hari sabtu yang lepas, aku pergi ke ikea. sampai rumah dah malam. dalam pukul 10 malam lebih sikit. sampai rumah terus sidai baju sebab dah basuh sebelum ke ikea cuma tak sempat nak sidai sebelum pergi tu.
lepas selesai sidai baju, aku bercadang nak ambil rak yang aku beli di ikea tadi. disebabkan beli barang banyak sangat, tak dapat bawak semua barang naik. encik capo kata, rak-rak tu esok aje amik sebab dia dah tak larat. penat berjalan seharian ditambah dengan mengantuk. tapi...aku jenis yang tak sabar. nak pula kalau barang yang dibeli tu dari ikea. kalau boleh malam tu juga aku nak rak-rak tu siap dipasang. lagipun, aku masih memakai tudung dan jubah sebab belum tukar baju lagi walaupun dah sampai rumah. kalau nak amik esoknya, aku malas nak turun bawah pakai tudung dan cardigan bagai.
rumah aku tingkat 3 dan tiada lif. bukanlah rumah sendiri pun (bila lah nak pindah rumah yang tak perlu naik turun tangga bertingkat-tingkat ni............)
disebabkan kedegilan aku, encik capo yang sedang penat, offer diri pegi turun bawah ambilkan rak. tapi sebenarnya aku tak suruh pun beliau ambil. aku sendiri nak pergi ambil. disebabkan encik capo dah offer, maka aku relakan beliau untuk turun ke tempat parking dan ambil rak. aku beli dua rak. satu tu berat sikit dan satu tu berat juga tapi ringan sikit daripada yang satu lagi. yang ringan sikit tu lah aku nak ambil.
encik capo turun dan beberapa minit kemudian naik atas semula. bawak rak yang memang sedia ada dalam kotak. sekali, encik capo ambil rak yang satu lagi. yang berat sikit tu. katanya dia ambil yang berat sebab kalau esok dia tak larat nak ambil, aku boleh ambil sendiri sebab ringan sedikit. aku tak puas hati. aku nak juga rak yang ringan sikit tu sebab memang itulah rak yang aku nak pergi ambil. lalu...aku pun pergi turun bawah ke parking sebab nak juga ambil rak yang satu lagi. dah tak sabar sangat hati ni nak pasang.
masa tu dah pukul 11 lebih malam. aku pun turun tangga. sampai sahaja di tingkat bawah, tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. tiba-tiba terasa macam ditiup angin. maksud aku angin malam menerpa ke arah aku berkali-berkali. tak pasti lah keadaan memang berangin ke tak. tapi angin tu macam lain macam sikit. aku teruskan langkah ke kereta. parking kereta jauh sedikit sebab parking berbumbung dah penuh. semasa melepasi parking berbumbung, tiba-tiba hati aku berdebar-debar laju sangat. nak kata ada damon salvatore yang kacak didepan aku, tak ada pulak. tapi hati aku berdebar-debar disusuli tidak sedap hati ditambah dengan badan yang tiba-tiba menggigil. jubah yang aku pakai melayang-layang ditiup angin kuat. keadaan di bawah memang sunyi tiada orang. memang begitulah keadaannya. sedangkan pukul 7 malam pun dah sunyi, inikan pula dah pukul 11 lebih malam.
bukannya aku tak pernah turun ke kawasan parking malam-malam. pernah je beberapa kali. tapi tak pernah alami situasi dan perasaan seperti yang aku rasa malam itu. beberapa langkah nak sampai ke kereta, debaran makin kencang. aku terasa seperti diperhatikan oleh sesuatu entititi yang tidak dapat dikenal pasti. tapi perasaan memang lain sangat. rasa seram tiba-tiba. mata aku dah meliar melihat sekeliling sambil dalam hati berharap tiada penampakan makhluk ganjil yang menakutkan. hati aku dah terdetik untuk berlari patah balik naik ke rumah. tapi kaki aku taknak. nak juga teruskan langkah. nak jugak amik rak dalam kereta. aku mula baca ayat kursi sebab memang rasa diperhatikan oleh sesuatu yang aku tidak nampak.
lepas berjaya ambil rak, aku berjalan laju sambil membawa rak yang agak berat jugak. sampai di tangga tiba-tiba ada rama-rama hitam besar yang muncul entah dari mana terbang tak tentu arah dihadapan aku seolah-olah cuba menghalang aku daripada menaiki tangga. rama-rama ni hitam legam. tak ada corak putih dan sebagainya. berkali-kali aku cuba menepis tetapi rama-rama tetap terbang tak tentu arah di depan tangga dan sesekali cuba hinggap pada aku. dengan rak yang agak berat, aku cuba hayunkan untuk takutkan rama-rama tu. bila aku berjaya melepasi tingkat 1, tiba-tiba rama-rama tu menghalang pula aku untuk naik ke tingkat 2. aku punya menggigil memang tak payah cakap. menggigil masa nak pergi ambil rak masih tak hilang, sekarang menggigil sebab reaksi rama-rama ni sangat menakutkan aku. bila dapat peluang, aku terus berlari bawak rak yang berat naik ke tingkat 3 sambil termengah-mengah. sekali encik capo ada di depan rumah sambil sambung sidai baju lagi sebakul. dan rama-rama itu tak ikut aku sampai ke tingkat 3.
aku tak pasti adakah sang rama-rama besar warna hitam tersebut ada kaitan atau tak dengan perasaan aku yang tak sedap hati masa nak pergi ambil rak tu. tapi aku sangat pasti tentang perasaan aku diperhatikan semasa mengambil rak. bukan diperhatikan manusia maksud aku. sebab perasaan seram tu lain macam sangat.
apa pun kamu, sila jangan datang lagi. aku penakut ok!
aku tertanya-tanya adakah ia ada kaitan dengan mimpi-mimpi hantu yang alami sejak daripada peristiwa tu? hantu yang sama cuma pakaian berbeza. tapi modus operandi dalam mimpi-mimpi tersebut adalah sama. mungkin tiada kaitan. mungkin ia semata-mata mimpi.
oooo.. ok!
No comments:
Post a Comment