Friday, April 9, 2010

My Best Birthday Ever: Thanks Sayang Part 2

Hari ni 8 April 2010. hari yang penuh surprise dihari lahir aku yang ke 28 tahun. untuk pengetahuan, aku menyambut besday pada tahun ni di Hotel Klana Resort, Seremban. grand gile wat kat hotel kan? huhuhu.
sebenarnya kebetulan aku menghadiri taklimat technology update anjuran 3com ltd asia (malaysia) kat hotel tu. dan seramai 23 orang kawan-kawan seUPTM turut dijemput ke taklimat yang sama. taklimat bermula dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang. so, terang lagi bersuluh aku langsung tak masuk opis.



selain surprise aku dapat sejambak bunga coklat ferero rocher dari my love dan kad besday dari UPTM, aku turut mendapat satu lagi surprise. ni la surprise untuk aku lagi satu dari my love lagi (sila lihat gambar)

cantikkan? thanks sayang....

cara dia bagi henbeg ni bukan macam biasa. macam biasa tu contohnya macam ni:

my love: saya ada hadiah untuk awak. jeng jeng jeng....(sambil bagi henbeg).
aku: (senyum malu-malu)...wah...mekasih sayang...

tapi..cara dia bagi henbeg tu surprise la...luarbiasa. siap upah viruspadu untuk jadi assistant dia.

masa taklimat pagi tu aku ada keluar kejap pergi toilet disamping titiskan ubat selsema dalam hidung sebab aku masih tak sihat sepenuhnya hasil dari demam selsema yang aku hidapi sejak isnin 5 April 2010 yang lepas. rupa-rupanya sepanjang ketiadaan aku selama lebih kurang 5 minit tu, my love dan viruspadu dengan gigihnya telah mentransfer barang-barang dalam henbeg aku ke dalam henbeg baru yang dia nak hadiahkan kat aku.

bila aku dah masuk dalam bilik taklimat tu lepas balik dari toilet, aku pun nak amik henbeg yang aku letak kat bawah sebab nak simpan ubat. tiba-tiba aku tak jumpa henbeg aku tapi ada henbeg hitam yang tidak aku kenali kat tempat aku letak henbeg aku tadi.

aku: mana henbeg saya? (tanya ku sambil mencari-cari kat bawah meja).
my love: entah. tadi letak kat mana? (dengan muka ala-ala tak bersalah).
aku: kat bawah ni lah tadi. (jawabku cemas). ni beg sape? (tanya ku - merujuk kepada henbeg hitam dibawah meja).
my love: entah. cuba la bukak tengok sape punya.
aku: (dalam hati "gilo apo nak bukak-bukak henbeg orang"). tak nak la. ada ke nak bukak-bukak orang punye beg.
my love: amik je la. cek sape punya.
aku: tak nak la. beg saya mana?
my love: cuba bukak dulu tengok sape punya beg. (katanye berkeras).

aku pun amik la henbeg hitam bawah meja tu lalu bukak zip henbeg tu dengan perasaan bersalah. bila dah bukak...aku pun terkesima sekejap.
'macam kenal je barang-barang dalam beg ni'...huhuhu

aku: ni barang saya lah....cane boleh ada dalam ni?
my love: (senyum-senyum kambing konon-konon nak cover).
 (baru aku perasan yang henbeg hitam tu aku macam pernah nampak kat parkson seremban parade dan aku sangat berkenan dengan beg tu tapi harganya mahal gilo...tak mampu den boli).
aku: ni beg yang kite tengok hari tu kan?
my love: (senyum je)

aku: awak beli ke untuk saya? (tanya ku dalam keadaan terkejut. siyes..beg tu mahal. tak sangka dia g beli).
my love: a'ah la...(xsure dia jawab mcm ni ke x? huhuhu).
aku: sape yang tranfer barang-barang dalam beg ni?
my love: zaimah...(viruspadu).
aku pun menoleh belakang dan tengok viruspadu senyum-senyum.
aku: mekasih kak zaimah (kataku sambil senyum simpul).
viruspadu: same-same (sambil senyum-senyum gak).

aku: mekasih sayang. i love u..(sambil berbisik. tak cukup berbisik, siap tulis note kat my love).

waaa.....tak sangka my love bagi aku hadiah henbeg ni. mekasih sangat sayang. tapi....mahal sangat la. terharunya aku. nak nangis...tapi tak leh sebab kat dalam bilik dengar taklimat. adegan di atas menyebabkan aku langsung tak dengar apa penceramah tu cakap. huhuhu.

tak cukup cakap thanks dan note dalam bilik taklimat, masa lunch aku cakap lagi thanks... aku tak sangka. tak terfikir pun dia akan beli untuk aku.

mekasih sangat sayang. sayang awak sangat. tapi bukan sebab apa awak beli untuk saya, tapi sebab keikhlasan hati dan kasih sayang awak pada saya sejak kite kenal. saya hargai sangat....



No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails