aku pernah buat entri pasal aku menonton movie the conjuring baru-baru ini. diawal permulaan movie tersebut ada diselitkan pasal pasangan warren membantu dua orang remaja perempuan yang diganggu dengan patung annabelle. patung annabelle didalam movie ini adalah sangat menakutkan ala-ala patung chucky gitu. tapi patung yang sebenarnya tak adalah ngeri pun wajahnya. biasa-biasa aje. kalau nak tahu lebih lanjut pasal patung annabelle boleh ke website pasangan warren tu di http://www.warrens.net/Annabelle.html. kalau nak tengok rupa patung annabelle tu juga boleh tengok kat website tu. aku tak berani nak upload gambar anak patung berhantu kat blog aku. huhuhuhu.
aku sebenarnya bukan nak cerita pasal patung annabelle tu. tu cuma pengenalan sahaja. sebenarnya aku nak cerita tentang mimpi yang aku alami semasa aku masih kanak-kanak lagi. masa tu umur dalam lingkunag 5-7 tahun, aku pun dah tak pasti. apabila melihat patung annabelle yang sebenar, aku tetiba rasa seolah-olah pernah melihat anak patung tu lama dahulu. aku tak pernah ada pun anak patung tu tapi memang rasa pernah lihat. tiba-tiba ingatan aku pun dapat mengakses dimana aku pernah jumpa anak patung tersebut.
rupa-rupanya itulah anak patung yang aku mimpi semasa aku masih kanak-kanak yang comot. mimipi tu aku masih ingat sehingga sekarang kerana bagi aku pada masa tu mimpi tersebut sangat seram. dalam mimpi tersebut, aku yang masih kanak-kanak tiba-tiba berada di satu kawasan yang gelap gelita. apabila aku melangkah ke hadapan tiba-tiba aku sedar yang aku berada di suatu tempat yang bentuknya bulat. disekeliling bulatan ada dinding tanpa pintu dan dihiasi pokok dedaun disepanjang bulatan tersebut dan juga terdapat sebuah bangku panjang.
apabila aku terus melangkah dalam keadaan yang terpinga-pinga, aku ternampak ditengah-tengah bulatan ada satu lagi bulatan yang lebih kecil. terdapat satu jurang yang dalam memisahkan antara bulatan besar dan bulatan kecil. ditengah-tengah bulatan kecil terdapat satu tiang lampu yang tinggi. bila aku melihat tiang lampu tu dari bawah dan membawak ke atas, tiba-tiba aku ternampak ada 2 anak patung satu lelaki dan satu perempuan yang sedang tidor sambil belakang masing-masing tersangkut pada puncak tiang lampu. yang lelaki berambut biru dan yang perempuan berambut merah/pink.
sekonyong-konyong (hahaha...betulkah perkataan tu) mata aku tepat memandang anak patung tu, tiba-tiba kedua-dua anak patung tu terus terjaga dan memandang aku dengan pandangan yang seram. kedua-dua anak patung tu terus mengelongsor turun dari tiang lampu lalu melompat ke bulatan yang besar dimana aku berdiri dan terus mengejar aku. aku pun tanpa berlengah lagi terus berlari cuba menyelamatkan diri dari anak-anak patung tersebut. aku cuma boleh berlari dalam bentuk bulatan sebab seperti yang aku bagitau awal-awal tadi, tempat tu berbentuk bulat. entah berapa round aku berlari aku pun tak pasti. kedua-dua anak patung tersebut masih gigih mengejar aku. dan aku tak akan sekali-kali menyerahkan diri kepada anak-anak patung tersebut sebab takut.
dalam pada aku tengah mengah berlari, tiba-tiba aku terjaga dari tidor dan terus terduduk. mimpi tu seolah-olah macam real dan aku sangat takut masa tu walaupun aku dah sedar dari tido. kaki pun masih menggigil dan jantung pun laju seolah-olah aku betul-betul baru lepas berlari. mimpi tersebut tak pernah aku lupakan cuma takdelah ingat hari-hari.
bila terlihat patung annabelle yang sebenar yang berada di muzium pasangan warren ni, baru aku teringat patung annabelle tu sama macam patung yang dalam mimpi aku. yang patung perempuan la. yang patung lelaki tu bezanya hanya baju dan rambut dimana rambut patung lelaki warna biru tapi rupa masih sama. owh sungguh scary bila teringat dan lebih scary bila anak patung annabelle yang sebenar sama seperti anak patung didalam mimpi aku. semoga anak patung dalam mimpi aku tu bukan annabelle. semoga aku takkan mimpi pasal anak patung ni lagi lepas tahu rupa dia sama macam annabelle. huhuhu
sekian...cerita mimpi seram zaman kanak-kanak aku.
1 comment:
akak masa kecik dulu pun penah mimpi kena kejar anak patung tapi tak ingat langsung rupa patung yang mengejar tu..
Post a Comment