa.
dikedai ikan tu, kami beli lagi ikan guppy. 2 ekor jantan dan 2 ekor betina. total hanya RM 2.40 untuk 4 ekor ikan guppy berbanding RM60 untuk 2 ekor ikan guppy yang dibeli di pet world.
seekor ikan X dah mati sebab dia pegi melompat lalu terkeluar dari
akurium. masa tu kiteorang takde kat rumah, kesian kamu wahai
ikan....kalau kiteorang ada kt rumah mesti dapat selamatkan ikan tu.
disebabkan keje aku asik mengadap ikan kat akuarium, maka aku perasan perubahan-perubahan ikan-ikan guppy dan ikan x. hari khamis lepas, dalam pada aku duk mengadap ikan guppy, tetiba mata aku terpandang anak ikan kecik dalam akuarium tu. excited gile sebab ikan guppy yang RM50 tu dah ada anak. ada 10 ekor semuanya anak dia.
aku asingkan anak ikan guppy dalam balang sebab aku google, yang ikan guppy dewasa termasuk mak dan ayah, makan anak-anak ikan guppy. sayanglah kalau biarkan anak ikan guppy mati kena makan. hari sabtu lepas, salah seekor ikan guppy betina (yang 70 sen) dah dapat anak. tapi sekor je pulak. sebab sehingga tengah hari ni aku tinjau, tak bertambah-tambah. anak ikan baru tu pun aku dah pindahkan bersama-sama 10 ekor anak ikan yang lain.
sehingga entry ni ditaip, ikan guppy peliharaan kami dah jadi 17 ekor. kalau termasuk ikan X, ada 18 ekor. nampaknya kami kena beli akuarium yang lebih besar lepas ni. rasa seronok pula bela ikan nih. keje aku bagi ikan makan, asingkan anak ikan dan mengadap ikan untuk belajar perangai masing-masing ;-p. bab membasuh akuarium aku serahkan kepada encik capo sebab aku malas. hahahaha
2 comments:
ikan yang X tu ikan bandaraya
ikan yang X tu ikan bandaraya
Post a Comment