tajuk entri dah macam budak darjah 3 daa....
|
kaktih n her husband |
ni entri terperap 2 minggu lebih. aku sangat bizi sangat penat dan tak larat nak buat entri. bace blog orang je ada masa. alkisahnye family aku telah buat hari keluarga di melaka anjuran kaktih. tapi tak semua adik beradik ada. yang selected ajo yang pegi. dan kompem la aku memang selected punya.
|
dari kiri: lida, mak aku, arissa dan mimi. tengah tunggu ikan bakar siap |
kami ke melaka pada 2 hb julai iaitu hari sabtu. semua bergerak sendiri-sendiri. kat hotel nanti jumpa. ada 4 keta yang terlibat. sebijik myvi merah, sebijik exora silver, sebijik waja hitam dan secute viva putih. lalalala. semua kereta adalah full okeh. macam aku selalu bagitau, family aku besar. bila berkumpul beramai-ramai memang sangat seronok dan meriah. plan asalnya kami menginap di hotel mahkota di melaka. tapi tapi satu apartment yang ada 2 bilik ajo. tak muat nak menampung kami yang ramai. nak booking 2 hari sebelum 2 hb tu dah terlambat. dah penuh. begitu juga hotel holiday inn. apa tah semua orang sibuk nak pegi melaka time tu.
|
kakngah n family |
|
|
tengah beli tiket nak naik menara taming sari |
so, dapat booking 4 bilik di hotel city park. tak jauh dari hotel mahkota. separuh stay kat hotel mahkota separuh lagi hotel city park. sampai di melaka lebih kurang pukul 4 lebih petang. rehat-rehat kejap pastu pukul 6 lebih kami keluar makan ikan bakar diketuai oleh keta kaktih iaitu exora silver. so keta myvi, waja dan viva hanya membontoti keta exora sebab hanya keta tu yang tau mana arah tuju nak pegi. sampai kat tempat makan ikan bakar lebih kurang pukul 7 malam.
|
dari kiri: arip, shira n pijot |
kami yang segerombolan ni pun memenuhkan meja kat kedai makan tu. semua urusan pemilihan makanan diserahkan kepada kaktih sebab dia yang belanja. pewittt. tapi servis kedai makan tu sangat tidak bagus. dah la lama nak tunggu air. pastu lauk dah sampai, nasik tak sampai-sampai. sudu lauk pun tak bagi. melecur-melecur tangan masing-masing amik lauk panas-panas.
|
part of my big big happy family |
lepas semua dah kekenyangan, dan dah keletihan kami pun balik ke bilik hotel masing-masing. oh ya, bilik hotel pun kaktih yang sponsor. kelas kan adik beradik aku. lepas ni dengar-dengar adai pulak nak sponsor percutian family day yang seterusnya. wow...tak sabar. huhuhu. dah balik hotel, terus buat keje sket. kelas kan, pegi melaka pun bawak keje sekali.
|
me and arip a.k.a mohd azri ariff. budak yang nama dia selalu aku keyin bila testing sistem. |
esoknya baru pegi jenjalan. lepas breakfast kat hotel, sambung tido balik. lepas check it out baru pegi jenjalan beramai-ramai kat melaka. kami pegi taming sari apa tah namanye, pastu jenjalan kat bazaar belakang tu pastu jenjalan kat dataran pahlawan. total semua ni amik masa 4 jam lebih. tak sedar langsung dah berjalan dan merayap sampai 4 jam kat melaka tu. shopping ada gak sket-sket.
|
aku yang tak kurus-kurus lepas bersalin. huhuhuu |
so terima kasih kepada kaktih yang telah sponsor family day kali ni. tengah tunggu tarikh family day seterusnya.
No comments:
Post a Comment