Wednesday, April 14, 2010

aku mengajar vs aku belajar mengajar

mengajar cara-cara menggunakan webmail desknow
akhirnya sampai jua hari ini iaitu 14.4.2010 dimana dalam entri semalam, aku ada bagitau yang hari ni aku dan dia kena mengajar cara-cara nak menggunakan webmail baru kerajaan negeri sembilan iaitu Desknow. kelas stat pukul 8.30 pagi sampai 12.30 tgh hari. semalam aku telah menghantar permohonan kepada dia supaya aku tak perlu mengajar tetapi hanya membantu apa yang tak patut je. namun, permohonan aku telah ditolak mentah-mentah oleh dia. sehingga la pukul 9 pagi tadi aku masih membuat rayuan secara tak bertulis, namun rayuan tidak diterima.


menu pagi tadi



bukan aku tak nak mengajar, tapi aku tak pernah mengajar dan tak tahu langsung macam mana nak mengajar orang ramai. setakat ajar anak buah buat keje sekolah ok la lagi. huhuhu. lagipun, aku ni kan pemalu orangnya. nak bercakap dengan orang aku tak kenal pun mulut aku berat sangat sebab malu, ini kan pulak nak mengajar orang. ku sangka bekerja dengan tunang sendiri boleh la dapat excuse tak payah mengajar. ingatkan dengan hanya membuat muka comel dan bersuara manja dapat mengexcusekan aku. namun semuanya meleset. walaupun dia tergoda dengan muka comel yang aku buat, namun tidak berjaya buat dia mengexcusekan aku.


nak tak nak, kena la jugak aku mengajar. bergilir-gilir dengan dia ikut module. mula-mula nak bukak mulut tu memang giler berat la. cuba la bayang kan wildcutecat yang pemalu sangat ni berdiri kat depan orang dan mengajar???? tak pernah dibuat aku. huhuhu. puas otak aku berfikir ape nak cakap walaupun semuanya dah ada dalam nota yang aku pegang. tiba-tiba je aku rasa tak reti membaca apatah lagi berkata. walaupun kaki aku tak menggigil, namun aku tetap nerves. nak pulak semua mata memandang aku bila aku tengah bercakap dan explain.


tapi lama-lama ok la aku rasa. boleh la aku bercakap walaupun kadang-kadang aku rasa ayat yang aku sebut tu aku dah sebut sebelum tu. lantak lah...janji peserta yang hadir tu paham. huhuhu.
dia lain lah, dah banyak kali mengajar. takde hal kat dia. tapi aku ni ha. aku ni pemalu la walaupun kadang-kadang tak tahu malu. pemalu dan tak tahu malu tu tak sama ok. bila sampai modul yang aku sendiri tak berapa tahu, aku pass la kat dia. tapi rasanya ok la kot. lain kali, mungkin aku boleh perbaiki mana yang tak ok.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails