Wednesday, March 7, 2012

disebabkan itu

dah lama tak update blog. malas rasanya nak menghapdate. ada je cerita kalau nak dibuat entri, tapi tu lah, malas. lagipun bila dah balik keje, kadang-kadang penat. kadang-kadang sibuk. bukan sibuk ape, sibuk main game plant vs zombie. ekekeke. layan game ni masa raya haji tahun lepas lagi. sampai skang duk syok lagi nak main.

kalau aku tengah main game ni, mesti arissa pun nak join gak. so, untuk tidak jadi emak yang pentingkan diri dan tak pedulikan anak sebab leka main game sensorang, maka aku pun create id arissa kat game tu dan bagi arissa main plant vs zombie kat ipad manakala aku main kat netbook. so, kami pun menelangkup sebelah menyebelah sambil emak dan anak sibuk main plant vs zombie. arissa suka main sebab dia suka amik matahari tu. dapat amik matahari tu kang kemain tegelak-gelak dia. pakai ipad senang sket dia nak main sebab touch screen.

walaupun sibuk main game, keje-keje rumah tidak la aku abaikan. aku masih memasak, membasuh pinggan dan mengemas. dah setel, sambung main game balik. sebab tu jarang dah online kat rumah. jarang jenguk blog, jarang update blog, jarang jenguk facebook. malah kedai online arissa's choice pun aku jarang bukak sebab nak bunuh zombie punya pasal. ekeekeke. arissa jugak tidak la aku abaikan. bila arissa leka main sensorang, aku main a game dekat sebelah dia. aku masih perhatikan dia dan bermain dengan arissa dalam aku bermain game plant vs zombie itu.

selain daripada tu, bukan sebab layan plant vs zombie je yang buat aku busy dirumah. skang aku tetiba merajinkan diri buat kek. balik keje, pegi beli bahan, pastu malam tu aku pun sibuk a kat dapo memukul marjerin dan telur dan bahan-bahan lain untuk buat kek. esok paginya bawak kek g opis. ekekeke. masa kecik-kecik dulu selalu tengok mak aku buat kek, tak sangka bila dah jadi emak ni, aku pulak yang buat kek. dah 2 kek aku buat setakat entri ni ditaip. iaitu kek marble dan kek pisang. kek apa nak buat lepas ni pun dah ada dalam list. mungkin esok atau weekend buat.

hari tu aku buat roti aiskrim goreng. tapi tak jadi la pulak. aiskrim tu cair pulak masa digoreng. sepatutnya aiskrim tu tak cair. oleh itu akan ada percubaan kali kedua weekend ni. *_*. memasak atau buat kek atau buat kuih akan jadi lebih seronok kalau menjadi ^_^. aku pun takde amik gambar kek dan roti aiskrim yang aku dah buat. cam malas lak nak amik gambar.

mmm...tu je kot entri aku kali ni. bole cover untuk 2 minggu tak update blog. huhuhu

sekian

1 comment:

mekchu said...

zombie lompat2 kat atas atap tu mmg mencabar sampaikan kena mintak bantuan yg pakar.. hihihihi..

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails