setelah 4 hari bercuti (sabtu, ahad, isnin (cuti maulidur rasul yang dianjak ke isnin) dan selasa (cuti thaipusam), akhirnya hari ni kembali ke opis. sesungguhnya alangkah indah kalau hari ni pun masih cuti.
aku memulakan pagi hari bekerja hari ni dengan terbangun lewat. tapi tak sampai lewat di opis pun. semuanya dapat diatur dengan baik. cumanya hari ni sangat mengantuk. mungkin kesan masa cuti tiap2 malam tido lewat. main game, main dengan arissa yang tak nak tido awal, baca komik. owh indahnya cuti. masa tido aku bergantung kepada masa tido arissa. kalau pukul 2 pagi arissa tido, pukul 2 la aku tido. kalau esoknya hari cuti memang aku takde masalah nak tido lewat bersama-sama arissa ^_^.
so malam tadi dekat pukul 12 malam pun arissa tak nak tido. nak main aje kejenye. disebabkan esoknya keje, aku memang paksa dia tido. cara paksa tu maksudnya, aku tutup lampu, tutup tv, baring sebelah dia sambil lelap mata. bila arissa tengok aku tido dia pun terbaring a sebelah aku main-main sensorang. tapi tak lama sebab tak sampai 10 minit kompem dia lelap sebab takde orang layan dia *_*. kadang-kadang aku yang lelap terus walaupun niat asalnya nak pura-pura tido je supaya arissa tido. ngeh ngeh ngeh.
tapi pagi ni...sehingga masa aku menaip entri ni...aku sangat mengantuk. tak boleh blah punya mengantuk. pagi tadi aje terpaksa tahan ngantuk sebab nak siapkan SOP untuk ISMS punya pasal. tepat pukul 1 petang tadi siap aje SOP tu terus ngantuk melanda balik. bila nak pukul 5.30 petang ni? huhuhu.
No comments:
Post a Comment