Saturday, February 11, 2012

facebook situ sana sini

aku rasa ramai ada akaun fb. ada yang aktif ada yang tak aktif. macam aku...aku ada 2 akaun fb. satu personal satu lagi kedai online punye iaitu arissa's choice. yang akaun arissa's choice memang hampir setiap hari la cek sebab nak promote dan jawab pertanyaan dari customer. yang akaun personal jarang a bukak. kalau bukak pun, aku tak buat apa-apa. baca status atau mesej aje. jarang sekali update status, reply status orang atau like mengelike ni.

status orang memang aku suka baca. ye la, kadang-kadang ada yang letak status yang beri info bermanfaat kepada orang yang bace. tak kisah la berunsur agama atau nasihat menasihati. boleh tambah ilmu dari situ. ada juga yang kongsi status pasal jalan-jalan dan makanan. tu pun ok gak sebab kot-kot tempat dorang bercuti atau jenjalan tu best, maka esok lusa boleh ke sana pulak.

tapi ada tu yang letak status terlalu peribadi yang aku rasa tak yah kongsi kat fb pun takpe. bukan aje membodohkan diri sendiri malah membuka aib diri dan juga orang yang dimaksudkan. contohnye la kan, sebelum-sebelum ni aku ada terbaca status sorang friend dalam fb aku. tapi aku tak sure samada aku kenal dia atau tak. pernah kah aku dan dia berkawan? langsung tak ingat tapi ada dalam friend list aku. salah satu status dia yang aku rasa agak over bila dia bagitau yang dia pinjam boxer laki dia. pastu siap bagitau laki dia pakai boxer koyak rabak pegi keje.  di hari yang lain siap bagitau keluar rumah tak pakai pakaian dalam sebab tak sempat nak pakai. bra dgn spenda la tu. abis semua orang tahu kat rumah memang tak pakai bra n spenda. tak kisah la kan kat rumah sendiri taknak pakai. tu lantak memasing la. tapi perlu ke bagitau kat semua orang? tido peluk-peluk dengan laki pun nak bagitau orang. nape tak letak detail je lepas peluk-peluk tu apa yang berlaku? huhuhu.  di hari-hari yang lain pun banyak gak status  mengarut dia letak. tapi yang paling aku ingat tu la.

status salah seorang kenalan sekolah dulu plak, asik nak mencarut aje statusnya. sehari tu 5,6 kali update status tapi penuh dengan mencarut dan maki memaki. awak tu dah la pempuan tapi status manjang mencarut aje. takde rasa malu langsung.

ada kenalan lain pulak asik nak maki hamun je kat status fb bila bergaduh dengan kawan dia. bila mood baik letak ayat jiwang je manjang pulak.

ada tu pulak rajin sangat update status sampai semua yang die buat nak update status. selang 2,3 minit update status. tapi pelik betul bila nak pegi jamban takde lak nak update status. huhhu.

nak beromantis dengan husband or wife dengan ayat-ayat jiwang karat, tapi update kat status. nak cakap good nite n good morning pun nak update kat status. cakap sendiri kat husband or wife tu tak bleh kah? ada tu lak husband or wife tu akaun fb langsung takde. so nak suruh sape bace sebenarnye?

ada tu lak kat lua pakai tudung. balik rumah amik gambar pakai singlet dengan free hair pastu tayang kat orang bajet comel. kalau gambar lame-lame tu ok a kot. ni memang gambar semasa.

ada yang lagi tak tau malu, gambar tengah breast feeding baby pun nak letak. nak tunjuk kat orang la kot cara bf yang betul. huhuhuhu.

bagi sedekah atau derma pun nak bagitau orang. bukan lagi elok ke kalau kite bersedekah atau menderma tu buat senyap2 takyah nak menunjuk2? sama la jugak dengan sembahyang. nak pegi sembahyang pun nak bagitau.

macam-macam lagi la. aku bukan nak dengki kat orang yang rajin update status ni. cuma macam aku taip kat atas tadi, status yang ditaip tu ada yang membodohkan diri dan membuka aib sendiri dan orang yang dimaksudkan kat status tanpa disedari. niat asal mungkin nak share dengan kawan-kawan. so kalau nak share luahan perasaan atau apa-apa je berpada-pada a. macam orang pendek akal pun ada. semua nak bagitau orang. tinggal kat rumah sorang-sorang pun nak bagitau semua orang. siap check in duduk kat taman mana n negeri mana lak tu. senang-senang orang jahat leh datang rumah sbb tau tinggal sensorang.

aku paling suka masuk forum cari thread status fb yang memualkan. kat sana macam-macam status yang memualkan yang ada. siap diprint screen lagi. tapi serius memang memualkan. tak sangka ramai yang sejiwa dengan aku kat sana. huhuhuhu.

mesti ada yang tak puas hati akan cakap, kalau tak suka sape suh baca?
kalau aku tak baca macam mana aku nak tau? ekekekekekeke.

tapi kan...lantak korang a nak update ape. aku luahkan perasaan je.


* entri yang dekat setahun aku terfikir nak buat, akhirnya aku buat juga ^_^.


sekian.

1 comment:

Chekpid said...

manusia yg macam2 perangai nak dapatkan perhatian. harap2 kita dipanjangkan akal sebelum update status, insyaAllah

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails