sekarang ni, sejak kejadian hampir sebulan lalu, emosi aku selalu tidak stabil. ingatkan boleh buat tak tau je atau buat bodo tapi peristiwa tu asik berulang-ulang dalam otak aku macam movie yang ditayangkan berulang-ulang kali. setiap kali teringat memang akan mengganggu fikiran aku walaupun diluar, mungkin nampak macam aku takde apa-apa. tapi dalam hati ni...Tuhan ajo yang tau.
bila teringat, mesti automatik aku akan rasa geram, marah dan tak puas hati sehingga saat ini. kadang-kadang bila sensorang dan aku teringat, secara tak sedar mulut aku akan terkumat kamit sendiri macam bercakap sensorang. sebabnya apa yang aku fikir dan cakap dalam hati secara tak sedar aku terungkapkan walaupun sekadar terkumat kamit. sebab aku betul-betul marah dan tak puas hati. arrrrggghhh betul-betul mengganggu fikiran. sila blah dari fikiran ini. aku benci sangat bila teringat apatah lagi teringat orang yang buat aku rasa macam nih.
disebabkan emosi aku yang tidak stabil bila teringat, maka dark side aku akan mula ambil alih diri ini. macam-macam benda aku fikir. tu yang sampai tak sedar mulut terkumat kamit meluahkan rasa marah yang terpendam. owh...aku patut amik cuti beberapa hari dan pegi melancong. tinggalkan benda-benda yang aku benci di opis skang. yup...apa yang buat emosi aku tidak stabil semuanya ada di opis termasuk la orangnya.
hati...sila tenangkan fikiran ini ok.
*_*
No comments:
Post a Comment