Sunday, March 18, 2012

hujung minggu yang tak berapa ceria

malas betul nak update blog skang. bukan ape, sejak aku tau ada seseorang yang baca blog aku, aku jadi macam malas pulak nak update blog. tu pasal entri selang seminggu ke 2 minggu. huhu. rasa macam dah takde mood nak kongsi aktiviti aku n famili. tapi dah tentu la namanya blog, mesti la ada orang baca, kalau tak buat apa ada blog kan??? huhuu. tapi...bukan orang itu yang aku mahu jadi pembaca blog aku. la la la la la.

weekend ni aku tak berapa sihat. demam selsema lagi. padahal baru je bulan februari hari tu aku demam selsema dan amik MC. tetiba tak sampai sebulan dah demam balik. huh! aku harap demam ni tak sampai buatkan aku amik MC esok (isnin). aku sangat malas nak MC. nak kena fikir ayat baik punya nak sms lagi, nak kena pegi klinik. owh! pegi klinik nak kena pegi pagi pulak tu. dah tentu la orang demam sangat malas dan tak larat nak bangun pagi. nak tido aje. tapi nak taknak kena la pegi pagi. kang pegi petang, demam dah elok, nanti doktor cek tak demam dah suspek menipu pulak. kalau tak pegi klinik, amik EL dah buruk pulak rekod. padahal sakit cuma taknak pegi klinik. tapi dah kena suspek pemalas nak pegi keje pulak. aduyai.

dan lagi satu kalau aku demam memang takkannye pegi klinik kerajaan. sebab apa, masa menunggu yang terlalu lama. dah la tak larat sebab demam, nak kena menunggu berejam lagi. elok2 demam masa menunggu giliran, tetiba sampai kat doktor, demam dah kurang pulak. tak pasal2 tak dapat MC sebab suspek nak menipu jugak. sia-sia menunggu giliran berejam. huhuuhu. hidung tersumbat, deria rasa pun tak berfungsi sangat, sakit tekak lagi. owh...sangat menguji. aku tak pegi klinik pun. bukan sebab demam hujung minggu tapi ubat mase demam bulan lepas banyak lagi. so tak payah nak membazir. lagipun hujung-hujung bulan ni duit pun dah menipis. hahahah. petang tadi, pegi klinik sebab anta arissa je. budak kecik ni batuk-batuk dari hari tu. harap-harap tak serius.

ok la. sekian.


^_-

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails