Friday, July 22, 2011

jadi tahanan sementara di london

petang semalam, lepas balik keje, aku pegi london. semuanya bermula dengan contest yang kawan aku hani ajak join. disebabkan senang, aku pon join contest tu semalam (khamis). dalam pukul 6 lebih semalam, tetiba ada cina call. katanya aku dapat free treatment. tapi kena pegi london. london weight management kat jusco seremban 2. hihihi. aku pun sangat la teruja. dalam keadaan badan aku yang tak kurus-kurus lepas bersalin, memang aku nak sangat cuba treatment kat tempat macam tu. so appointmentnya ialah hari ini pukul 7 malam.

tanpa pegi jemput arissa, aku dan encik capo menuju ke jusco lepas balik rumah tukar baju. pukul 7 aku terus la masuk london weight management tu. lepas bagi ic dan isi form aku disuruh duduk kejap. lepas tu aku dipanggil untuk timbang berat badan dan ukur tinggi. kemudian aku disuruh masuk dalam bilik lalu ditanya soalan pasal kesihatan dan penyakit. lepas tu cina tu tanya aku ada kad kredit atau atm kad tak? aku jawab la ada. memang aku dah jangka soalan tu. tapi tak sangka secepat itu ditanya. aku dah bersedia dari segi mental sebelum datang ke london ni. nanti aku explain. biar aku citer pengalaman dulu.

lepas tu pempuan cina tu keluar. tak lama lepas tu pempuan cina lain pula masuk. dia ialah consultant yang akan explain kat aku pasal perkhidmatan dorang dan macam-macam lagi la. korang bayangkan....hapir 1 jam 30 minit untuk aku dengar ceramah dia ajo. aku dah stat bosan. bila nak stat treatment ni. asik becakap je. tetiba sampai part untuk dia bagitau harga pakej untuk 20 sesi. harga asal ialah RM 19,000. ada la dia explain sesi-sesi tu. lepas tu dia kata disebabkan aku pertama kali register, aku hanya perlu bayar RM 7800 sahaja. mak oi.... boleh beli 3 bijik ipad tu. tapi aku takde la tekejut pun dengar hage tu. sebabnya aku memang takde niat nak amik pakej kat situ pun. aku datang untuk free tratment tu je.

pastu dia kate bayar pakai kad kredit 0 installment selama 24 bulan. sebulan kena bayar RM 325. pastu aku kata mahal. aku tipu a cakap husband aku mesti tak bagi punya sebab dia yang bayar. lepas tu dia cadangkan amik 10 sesi je dulu. so hage dah jadi RM 3 ribu lebih. aku kate mahal lagi. pempuan cina tu suh aku call encik capo datang situ nanti dia explain. aku pun tipu la kate husband aku dah balik. dia hantar aku je kat jusco ni. padahal encik capo ado jo kat dalam jusco tu. huhuhu. pastu dia kurang dan kurangkan hage. sehabis boleh dia nak aku amik jugak pakej tu. dia keluar masuk bilik tu tapi tak bagi aku keluar. dia pujuk dan pujuk aku sampai hage jadi RM 1 ribu lebih untuk 10 sesi. aku kata taknak jugak. dekat 10 kali aku  kate tak nak, dia tetap pujuk aku, suh aku call encik capo pujuk dalam telepon. tak kuasa aku. sebab aku memang takde niat nak amik pakej pun.

lepas tu pempuan cina tu keluar kejap dari bilik untuk tanya bos dia bole tak bagi diskaun lagi rendah untuk aku? masa dia tutup pintu, aku terus keluar jugak. dia macam tekejut aku keluar. pastu aku kata aku taknak. ada 5 orang la kengkawan dia kat kaunter tu. semua pujuk aku. 5 lawan 1. aku tetap kata taknak. korang bayangkan, aku dah dekat pintu keluar tapi aku tak lepas keluar sebab dorang still pujuk aku. lepas dah 245 kali cakap taknak, baru dorang tak pujuk lagi dan suruh aku masuk dalam untuk treatment free tu. aku dah takde mood nak buat treatment, so aku kata tak nak. ingatkan dah bole lepas, rerupanya tak. dipujuk-pujuk lagi. sampai aku terpaksa berkeras kata taknak aku nak balik. lepas tu baru aku bole keluar dari kedai tu. masa tu terdengar la dorang mengumpat dalam bahasa dorang. yang pempuan cina consultant aku tu pun kemain lagi dia mengumpat tak puas hati. masa dalam bilik tu kemain manis mulut dan lidah. huhuuhuu. tak kisah la, janji aku bole keluar dari kedai tu. taubat aku taknak datang situ. macam tahanan betul.

