Friday, April 16, 2010

wild d watson

time rehat panjang tadi, aku pegi menghabiskan duit kat watson seremban parade dengan churalliya.

tujuan aku ke sana sebab nak beli krim muka garnier atau nama panjangnya Garnier Light

Whiten & Protect Moisturizing Cream, sebab stok krim kat rumah dah tinggal nyawa-nyawa kambing.


kat watson tadi aku turut menjeling-jeling produk keluaran siti nurhaliza iaitu Simply Siti.


Aku gunakan perkataan menjeling

sebab memang aku dapat jeling-jeling dari jauh je. ada sorang makcik dalam lingkungan pertengahan

50 an dan suaminya dah konker bahagian simply siti tu. aku nak menyelit pun tak dapat.

bersungguh-sungguh makcik tu nak beli lipstik siti tu. adalah 5,6 batang aku nampak makcik tu try.

tapi belinya 1 je la. aku sempat la jeling harga produk siti ni. boleh tahan mahal jugak.

orang kampung macam aku ni manalah mampu beli. huhu. mampu tengok je.

disebabkan awal-awal dah tau aku tak mampu beli, aku pun pegi la merayau kat bahagian lain.

aku pun pergilah ke bahagian produk garnier. aku amik krim yang aku nak beli tu, kebetulan ada diskaun.

memang aku suka sangat beli barang bila ada diskaun. lepas tu aku cari toner garnier. sebelum2 ni pun

aku cari gak torner garnier ni. tapi tak pernah jumpa. ada ke tak toner produk garnier ni?

disebabkan tak jumpa, aku terpandang masker garnier. dulu-dulu aku selalu pakai

masker cosway. tapi dah setahun lebih gak tak pakai. tadi tertarik lak nak beli masker garnier tu.


ada 2 jenis masker. 1 harge die 9.90 sekeping. 1 lagi 5.90 tapi ada dua. yang 9.90

tu yang jenis topeng kain tu kot. yang 5.90 ni jenis sapu kat muka pastu lama-lama kering

dan buat muka jadi macam robot. nama masker ni ialah Garnier Light Lightening Peel Off Mask.

salah satu sebab aku suka pakai masker sebab kulit muka jadi tegang.

masa tu kalau orang buat lawak, memang seksa nak tergelak, apatah lagi nak senyum. huhuhu.

selain dari tu, aku turut beli eye mo moist sebab mata aku selalu kering dan letih.

dah kejenya mengadap pc dari pagi sampai petang, memang gunakan mata sepenuhnya.

total aku menghabiskan duit kat watson hari ni ialah RM27.70.

sebenarnya aku ada nak beli sesuatu. dah amik masuk dalam bakul pun.

tapi sebelum bayar, aku kira-kira lebih dari RM30, terus aku letak balik. lain kali

aku beli. takde la terasa banyak duit keluar. huhuhu.

aku memang kedekut nak beli barang untuk diri sendiri. tapi kalau beli untuk orang lain

takde pulak aku nak berkira. huhuhu

lepas tu aku dan churalliya jalan-jalan sekejap dalam seremban parade tu. lepas takde apa

nak beli lagi, kietorang pun terus balik ke opis.

2 comments:

mekchu said...

yess!! itu lah makcik yg dimaksudkan.. makcik yg telah menghabiskan lisptik idaman.. huhuhu.. makcik ratu kebaya kot dia nih..

~ ika popo ~ said...

hye..saje jln2 kt cni..hehe..ade je toner garnier..botol dier mcm lotion..skali pndg, mmg igt lotion..

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails