dalam imaginasi aku, kalaulah aku ni tak geli dengan cicak, memang aku dah cekau sekor-sekor pastu panggang dan bagi ayam makan (ni kegiatan aku, adai, lida dan kawan-kawan masa kecik-kecik dulu. ngeee ;-p). disebabkan aku ni geli ya amat dengan cicak, maka satu jalan penyelesaian yang lain harus difikirkan, tension sangat nampak taik cicak merata-rata!
masa jenjalan sambil shopping di carefour rahang (masa ni belum tukar jadi Big Aeon lagi) beberapa bulan yang lepas, aku yang memang berniat nak cari benda yang boleh hapuskan cicak, ternampak satu alat penyembur ala-ala ridsect tin kaler hijau pucuk pisang dan penutup kale kuning. kat tin tu bukan gambar nyamuk tapi gambar cicak. Ridsect Lizard Repellent. lepas baca kat belakang tin tu aku pun beli sebab nak cuba. harga dia dalam RM 18.++. tapi kalau beli kat ekonsave murah sikit rasanya.
serius, aku geli tengok gambar cicak kat tin ni! |
penyembur ni fungsi dia bukan bunuh cicak. spray pada siling, dinding atau lampu tempat cicak selalu buat site visit. bila kite sembur pada tempat-tempat tu, bahan yang disembur tu akan membuat kan tempat-tempat tu tak boleh dijejak oleh cicak. kalau cicak lalu kat siling atau dinding yang dah disembur secara automatik cicak-cicak tersebut akan jatuh. kaki-kaki cicak tidak berupaya melekap pada tempat tersebut. satu tin ni kalau disembur kat seluruh rumah yang besar memang sekali pakai je abis. tapi kalau nak sembur kat tempat-tempat tertentu je mungkin boleh pakai 3,4 kali lagi.
lepas habis satu dinding rumah dan siling aku sembur dengan lizard repellent ni, memang rumah aku bersih dari taik cicak. tempat-tempat yang hari-hari ada taik cicak tetiba dah tak ada lagi dalam tempoh 2 minggu. cicak pun dah jarang ada lagi kat dinding dan siling. satu perkembangan paling gembira buat aku tapi lagi bagus kalau cicak tu semua mampus terus. kat tin tu tulis semburan didinding tu tahan sehingga 6 minggu tapi setakat dah beberapa kali aku guna ni, paling lama pun 2 minggu cicak tak muncul didinding dan siling rumah aku. bila dah nampak cicak tak jatuh bila lalu kat tempat yang pernah disembur tu, buatlah proses penyemburan lagi.
aku paling suka sembur terus kat dinding atau siling yang memang tengah ada cicak sebab seronok tu tengok cicak tu kelam kabut lari tetiba dah tak boleh melekap terus jatuh. tapi yang tak bestnya bila cicak tu tengah kelam kabut sebab dah terjatuh kemungkinan akan lari kat aku pun besar juga. tak pasal-pasal aku pun kelam kabut selamatkan diri dari dipanjat cicak yang panik.
ok sekian entri nak share pada sesiapa yang tak suka cicak. pada yang jadikan cicak sebagai binatang kesayangan tak sesuai guna penyembur ni. ;-p
No comments:
Post a Comment