Monday, May 31, 2010

keje tepon orang memang tensen

tensennya la aku keje hari ni. dari pukul 8.15 pagi aku dah stat call orang sampai la ni ha baru je benti. tapi tu pun tak abis call lagi. tapi disebabkan dah berpuluh kali aku call tak berjawab-jawab, aku surrender untuk petang ni dengan membuat kesimpulan orang yang aku nak call tu cuti. bukan sorang, tapi 10 agensi aku kena call untuk dapatkan maklumat tentang sistem-sitem yang diorang guna berdasarkan list yang ada pada aku. kalau semua agensi tu sekali call dah dapat cakap dengan orang yang berkenaan takpe la lagi. yang buat aku tensen sampai tahap gaban ni sebab dalam tempoh 3 jam aku cuba call, 1 agensi je aku dapat apa aku nak. yang lain, samada telefon tak berjawab, orang yang aku nak cakap tu meeting, takpun keluar minum.



bukannya aku call time minum. aku call kul 9. waaaaaaaaaaaaa..............nape la ko kua minum tak ikut time yang sepatutnya. menyusahkan aku je nak call lagi. dipendekkan cerita, setiap agensi tu purata aku call ialah 5 kali. 5 kali 10 agensi = 50 kali. nasib baik la telepon opis. kalau telepon rumah, melambung bill aku. selang 2 minit, aku call. tak jugak dapat cakap dengan orang sepatutnya. keje aku simple je ni. call untuk dapat maklumat pasal sistem tu. ada 5 soalan je aku nak tanye setiap agensi. tapi disebabkan kepayahan nak dapat bercakap dengan orang yang bertanggungjawab, membuatkan kepala aku pening, stress dan tensen. secara tak langsung membuatkan aku nak mengunyah je lalu menyebabkan berat aku bertambah beberapa gram. waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....................

la ni baru je nak rilek otak jap sebab stress. sib baik dah dapat call 9 daripada 10 agensi. yang satu ni je payah bonar den nak dapat cakap. tak bejawab-jawab dari pagi tadi. esok je la aku cuba lagi. pasni sambung wat keje lain lak. ni semua keje yang bertangguh sebab cuti kawin lama hari tu. nape la malang nasib ku ini.....huhuhuhu. kan best kalau bos aku cakap macam ni kat aku

"hadibah, sempena perkahwinan awak ni, saya hadiahkan awak tak payah buat keje yang bertangguh-tangguh tu. awak rehat la selama sebulan. semua keje-keje tu akan dilupuskan"

lalalalala........ jangan kejutkan aku dari mimpi indah ni. ;-p

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails