Sunday, April 4, 2010

kisah kain dan perut

pada hari sabtu ( 3 April 2010) yang lepas, aku beserta beberapa ahli rombonganku telah menjelajah kedai kain Nagoya di Terminal 1, Seremban. Ahli rombongan terdiri daripada 7 orang iaitu:



1. aku
2. kakngah
3. kaktih
4. mimi
5. helmi
6. arip
7. erra

Tujuan utama ke Terminal adalah untuk mencari kain untuk buat baju tema semasa majlis perkahwinan di rumah pengantin perempuan. masa pegi nilai 3 hari tu  dah beli, tapi disebabkan ada beberapa masalah teknikal, kain tambahan terpaksa dicari yang coraknya hampir sama. selepas jumpa kain yang dicari, aku sangkakan dah boleh keluar dari kedai kain tu.

tapi tiba-tiba kakngah nak cari kain untuk buat baju raya nanti pulak. lepas dah beli, tiba-tiba keluar pulak idea nak buat baju tema semasa mengantar di rumah pengantin lelaki pulak. kiteorang pun pusing-pusing la dalam kedai tu. kejap nak beli baju tema, kejap taknak. off course la aku yang sponsor. huhuhu. kejap nak warna ni, kejap nak warna tu. boleh plak buat meeting tergempar dalam kedai tu nak bincang warna apa nak beli. sedar tak sedar dah dekat 2 jam berlegar-legar dalam kedai tu je. keluar rumah pagi tadi dalam pukul 11 pagi. skang dah pukul 2.30 petang.

gambar atas: kelihatan kakngah dankaktih sedang rambang mata memilih kain.

gambar bawah kiri: aku yang keletihan dan kelaparan.
gambar bawah kanan: sedang menunggu plastik-plastik barang untuk di angkut.


sedang sibuk mencari kain, cacing dalam perut asik berbunyik-bunyik je dari tadi. aku ingatkan aku sorang je yang kebulur, rupanya semua perut ahli rombongan dah buat konsert masa tu. disebabkan aku dah tak boleh tahan kelaparan lagi, aku pun mengajak anak-anak buah aku ikut aku ke McD berhampiran meninggalkan kakngah dan kaktih menguruskan pembelian baju tema. lagipun sebelum aku meninggalkan dorang, aku dah pilih kain yang nak dibeli. just tunggu orang kedai tu abis gunting je sbb beli 4 meter 10 pasang.

sampai je McD, barisan yang beratur punya lah panjang. dengan sisa-sisa tenaga yang masih ada, ( aku tak bfast pagi tu), aku pun beratur menunggu giliran untuk beli makanan, manakala anak-anak buahku, ku suruh duduk dan tunggu saja di meja. adalah dekat 15 minit aku beratur tunggu giliran. dengan kaki dah menggigil dan cacing tak henti-henti buat konsert, aku rasa nak je suruh anak buah aku ganti kejap tempat aku berdiri tu. tapi memandangkan aku seorang mak sedara yang macho, aku beratur juga demi mengisi perut anak-anak buahku yang tengah lapar.

sampai je giliran aku kat kaunter, terus aku order makanan untuk 7 orang ditambah dengan aiskrim kegemaran aku dan jugak anak-anak buahku. tak lama lepas tu, kakngan n kaktih pun datang kat McD menjoinkan diri untuk mengisi perut yang kebuluran. malang untuk aku bila makanan yang aku nak kena tunggu 15 minit. sedang orang lain enak menjamu selera aku hanya memandang sambil menelan air liur makan fun fries dan sundae vanilla chocolate cornetto.


wajah-wajah kelaparan

antara makanan yang di order.

wajah-wajah ceria selepas makan  


aku yang kehausan...^_^

ingatkan lepas makan dah boleh balik, rupa-rupanya dorang nak masuk lagi kedai nagoya tu balik. nak cari kain langsir la plak. disebabkan perut dah kekenyangan, aku pun menurut sajalah... dalam pukul 4.30 petang, kietorang pun keluar dari Terminal 1 dan langsung tak sedar rupa-rupanya hujan lebat diluar

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails