Thursday, December 15, 2011

kurungan biru

minggu lepas, kami ke ikea untuk kesekian kalinya. antara yang dibeli ialah baby cot untuk arissa. sebelum ni memang dah ada baby cot, pemberian kaktih. baby cot tu kaktih beli masa anak dia baby lagi. tapi skang anak e dah nak masuk sekolah menengah pun ;). disebabkan arissa dah semakin membesar dan semakin lasak, maka baby cot tersebut dah tak sesuai lagi untuk arissa. sebab pengadang yang satu lagi dah patah dan arissa selalu nak panjat keluar ikut situ.


so, jumpa baby cot dengan harga berpatutan di ikea dan cantik, maka kami pun sambar satu ;). malam balik dari ikea, encik capo dengan gigihnya memasang baby cot tersebut. malangnya ada satu skru yang dah loose. terbengkalai la keje-keje pemasangan dan tak dapat la arissa rasmikan baby cot baru dia. so, hari ni, encik capo berjaya pasangkan baby cot arissa sebab dah beli playar khas. so, dengan itu, arissa pun merasmikan baby cot dia.




mula-mula memang excited budak kecik ni duduk dalam ni. benda baru la katakan. dah lama-lama, dia pon bosan dan menangis sibuk nak keuar. huhuhuhu



dah ada baby cot ni memang arissa akan ditidokan dalam ni. sebabnya, tido atas tilam asik tegolek, terhantuk je. tengah-tengah malam dengar arissa menangis, rupa-rupanya dah tegolek dan kepala terhantuk. tiap-tiap malam macam ni. bukan tegolek dari katil ye. kami tak tido atas katil pun sejak ada arissa. tido atas lantai je, bentang tilam. walaupun dah buat pagar bantal keliling arissa, dia tetap tegolek sampai kat lantai jugak. lasak sangat tido.


malam ni, malam pertama arissa tido dalam baby cot baru dia. harap-harap lena la bucuk mak ni. jangan terhantuk kat pagar baby cot tu sudah la ye. baby cot ni bukan untuk arissa tido aje. kalau aku tinggal berdua dengan arissa je, dan nak masak, masukkan arissa dalam baby cot ni dan lambakkan mainan dia. memang leka la dia main dalam tu. tapi aku tinjau jugak apa dia buat dalam tu setiap seminit. tak bole tinggalkan begitu je. at least letak dalam baby cot ni selamat sket daripada biakan arissa merayau dalam rumah sementara aku di dapo.


arissa pun dah tido. nasib baik malam ni dia nak tido awal. bole la mak dia taip entri. tapi akan di auto publish pagi esok (khamis) ;). so, entri pun dah abis taip. arissa dah tido, ayah arissa yang tak sihat sebab demam pun dah tido. aku pun nak join mereka jugak.

sekian....Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....(-_-)

6 comments:

CintaZulaikha said...

smart..anak tak pnh pakai bda2 cenggitu..untung arissa..:)

wildcutecat said...

terpaksa beli sebab arissa tido lasak sangat ;). anak cintazulaikha tido tak lasak ke?

Rozie said...

Ala kesiannya kena kurung... tak leh nak buas dah

wildcutecat said...

;). kurung time nak g masak atau ada keje nak buat aje zie. kalau dia nangis, keluarkan bg main kat bawah lak.

mekchu said...

arissa di waktu pagi pulak? hehehe..

wildcutecat said...

pusingkan gambar tu ke 90 darjah atau 180 darjah, macam tu la kedudukan e waktu pagi. hahahha

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails