Friday, August 26, 2011

kehilangan yang takkan di cari

sejak akhir-akhir ni aku ada kehilangan sesuatu. suatu kehilangan yang takkan aku cari lagi dimana hilangnya. biarkan ia hilang. selama-lamanya....

yup. aku takkan menyesal kehilangan ia. malah rasa gembira ia hilang. jangan datang lagi...sesungguhnya aku tak mahu melihatnya lagi. cukup la...segala ejekan dan perlian orang-orang berhati busuk hilang bersama ia. walaupun masih ada sisa-sisa lagi...aku harap ia juga akan turut hilang.

suatu kehilangan yang takkan ku cari gantinya.............

*_*.................^_-.

ngeh ngeh ngeh. cukup la aku bermadah. dah lama tak bermadah begini. rasa geli geleman pulak. huhuhuhu.
aku sebenarnya nak update yang aku dah hilang 6 kg lemak di badan aku dalam masa tak sampai sebulan. yup...serius aku kate..tak sampai SEBULAN.
kat rumah aku ada mini gym yang aku dan encik capo sediakan. sikit-sikit beli barang. ada treadmill dan lain-lain aku tak tahu namanya. wahahaha. mahal tau beli peralatan gym. ribu riban beli dengan azam hari-hari nak senaman hilangkan lemak-lemak yang taknak hilang lepas bersalin dulu. kalau aku memang semulajadi gemuk dari kecik mungkin aku tak kisah sangat. tapi aku kurus dulu. berat aku dalam 45 kg - 48 kg ajo. beli baju mesti size S. kalau ada yang lagi kecik memang lagi kecik la baju yang aku beli. lalalalala....

konon ada gym kat rumah rajin la aku bersenam dan berlari atas treadmill. tapi hampeh je. hahaha. aku hangat-hangat tahi ayam. mula-mula je rajin. ada la 2 hari aku buat. lepas tu dah jadi sarang labah-labah semua peralatan gym aku. la la la la la....

bila kak jemah buat entri pasal dia buat treatment kat Marie France Bodyline, aku sikit pun takde tergerak nak cuba. ish tak nak la aku. mesti mahal ribu-ribu. pastu aku dapat panggilan untuk free treatment kat London Weight Management. tapi tak buat pun. sebabnya...korang klik sini kalau nak baca ye. 


rupa-rupanya dalam senyap-senyap encik capo ada tweet dengan itu kak jemah pasal MarieFrance ini. lepas aku g LWM tu, baru encik capo bagitau aku. esoknya terus pegi MF kat seremban. tanya harga pakej, apa die buat dan macam-macam lagi. akhirnya en capo setuju dengan consultant kat MF tu terus je bayar harga pakej. so...bermula la kehidupan aku mengikut jadual treatment di MF tersebut. oh ya...aku tak amik pakej mahal tau. amik pakej yang harga lebih kurang RM 1K.

seminggu aku pegi treatment 2 kali. lepas keje je aku terus pegi. bulan puasa pun aku pegi treatment jugak. nak kurus sket gak masa raya ni. la la la la la. setiap kali lepas treatment aku akan hilang 1kg - 2kg. sehingga skang total berat yang hilang ialah 6 kg. berkesan jugak MF ni. aku risau jugak kalau tak turun berat walaupun dah pegi treatment. tapi serius...memang turun. tapi kan...dah 2 minggu aku tak pegi treatment sebab kebizian. selain tu aku juga ada penasihat makanan. dia akan suggest aku makanan-makanan yang perlu di ambil dan jugak di elakkan. tapi bab ni aku memang payah sket. tapi ada jugak la yang aku ikut. huhuhuhu. 

aku cakap hari tu...berat dah turun 10 kg baru aku bagitau kan. tapi sebab dah nak cuti raya...aku bagitau la jugak skang. ada 4 kg lagi aku nak hilangkan sebelum raya. tapi macam tak sempat. mungkin boleh hilang 2 kg lagi lepas pegi treatment petang ni. ^_^. tapi disebabkan nak raya...risau pulak la aku kalau aku terlebih melantak nasi impit dan rendang nanti. hihihi. apa pun aku akan cuba kawal.

10 kg ialah target sebelum raya. 8 atau 7 kg lagi selepas raya. so korang bole kira sendiri berat aku yang sekarang. huhhuhu. 

seronok sangat berat dah turun. baju yang tak muat dah jadi muat. baju yang dulunya muat-muat dah jadi longgar ^_-.


ok la...aku pun dah bocorkan rahsia berat aku turun 6 kg dalam masa tak sampai sebulan ni. 

sekian entri kehilangan aku....




1 comment:

viruspadu said...

terbahekkkkkkkkk la adib

ahkak likeeeeeeee

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails