Thursday, December 15, 2011

dalam hati ada cinta, dalam kerusi ada Arissa

dalam hati ada cinta, dalam kerusi ada Arissa. cewah, macam pantun 2 kerat pulak ^_^.


nak kongsi satu lagi benda yang kami beli kat ikea untuk si baby Arissa. berbanding baby cot,  Arissa lebih excited duduk kat baby chair ni. bukan main suka dia dapat makan semeja dengan mak ayah dia. ye la, selalunya time makan samada letak Arissa atas tilam biar dia layan video klip baby tv kat ipad, tak pun letak dalam walker.

 kalau letak dalam walker dia selalu mengamuk nak keluar. dah tu skang dah pandai keluar dari walker sendiri. tsk tsk tsk. memang tak bole biakan dalam walker tanpa pengawasan. memang sedaya upaya dia akan cuba keluar dari walker tu dan berjaya. kalau letak kat tilam, belum pun sempat omak e nak duduk kat kerusi meja makan tu, tup tup Arissa dah sampai dulu. merangkak dengan lajunya nak join jugak makan. so, kena la pangku sambil makan.


dengan adanya baby chair ni, Arissa dah boleh join makan sekali. walaupun tak makan, dia duduk aje, dia tetap excited sambil goyang-goyang kaki tengok mak ayah e makan. kadang-kadang Arissa makan sekali, kadang-kadang dia taknak. macam big boss plak, duduk bersandar sambil goyang-goyang kaki.



untungnya la Arissa. mak ayah kau kecik-kecik dulu tak merasa semua ni. tapi takpe la, benda yang aku tak dapat nak merasa dulu, tumpang sekaki dengan Arissa je skang. tunggu la besar sket nanti, mak belikan Barbie pulak. dulu-dulu masa kecik-kecik nakkkkkkkk sangattttttttt anak patung Barbie. tapi tak mampu. nanti dah beli untuk Arissa, boleh la mak e main sekali. hahahahhaha.


 pose istimewa Arissa menayangkan 4 batang gigi dia.




sekian entri pasal Arissa kali ni.

p/s: abaikan pemandangan kat belakang Arissa tu ye. la la la la la.

2 comments:

Chekpid said...

amboi...lady boss arisa, nasib baik tak reti bersimpuh pakai tumit tinggi lagi..kalo tak kompom untie seremmmmm

CintaZulaikha said...

uisshhh, comey;ah dia..anak saya takleh lama2 duk atas kerusi nih, musti nak lompat keluar, bahaya tol..

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails