Tuesday, December 27, 2011

Punca Pelupa dan Tips Elak Jadi Pelupa

sejak akhir-akhir ni kan, aku selalu lupa. dan makin hari aku rasa macam makin teruk pulak pelupa aku ni. bukti yang menyokong aku kata pelupa aku makin teruk ialah, bila berbual tentang sesuatu perkara dengan encik capo atau kawan atau family aku, selepas lebih kurang 10 minit atau beberapa jam, aku dah tak ingat apa yang aku bualkan. puas aku mengingatkan tapi langsung takde klu. terpaksa tanya balik ' kite cakap pasal apa tadi ye?' huhuhuu.

hari-hari tengok citer csi (las vegas, miami atau new york) dan memang dah hafal nama-nama watak. tapi tetiba aku akan jadi blank dan tak ingat langsung nama-nama watak tu. terpaksa tanya kat encik capo. dia yang tak tengok lak boleh ingat. huhuu *_*

banyak lagi la kejadian yang membuatkan aku sedar yang aku semakin hari semakin pelupa. oleh itu aku pun google punca jadi pelupa dan juga cara-cara nak kuatkan ingatan balik supaya aku tak jadi nyanyuk muda-muda ni. huhuhuhu.

Antara punca jadi pelupa:

1 ) melihat perkara- perkara yg haram.

2) membuang air kecil semasa menggosok gigi.

3) meminum atau memakan makanan yg bercampur semut

4) tidak membaca al- quran.

5) meminum atau memakan dari sumber yg haram.

6) mengumpat dan mengata.

7) asyik bercinta-cinta ( bukan cara islam )

8) terlalu memikirkan yg bukan-bukan.

9) sentiasa berada dalam keadaan keluh kesah atau dukacita.


10) Rehat yang kurang
Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat.
Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.

11) Berdengkur
Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan.
Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun.
Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.

12) Umur lebih dari 65 tahun
Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.

13) Depression (Kemurungan)
Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.

14) Mangambil pil tidur dan pil alergi
Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu.
Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.

15) Kadar gula dalam darah tinggi
Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.

16) Penurunan metabolisme
Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.

tips elak jadi pelupa:

sumber: syurgacintaa
 
1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
2. Madu sesudu dicampurkan ke dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu( pasangan suami isteri yer)
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempe, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Quran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu ( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan

Selain dari kuat ingatan, badan kita akan menjadi sihat, fikiran menjadi tenang dan insyaallah memanjangkan umur kita dengan izinNya.Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh memberi implikasi lain pada antibody kita macam panas badan, pecah gusi dan lain2...

1 comment:

Iyiana said...

yana pon pelupa gak.. orang kata ngandong yer pasal. harap2 pas ni surut la kadar keterlupaan itu..

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails