Monday, June 7, 2010

wild for wildcutecat

disebabkan aku tengah tensen...aku nak taip entri jap. tiba-tiba terfikir nak buat entri ni. huhuhu.

wildcutecat tu apa? bila dapat nama ni? kenapa guna nama ni? dan sebagainya. pendek kata, asal usul wildcutecat.


seingat aku, aku terfikir id ni pada penghujung tahun 2007. tapi tak ingat samada bulan 10 atau 11 atau 12. sebelum ni id utama aku adalah x_gen82. untuk pengetahuan semua, aku sangatlah tidak suka menggunakan nama sebenar atau nama pendek yang terdapat pada ejaan nama aku dalam kad pengenalan. pendek kata, aku tak suka dikenali dan lebih selesa guna nama samaran.panjang kata, aku suka berada dibelakang tabir sahaja. huhuhu.


kenapa aku tukar id dari x_gen82 ke wildcutecat? walaupun id bertukar...identiti, gaya hidup, pemikiran, hati, perasaan, imej, tetap sama sebab orangnya sama.


x_gen82 tu maksudnye:


gen - maksudnye gen la. dalam setiap manusia kan ada gen masing-masing.
x - x tu maknenye misteri. (aku memang suke jadi misteri dari dulu).
82 - ni tahun lahir aku la.
kesimpulan:- aku  ni adalah gen misteri sebab aku suka memisterikan diri sendiri. aku suke diam, xsuke nyibuk hal orang dan xsuke orang nyibuk hal aku. dan selain dari tu, ada misteri yang tak perlu diungkapkan.


sebab aku tukar id ke wildcutecat adalah sebab aku nak buang tahun lahir aku dari id x_gen82 tu tapi tak dapat. nak create id x_gen je dah ada orang guna lak. jadi aku terpaksa create id yang unik yang aku rasa takde orang guna lagi.


masa nak buat create id kat yahoo memang ligat otak aku pikir. aku nak buat id yang menggambarkan diri aku sendiri. aku pun pikir apa yang aku suke yang orang selalu rasa pelik bila aku sebut. tiba-tiba teringat harimau. dulu bila orang tanye binatang apa aku suke, aku mesti jawab harimau. pastu mesti benda tu jadi isu. huhuhu. dorang semua tak caya. sebab dorang fikir aku akan jawab kucing macam orang lain sebut.
pastu dorang kata, aku ni lembut je orangnya. sopan. tak sangka sebut harimau belang. bila tanya kenapa aku suka harimau. aku kata a sebab...harimau tu liar, gagahnya bile bejalan. pastu hidup sekor-sekor. independent. dan ada satu kemisterian dalam hidup seekor harimau yang jauh terpendam yang aku rasa sama macam aku.



tiba-tiba rasa nak muntah bila orang selalu kata aku ni lembut dan sopan. sesungguhnya jauh panggang dari api. sebab aku langsung tak macam tu. aku tak hipokrit...aku mengaku dengan jujurnya.

so, aku gambarkan harimau tu sebagai wild. sesuai dengan aku sebab aku teringin sangat nak jadi budak liar masa aku remaja tapi disebabkan semua orang asik cakap aku ni baik, lembut, sopan, terpaksa aku lupakan hasrat nak jadi liar. jadilah aku budak baik sket sedangkan jiwa memberontak. huhuhuh. selain dari tu, aku jugak suka memendam perasaan. selalunya kalau aku marah aku akan diamkan diri. sebab aku taknak bertukar jadi harimau kalau aku lepaskan kemarahan aku. buruk padahnya bila aku hilang kawalan kemarahan diri sebab memang pernah berlaku beberapa tahun yang dulu dimana akhirnya aku memilih untuk diam untuk kawal kemarahan aku yang berapi-api.


lepas tu aku dapat pekataan cat. walaupun aku ni liar macam harimau, tapi aku ni manja orangnye macam kucing. sensitif. sket-sket nangis kalau terasa hati. kuat merajuk.mmmm...apa lagi ye.




wildcat... macam tak lengkap lagi. aku rasa macam ada sesuatu yang tertinggal. puas pikir. gabungkan aku, harimau dan kucing. lama ooo termenung nak dapatkan 1 lagi perkataan. lepas buat perbandingan dan persamaan antara tiga iaitu aku, harimau dan kucing...akhirnya aku dapat la cute. bila digabungkan, jadi lah wildcutecat dan aku terus setuju dan kagum dengan id aku yang baru ni. huhuhuu.




so, sampai skang kekal la id ni dengan aku dan aku rasa sangat serasi sebab memang sesuai dgn jiwa aku.
walaupun luaran nampak mcm tak kena id ni dengan aku...tapi jiwa dalaman aku...hanya Tuhan yang tahu. huhuhu.

hehehe. aku ingat lagi masa dorang tanya 5 tahun lagi, aku jadi apa. (5 tahun dari tahun soalan tu ditanya). aku pun jawab, aku akan jadi seorang pelumba keta sport macam need for speed underground. 10 tahun lagi jadi apa pulak? aku jawab aku ada kedai aksesori keta sport. hihihi. mase tu jangan tak caya muka masing-masing bila dengar jawapan aku. budak laki pon jawab nak bukak bisnes je. huhu. sejak tu aku glamer sekejap dan semua orang selalu tertunggu-tunggu jawapan aku bile diajukan soalan. tapi..hihihi...aku tak jadi pon pelumba keta walaupun tu lah cita-cita aku yang utama. yang aku rasa hidup aku lebih gembira dan bermakna kalau aku dapat jadi apa yang aku nak. tak jadi pelumba keta pon xpe, kat hiway...aku selalu belumba gak. huhuhu.

dari apa yang aku tulis ni, kesimpulannya adalah....wildcutecat adalah aku dan aku adalah wildcutecat dulu kini dan selamanya.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails