sibuk betul aku sejak 2 menjak ni. dengan keje opis, dengan bisnes, dengan macam-macam lagi. takde masa nak update blog. (perasan tak, asalkan aku lambat update je intro mesti sama. hahahha). tapi memang betul u oll, aku sangat bizi. weekend langsung tak lekat kat rumah. konon-konon nak rehat tapi lepas tu kompem keluar. tapi biasanya atas urusan kedai online Arissa's Choice la. samada beli barang untuk restok barang yang dah abis dan beli barang baru, tak pun buat penghantaran kepada pelanggan sekitar seremban. Alhamdullillah, bisnes nampaknya makin cerah.
tapi yang paling laju ialah tudung dan kerongsang. memang kalau yang masuk blog Arissa's Choice takkan nampak entri untuk kerongsang. tudung pun tak hupdate-hupdate. tapi sebenarnya banyak tudung macam-macam design. aku yang malas nak pakaikan kat patung dan amik gambar. nak suh aku jadi model macam kak jemah, memang takkan ado la. malas nak pakai, bukak, pakai bukak. i tak rajin u oll. so tudung dan kerongsang dijual dari opis ke opis. tapi...bukan opis aku la. kakak-kakak aku yang tolong jualkan kat opis dorang. memang laju je dan ada permintaan lagi. tu yang weekend tak lekat kat rumah tu.
kenapa tak jual kat opis sendiri? hahahaha. kalau korang yang tak tau, aku ni berat mulut. dalam mulut ada emas. tambahan, aku adalah seorang yang pendiam tak tak ramah pengguna. sebab tu aku tak ramai kawan u oll. aku memang tak reti nak beborak dan bersosial. suruh la aku berubah macam mana pun. aku tetap aku. dari azali lagi macam nih. so, sebab tu memang takkan ado den nak berbisnes kat opis. buang tebiat kalau aku tetiba buat pengumuman kat tengah-tengah opis sambil melaungkan 'tudung! tudung!' 'kerongsang! kerongsang!' 'holabebe! holabebe!'. huhuhuu. runtuh bangunan opis ni kalau tetiba aku wat macam tu. kui kui kui.
so korang, rajin-rajin la masuk blog Arissa's Choice ye. sebenarnya banyak sangat stok barang baru yang tak update-update dalam blog. nak update tapi kadang-kadang dah balik rumah, badan terlampau letih, tak larat nak buat apa. tau nak tido aje sambil mengharapkan arissa tido awal. tapi jarang sekali arissa tido awal. tsk tsk tsk T_T. aku kalau ke hulu hilir aku mesti nak bawak arissa. tak kiro la dia lasak ke atau meragam. kalau arissa takde, tak lengkap la hidup aku untuk hari tu. bosan dan sunyi. walaupun dia meragam dan lasak, tak pernah lagi terlintas dalam fikiran dan hati dia menyusahkan aku. malah aku rasa susah kalau dia takde *_*. kecuali kalau g tengok wayang atau karoke memang terpaksa tinggal la sebab kompem tak boleh bawak arissa. tapi dah ada arissa ni aktiviti2 tersebut sangat la jarang berlaku ^_-.
macam-macam barang ada kat Arissa's Choice. nanti aku update di sini ye.
No comments:
Post a Comment