Thursday, April 22, 2010

kerana hujan vs kerana segigit beger

aku bersyukur kepada Ilahi kerana aku masih hidup lagi hari ni dan masih dapat pergi kerja. pagi tadi hujan lebat entah dari pukul berapa. aku bangun tido 6.15 tadi memang dah hujan lebat. 6.40 baru aku gerak pergi kerja dan hujan masih lebat. sebab risau jalan jem masa hujan, dan aku tak mahu lewat, aku terus je drive laju.


semuanya berjalan lancar. tiba kat TTJ aku tak perasan jalan tu dipenuhi air sebab gelap walaupun ada lampu dan aku sedang memandu laju kerana baru je memotong sebuah kereta wira yang agak slow masa tu. tau-tau je kiri kanan tayar kereta aku penuh air yang naik sampai ke atas sebab aku terlalu laju dan kat jalan tu penuh air. menyembur-nyembur air tu kat kiri kanan kereta. tiba-tiba rasa kereta aku terlalu ringan tak jejak jalan dan kereta terhoyang hayang ke kiri dan kanan sebab jalan licin dan aku hampir gagal mengawal stereng. kaki tiba-tiba menggigil namun aku cuba mengawal stereng kereta aku.

kereta kat belakang agak jauh sikit dari kereta aku. mesti driver keta tu kate 'mabuk apo keto viva ni" huhuu.

kaki cuba tekan brek tapi tekanan air terlalu tinggi dan brek tak brape 'makan'.
dalam keadaan menggigil tu aku cuba control stereng yang dah tak terkawal. walaupun agak lambat, namun aku berjaya kawal. lepas tu aku jadi pemandu berhemah...memandu perlahan ketika hujan dan ketika jalan licin. huhuuh.

kaki aku masih menggigil saat aku taip entri ni. aku terbayangkan kalau aku tak dapat kawal stereng tadi...mesti aku dah terbabas ke jalan bertentangan dan langgar apa-apa aje yang koordinatnya sama dengan arah terbabasnya kereta aku. entah apa akan jadi kat aku. dah lah henset tertinggal. dan dah la malam tadi kempunan nak makan beger. aku bukan nak banyak pun beger tu, nak rasa sikit je sebab perut aku memang kenyang. tapi mimi tak bagi. kalau aku mati accident tadi, menangis la kau mimi...tak bagi maksu mu ini  rasa beger malam tadi dan menyebabkan maksu mu ini memandu balik ke rumah sambil mengalirkan airmata kecik hati tak dapat rasa beger.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails