Tuesday, April 1, 2014

aku.... maafkan kamu



maaf.

maaf pada pemahaman aku adalah kata yang diungkapkan kepada seseorang apabila menyesali perbuatan atau kata-kata yang telah menyakiti  seseorang itu samada secara sengaja atau tidak. samada ikhlas meminta maaf atau sekadar kata maaf yang kosong hanya diketahui oleh si empunya diri.

memaafkan seseorang juga adalah sangat sukar bagi aku. terutama jika seseorang itu telah menyakiti hingga ke fasa yang sangat dalam. kadang-kadang timbul juga persoalan adakah ikhlas memaafkan seseorang itu atau sekadar mengambil hati.




untuk cuba memaafkan seseorang, aku perlu bersihkan hati. bersihkan minda. memikirkan hanya perkara-perkara yang positif. ia nampak mudah tetapi sangat sukar untuk dilakukan. memerlukan mental yang kuat. kunci utama yang perlu aku lakukan adalah muhasabah diri terlebih dahulu. memikirkan kelemahan dan kelebihan diri sendiri. meletakkan diri aku ditempat yang paling rendah.seterusnya memaksa diri untuk sabar. sabar dan sabar dan memohon kepadaNya untuk memberikan aku kesabaran yang banyak. kadang-kadang aku berjaya. namun kadang-kadang aku tewas juga. tewasnya aku kerana membiarkan emosi mengambil alih akal fikiran. apabila tersedar, segera kembalikan akal untuk membuat penilaian semula.


hasil yang aku dapat daripada pembersihan hati, pembersihan minda dan muhasabah diri ini adalah, fikiran dan jiwa lebih tenang. perasaan benci menjadi semakin mengecil dan seterusnya aku mampu memaafkan semua orang yang telah menyakiti hati aku. perasaan benci hanya mengecil tetapi ia tidak hilang keseluruhannya. kerana masih ada perkara-perkara yang aku perlu untuk dibenci. benci kepada rasuah, benci kepada fitnah, benci kepada penipuan dan lain-lain hal yang semestinya harus dibenci.

boleh dikatakan aku hari ini telah menjadi lebih baik dari diri aku yang semalam, yang minggu lepas, bulan lepas dan tahun-tahun yang sudah. dan aku akan terus cuba dan mencuba untuk menjadi lebih baik lagi di masa-masa hadapan. semoga aku akan terus melangkah di jalan yang aku pilih ini dan tidak berpatah balik.





No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails