Monday, June 14, 2010

rezeki aku

petang jumaat yang lepas, aku pergi ke bank untuk keluarkan duit. jarang sekali aku pergi ke bank untuk masukkan duit. huhuhu. tujuan aku keluarkan duit ialah sebab nak pegi bayar duit keta sebab lagi sehari nak last date bayar ansuran keta. setau aku, duit dalam bank ada banyak ni. tapi bila aku cek baki, tiba-tiba ada banyak tu. puas aku pikir duit apa yang bertambah.



rupa-rupanya duit hasil aku mengajar kursus selama 2 hari hari tu. alhamdulillah dah masuk. dalam entri aku mengajar tu, aku tak bagitau pun kan yang boleh claim bila kite mengajar. 1 jam =RM XXX.00. so, aku mengajar 2 hari dari pagi sampai petang. kira a, berapa aku dapat. huhuhu.

so, petang tu jugak lepas bayar duit keta, aku ke kedai tayar pulak. sebabnya nak tukar tayar depan keta aku yang dah botak. yang botak sebelah je. tapi aku tukar dua-dua tayar. biar seimbang dua-dua tayar baru. maklumlah duit tengah banyak, tak kisah berapa pun hage tayar tu. huhuhu.

malam sabtu pulak, belanja family aku yang kat pilah makan. sebab masa tu aku balik pilah. rezeki apa salahnya dikongsi dengan family. kan kan kan. tak rugi gak mengajar ni. terima kasih kat bos aku sebab pilih aku untuk mengajar hari tu. lenkali, pilih la aku lagi. walaupun nerves, tapi...boleh diuruskan. yang penting, income masyukkkk. huhhuhu.

owh, lupa pulak. masa bulan 4 pun aku penah mengajar gak. tapi dengan laki aku a. (masa tu tunang lagi). yang tu 1st aku mengajar seumur hidup aku. kalau tak ingat, klik sini. yang aku mengajar masa tu pun dapat claim gak. tapi disebabkan masa tu aku mengajar dengan dia, so, kena bahagi dua la. hasil duit claim tu, maka, berjalan-jalanlah kami ke Melaka. ^_^.

kesimpulannya...bos...saya nak mengajar lagi. hehehe

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails