Tuesday, September 14, 2010

biasa-biasa je raya aku

hari ni dah hari raya ke 5. dan aku sudah pun mula bekerja sejak semalam lagi (isnin). amik cuti lama-lama pun bukan buat ape. duduk rumah je. baik pegi keje. boleh gak jimatkan cuti rehat untuk kes-kes emergency nanti. citer raya aku biasa je. sama macam orang lain jugak. hari raya salam salaman, pastu makan nasi impit dengan kuah kacang serta rendang daging. walaupun time bukan hari raya pun mak aku selalu masak je kuah kacang dan rendang daging, tapi masa hari raya tetap nak makan jugak walaupun dah selalu makan. kan aku pernah buat entri sebelum ni tentang rendang daging mak aku yang sedap tu. kalau dah sedap, buat hari-hari pun tetap nak makan jugak ^_^.



oh ya, malam raya hari tu aku balik kampung capo grande kat pasoh. petang raya pertama baru balik rumah mak aku kat pilah. seronoknya hari raya sebab dapat berkumpul satu famili. walaupun selalu jumpa, tapi ada je benda yang nak diborakkan. bukan senang semua adik beradik nak dapat berkumpul macam ni. mmm...aku consider adik beradik aku cukup masa raya hari tu ye. aku rasa itu je adik beradik aku...hahaha.

hari raya kedua memang tak pergi mana-mana. memang rutin famili aku raya pertama, kedua, ketiga dan seterusnya memang tak pergi beraya mana-mana. duduk rumah tengok tv je. tapi tahun ni berbeza sket. sebab sepanjang hari tu, kami adik beradik beradik bergilir-gilir karoke. set karoke yang sebelum ni rosak, tiba-tiba elok lak masa hari raya tu. kami pun apa lagi, menyanyi sakanlah sampai serak-serak suara. capo grande turut serta karoke pada hari tersebut ye.

apa lagi ye yang best. lagi satu aku suka time nak bagi duit raya kat anak-anak buah aku. masing-masing seronok je bila suh beratur nak bagi duit raya. berebut-rebut beratur. dah besar panjang ni...kenalah sedar diri bagi duit raya kat anak-anak buah pulak. dulu masa kecik-kecik dapat duit raya dari mak bapak dorang. skang...masa aku pulak bagi duit raya kat anak-anak abang-abang dan kakak-kakak aku.

lagi satu...masa raya hari tu, kaki aku memang sakit. sebelum raya pun memang dah sakit kaki sampai aku EL 2 hari. masa raya tu terdengkot-dengkotlah aku berjalan. sebab tu malas nak pergi mana-mana. jalan sket je kaki dah sakit. lepas kena urut 2,3 kali, terus bengkak. bertambah-tambahlah sakitnya. skang pun masih sakit lagi. kadang-kadang, sakitnya teruk sampai nak gerakkan kaki pun tak boleh. kadang-kadang sakit sket je. mmm...aku pun tak paham.


gambar raya tak dapat lah nak tepek sebab memang takde amik gambar pun. gambar masa beraya kat rumah mertua abang aku adalah. tapi belum copy dari kamera kakak aku lagi. kalau aku rajin aku tepeklah. kalau sampai bulan depan pun takde gambar dalam entri ni, maknanya aku malas lah.

itu je lah kot citer raya aku tahun ni. biasa-biasa je kan.

the end...

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails