Sunday, March 11, 2012

kesukaan baru

jumaat malam hari tu aku buat kek coklat. tak sangka first time buat terus menjadi. resepinya aku amik dari internet. lembut dan sedap a. ^_^.

taraaa....kek coklat yang masih panas lagi

hari sabtu pula aku bercadang nak buat apam polkadot. resepi pun aku amik kat internet. disebabkan kat rumah aku takde pengukus, maka, hari sabtu dalam pukul 3 petang, aku ajak kakngah teman beli pengukus. kakngah suggest beli kat singapore street. ni singapore street kat seremban ok, bukan kat singapore nun ^_-.  so, lepas beli pengukus dan bahan, kiteorang pun balik rumah aku.

kakngah request nak kek marble. disebabkan bahan memang ada kat rumah, terus aku tunaikan request dari kakngah. dan dan tu juga buat kek marble. hasilnya tengok gambar kat bawah. tapi dapat amik gambar lepas kek dah dipotong-potong sebab aku tengah sibuk di dapo sediakan bahan nak buat apam polkadot pulak.

taraaa...kek marble kedua yang aku buat.  


 lepas keluarkan kek marble dari oven, aku terus buat apam polkadot pulak. rasa seronok je masa buat bahan apam polkadot ni terutama lepas letak kaler. ^_^. takde la susah sangat buat apam polkadot ni. seronok sangat sebab comel je apam polakdot ni.

taraaa...ni la hasilnya. corak pokadotnye memang tak semenggah sket sebab 1st time buat. terkial-kial nak buat dot-dot *_*
niat hati nak buat corak bee sebab tengok kat internet comel je apam yang dibuat corak bee dan lady bird. so, aku yang amatur ni pun try a buat corak bee. tapi hasilnya ... hahahaha...macam corak raksasa baru kena lenyek dengan ultraman je. last-last semua buat corak polkadot. itu je corak yang senang dan mampu untuk dibuat.

apam corak bee yang tak menjadi. hahahhaa.
aku sangat puas hati sebab apam polkadot ku menjadi walaupun corak bee tak jadi ^_^. rasa apam ni sedap sama macam beli online. aku tau a sebab kakak aku pernah beli apam polkadot online masa besday arissa yang ke setahun bulan januari hari tu. so, lepas ni kalau ada majlis apa-apa, tak perlu la beli apam polkadot lagi sebab aku dah boleh buat sendiri. buat kali kedua dan seterusnya mungkin corak polkdot tu cantik sket kot. hahahahaha. oh ya, terima kasih kat kakngah juga sebab tolong buat apam polkadot ni sebab arissa tetiba menangis taknak kat orang lain kecuali mak dia. kena la aku layan arissa kejap sampai dia ok dan sambung balik buat apam polkadot ni.

tahniah kepada diri sendiri sebab dah maju setapak ke hadapan. tetiba plak meroyan nak belajar buat kek dan kuih je skang. ahahahaha. lepas ni kek atau kuih apa pulak? tunggguuuuuu k. hihihi.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails