Wednesday, March 28, 2012

pakej yang tidak aku ingini

3 hari beturut sejak isnin hari tu, kepala pening dan rasa nak muntah. jujur aku kate, lepas lunch hari isnin hari tu aku tido kat opis. tido bersandar kat kerusi aku la. dah letak minyak angin pun takde effect. bab rasa nak muntah tu yang malas sket sbb kena bersedia untuk lari ke toilet. samada sempat sampai toilet atau akan termuntah semasa sedang berlari?

ok, mesti ramai akan suspek arissa nak dapat adik. simptom-simptom memang macam orang pregnant. tapi bukan lorr. sebenarnya aku lapa. tak tau kenapa tetiba aku rasa lapar dan bila aku tak makan cepat-cepat, terus dia effect ke kepala. tu membuatkan aku pening dan rasa nak muntah. tapi masalahnya bila dah makan, tak elok gak. kena makan masa lapa tu datang atau sebelum. kalau lapa tu dah effect jadi pening, dah tak berkesan dah. so menahan la pening kepala dan nak muntah.

semalam pun sama. padahal aku dah breakfast pukul 8 lebih tu. tetiba pukul 11 pagi lapa datang menyerang. aku dah makan roti sebab ada simpan stok roti kalau kecemasan lapa macam ni. tapi roti tu tak cukup pulak nak menampung lapa yang tetiba datang. disebabkan itu terus kepala aku pening macam nak pitam dan tekak rasa nak muntah lagi. owh...masa tu rasa nak pegi tido kat surau tapi tak selesa pulak kalau orang keluar masuk surau nanti. so aku menahan la pening kat kerusi meja aku. minyak angin dah ntah berapa kali letak tapi tetap takde berkurang. sudah la, meeting petang semalam. lagi seksa sebab tak bole a nak curi-curi lelap mata bagi pening kurang sket.

hari ni pun sama lorrr... aku dah amik breakfast. lepas sejam, aku makan roti sket-sket sebab taknak bagi lapa datang tetiba lagi. tapi kenapa lapa itu masih tetap datang seolah-olah aku tak makan apa-apa sejak pagi tadi??? betul-betul lapa macam masa pregnantkan arissa awal-awal dulu. tak sanggup a nak pening dan rasa nak muntah hari-hari macam ni. kalau memang pregnant takpe la jugak. tapi ni lapa saje-saje je.

simptom apakah ini selain dari pregnant? lapa walaupun dah makan banyak+ pening + rasa nak muntah???

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails