Tengah hari tadi keluar makan rojak dan cendol kat sharifudin. Keluar dengan bayang-bayang aku iaitu si encik capo grande. Ahak ahak. Cakap bayang-bayang sebab ke hulu hilir memang berdua. Kalau aku pegi rumah kakak aku berdua dengan arissa je, dia mesti tanya 'bayang-bayang kau mana?' Hahahaha. Bayang-bayang ni bebeza dari bayang-bayang biasa sebab ia ada sampai malam. Hihihi
Kami pegi makan kedai sharifudin tu jalan kaki je. Memandangkan paking berhampiran situ dah dikenakan bayaran RM2, maka adalah berbaloi jalan kaki je sebab nak kata jauh tu taklah jauh sangat tapi berpeluh jugaklah ketiak bila berjalan. Sampai je kat kedai memang basah lencun baju aku terutama kat belakang dengan ketiak. Aku makan mi rojak dan cendol kacang manakala encik capo rojak tanpa mi dan cendol jagung.
Lepas makan, pegi jenjalan kat kedai audio dan kedai alat tulis yang berhampiran. Lepas tu mengorak langkah semula ke opis. Sekali lagi basah lencun belakang dan ketiak aku. Rasa nak pegi balik mandi je sebab melekit tak selesa.
Disebabkan dah jauh bejalan kaki maka aku telah mencapai separuh dari 10000 langkah untuk hari ni. Hebat! Kena bejalan 5000 langkah lagi untuk mencapai target 10000 langkah sehari. 10000 langkah tu adalah apps samsung yang ada kat henpon aku. SHealth ke namanya. Selain dapat mencapai separuh target, kaki aku juga sakit sebab berjalan pakai kasut tinggi.
Ok...sekian.
p/s: update blog pakai gmail kat henpon. Maka gambar adalah tidak reti untuk disusun dicelah perenggan.
No comments:
Post a Comment