Thursday, September 2, 2010

aku MC lagi

semalam aku MC. sebabnya, bangun-bangun dari tido terus rasa pening kepala dan nak muntah. bila alarm dah berbunyi pukul 6.15 tu memang dah stat pening. aku pun tido la lagi 15 minit kot-kot hilang lak pening tu. dah pukul 6.30 pagi pun pening lagi. 6.35 pagi...masih tak berubah. 6.40 pagi...aku masih terbaring lagi menunggu adakah pening dan loya akan berkurang. kalau dah berkurang, aku bangunlah pergi mandi dan siap-siap pegi keje. 6.45 pagi terus aku kejut encik capo grande suruh dia bangun pegi mandi. dia pulak berdolak dalik suruh aku yang mandi dulu. ewah....ewah...kalau aku nak mandi dulu, kompem aku dah bangun pukul 6.30 pagi tu. memang setiap hari pun aku yang bangun mandi dulu. huhuhu. sebabnya aku kejut dia mandi sebab aku dah kompem tak pergi keje sebab kepala berpusing-pusing.



bila aku dah kata aku tak pergi keje sebab pening, barulah dia nak bangun g keje. bukannya apa, hari isnin hari tu kan aku pening dan muntah-muntah pagi tu. tapi aku pergi keje jugak. hasilnya??? aku yang terseksa kat opis. pening kepala sangat. satu keje pun tak boleh nak buat. nak baring tapi kat mana? nak landing kepala atas meja, apa pulak orang lain cakap kalau nampak aku tido time keje padahal kepala aku teramat-amatlah peningnya. jadi, semalam aku membuat keputusan yang bijak dengan meMC kan diri supaya aku dapat berehat dirumah. lebih kurang pukul 1 petang, encik capo grande balik rumah jemput aku dan hantar ke klinik. dapatlah MC untuk semalam.

rasanya dah beberapa kali aku EL sebab kes macam ni. pening dan muntah atau nama yang glamernya morning sickness. semalam baru aku pegi amik MC. kalau asik EL je buruk pulak reputasi aku dan makin kuranglah cuti rehat aku. ada lagi 4 bulan sebelum tahun baru 2011 dan baki cuti tinggal kurang daripada 10. tapi dah tolak cuti raya siap-siap. huhuhu.

2 comments:

viruspadu said...

rehat2 la adib.

daku memahami perasaan itu :)

KaLiS PeLuRu said...

juz take ur rest ok....
=)

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails