penat sungguh hari ni. pagi-pagi lagi dah mengantuk. badan pun sakit-sakit dan letih je ni. hampir-hampir nak mengELkan diri hari ni. tapi alhamdulillah, aku tidak berbuat demikian. selamat cuti aku. huhhu.
semua ni berpunca sebab kejadian yang berlaku semalam. kejadian yang pahit tapi manis akhirnye. hihihi.
semalam hari isnin 13.2.2012. ada training sistem kat wangsa maju, KL. seramai 6 orang yang pegi training ni. 2 orang bos aku, kak ana, faridah, hazry dan aku. kami semua terlibat secara langsung dengan sistem yang perlu pegi training ni. sepanjang perjalanan pegi dan balik ada aje kejadian-kejadian yang menduga. tapi bila ingat balik mmg boleh tegelak sensorang2.
sepatutnya bertolak pukul 7.30 pagi dari opis. semua dah berkumpul kat tempat parking tapi van jabatan yang akan bawak kami tak muncul-muncul. pukul 8 pagi baru encik driver datang. tu pun sebab bos call. katenye telupa. perjalanan pun bermula pukul 8 pagi menuju ke KL. lepas je keluar tol besi macam selautan kenderaan sebab jem. gerak pun slow. kadang tak bergerak langsung. lepas dapat lepas jem, encik driver nak masuk terowong smart. tapi van transit tu terlalu tinggi. masa lalu kat penghadang had ketinggian tu bergesel dengan bumbung van. aku dah cemas. kat depan ada satu lagi besi penghadang had ketinggian. nak tak nak, kena reverse balik masuk jalan utama. dah la keta banyak nak masuk terowong smart tu dengan jalan sempit. memang scary. nasib baik bukan aku yang drive.
lepas tu satu demi satu jem kiteorang tepaksa tempuh. akhirnya dalam pukul 10 lebih sampai kat tempat training. lepas abis training, so nak balik a. sebelum tu singgah jusco wangsa maju sbb banyak masa berlebih sebb training abis awal. sepatutnya hanya 45 minit je kami kat jusco tu. tapi masa nak balik dari jusco wangsa maju, van transit tu rosak plak. timing belt putus katanya. encik driver call van backup dari seremban untuk jemput kami. masa ni baru pukul 3.45 ptg. budget masa van nak datang dari seremban, tempuh jem bagai, kiteorang agak pukul 5 lebih baru van backup sampai. kiteorang pun masuk balik dalam jusco. disebab aku memang tengah sengkek, mood nak shopping tu mmg takde. nak beli ABC pun siap cek duit dalam beg ada ke tak. ekekeke. nasib ada. kalau tak melopong a tengok orang makan ABC. *_*. ABC dah a tak sedap. tah asikrim murahan apa orang tu letak. nyesal tak beli mcflurry cornetto chocolate yang memang terbentang depan mata masa tu.
pukul 5 petang, kiteorang dimaklumkan van belum lagi bertolak dari seremban. ayyyakkk!. pukul berapa nak balik kalau cenggini? penyudahnya melepak kat dalam surau. tapi bukan melepak semata-mata a dalam tu. pukul 6 lebih aku dah kehilangan tenaga dah. nak tido tak leh tido. kepala dah berat. berpusing-pusing. pastu lepak kat kfc bertiga. aku, faridah dan hazry. yang lain-lain mungkin masih bershopping kat jusco. masa ni memang kepala aku dah berat sangat2 tapi mampu lagi a bertahan. bila perut dah kebulur tahap gaban zack potong dua, ajak dorang makan. kiteorang makan kat chicken rice shop sambil borak-borak cite kelaka. dah tegelak-gelak tu lupa jap kepala yang memang dah sakit ni. pukul 7 mlm, baru van backup sampai. memang aku bersyukur sangat-sangat sebab memang badan dan kepala dah tak mampu bertahan. letih seletih letihnya. masuk-masuk van, sebab kepala dah terlampau sakit, langsung tak bole tido. ditambah pulak macam-macam citer lawak yang dibukak. nak tegelak pecah perut rasanya.dah la duduk kat belakang sekali. telompat-lompat je rasa bila van lalu kat jalan tak rata.
lepas tu kot baru aku dapat lelap. tau-tau kak ana kejut. ingat dah sampai opis. rerupanya singgah kat RnR seremban. lepas buat apa yang nak buat kat R n R Seremban, perjalanan balik pun diteruskan. dekat pukul 9 malam baru sampai opis. sampai je opis terus amik keta dan tak berlengah aku drive balik. ada macam pelesit kot aku drive sebab kepala sakit, badan letih. so aku tak sabar-sabar nak landing atas tilam dan tido.
disebab kan rumah aku dekat dengan opis, sekejap je la aku dah sampai. masuk-masuk terus carik arissa dulu pastu baru baring. baring aje tapi tak tido a. sebab bila aku terlampau letih, aku tak bole tido. pukul 11 lebih baru dapat tido. masa tu dah pasang niat nak EL hari ni. ekekeke.
tu aje citer aku untuk semalam. panjang jugak entri ni. malas nak buat sambung-sambung.
sekian.
* bila baca balik, baru perasan ada adegan yang tak ikut susunan. tapi malas nak edit balik. walaumacammanapun, tak menjejaskan keseluruhan kejadian sebenar ;-p
2 comments:
wahhh nsib baik x el..hehehe
jadi, hazry lah hero dlm cerita semlm erk?? hero yg tak mampu nak buat apa.. hihihi.. kesian korang..
Post a Comment