alaric.
kawan gurau/main arissa dan alaric jugaklah kawan gaduh dia. kadang-kadang sampai menangis-nangis hanya sebab alaric taknak main dengan dia.
asal beli mainan baru untuk arissa. alaric mesti nak menempel sekali. kadang-kadang alaric dengki atau nak menyakat arissa dia akan duduk atas mainan arissa tak bagi arissa ambil. lepas tu mula lah dengar arissa menangis tak pun marah-marah. bila arissa keluarkan buku warna dan mula nak mewarna, tiba-tiba alaric datang dan dengan selamba baring atas buku warna tu. terkulat-kulat arissa kat situ sambil tangan dah pegang pensel kaler. kalau arissa tak marah atau nangis, dia akan pergi kat satu sudut sambil buat muka sedih. kelakar tengok perangai masing-masing. bergaduh macam bergaduh dengan manusia.
kalau diorang start main kejar-kejar tu lagi kelakar. kalau arissa kejar alaric, alaric lari dan nyorok. bila arissa dah blah, alaric pun serang hendap dan kejar arissa balik. bila arissa dah lari alaric lagi laju kejar pastu tangkap kaki arissa. kelakar betul. terhibur hati tengoknya. tapi alaric bukan main kejar-kejar dan nyorok-nyorok dengan arissa je. dengan aku sekali pun dia ajak join main. suka layan perangai alaric bila dia dah mula terhendap-hendap. nak start ajak main kejar-kejar lah tu. kadang-kadang tak nampak mana alaric. tengah jalan nak pergi ruang tamu, tau-tau alaric dah tangkap kaki aku pastu bila nak ambil dia, dia lari nyorok sambil terhendap-hendap.
ni perangai arissa dengan alaric bila tengah berbaik. boleh baring dan main sama-sama. bila bergaduh, nak dekat pun arissa marah. elok lah tu boleh berkawan baik. sorang takde adik, sekor takde kawan.
No comments:
Post a Comment