so, sebelum aku datang london tu, aku dah siapkan diri aku dengan perkara-perkara dibawah ni:

1. jangan bawak kad kredit.
2. jangan bawak kat atm.
3. jangan bawak duit banyak2.

sebabnya beberapa tahun lepas aku pernah terbaca dalam forum pengalaman orang yang pegi london ni. dorang kate memang dah masuk susah sangat nak keluar. sehabis bole dorang akan pujuk untuk amik pakej yang dorang tawarkan. ada tu yang bawak kad kredit, tak pasal-pasal kena swipe sebab cina tu dah amik sendiri dalam beg dia ( ni aku baca orang tu citer la ye. macam mana cine tu amik, aku tak tau). kalau yang tak bawak duit tapi bawak atm kad, cina tu siap temankan sampai ke atm mesin untuk keluar duit. macam-macam lagi la yang aku baca. dah tak ingat sebab 3 tahun yang lepas aku baca. aku cuma ingat, jangan bawak kad kredit, jangan bawak kad atm dan duit banyak2.

tapi kalau korang memang betul2 nak join, takpe la bayar. ni kalau yang taknak tapi terpaksa sebab dipaksa dengan pujuk rayu. macam aku, aku cuma nak g free treatment ajo. bukan nak amik pakej. kalau 200 - 300 nak le aku. so, kesimpulannya, memang betul la macam yang aku baca kat forum. aku dah mengalaminye. nasib baik dah siap sedia dari awal. tapi penyudahnya, treatment tak buat, tengok wayang citer harry porter.

9 comments:

viruspadu said...

ramai jugak komplen pasal ni.
akak pun selalu dengar

Hani said...

Luahan hati: &%#*&*$Q&!!!!
Huhu... T_T

N a d i a said...

menakutkan

azrin_zelina said...

ye betui tu, sayapun pernah alami perkara yg sama tp dekat slimworld, kesimpulannya pusat2 pelangsingan ni tak leh pakai la...byk menipu

nieda said...

tq for sharing...memang betullah laporan dalam paper baru2 ni

aanie said...

eiii, menakutkan tul la...kot ye pun nak cari customer...

Aiza Haris said...

salam singgah....

saya dah kene tahun lepas... masih ada baki 3 treatment lg... setiap kali pegi...setiap kali tu sesi pujuk memujok suh tambah itu ini bagai... last2 saya g tanpa bawa ic dan tanpa sesen duit pun.... RM10 pun dorg leh amek sebagai deposit....giler kannn london ni

Cik Bahgia a.k.a Zet said...

Buzzybody pun sama... G ngn member, konon nk try sje2 1 sesi rm 68.. Pastu lpas buat dia pujuk paket 488 utk 10 sesi siam bg free 1 oil apetah n 1 lg losyen,, mmndangkn sy ngn mmber bilik asing2, dia bgtau sy, kawan sy stuju sambung ambik pakej tu, dkt kawan sy lak dia kata sy da stuju ambik... Hoho... Pastu free gif tu kn, lepas abis sume treatmnt , tnye dia.. Pastu dia kata oil tu dah pkai time buat tratmnt, losyen je dia bg kecik... Pastu dah stahun lebih, still call lg, ckp trpilih utk free la ape lah.. Last2 tuka no terus.. Keh3..

Unknown said...

Td sya bru jer dpt call dari lwm tu. Dia kta free wt treatment siap suh bwak ic jer dia kta.dh exited sngt sya pn setknla appointment next week rabu. Trdetik aty nk wt research cmna rwatan ny. Sbb xpnah wtkn. Search pny search bnda lain yg bnyk kuar smuany pngalaman yg dh kena semua bnda negative. So xjdla nk p. Nseb bek xtrkena lg. Dhla sya students lg. Thnks sbb kngsikn pnglaman korang

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails