Friday, May 7, 2010

letihnya seorang aku

penat gile la hari ni. betul-betul tak larat dah. rehat panjang tengah hari tadi g amik kakngah kat opis dia. lepas tu pegi singapore street nak g kedai jual gula-gula. tapi paham-paham je la time rehat macam tu penuh sesak kereta dengan cuaca panasnya. dah la berpusing-pusing 2 kali cari paking tak jumpa. last-last paking jauh. menapak la bawah matahari terik g kedai gula-gula tu. sebabnya nak beli gula-gula untuk kenduri kahwin nanti. baru jalan beberapa langkah, dah basah baju dengan peluh. masuk pulak kedai kat situ. sempit padat dengan barang je kedai tu. gila panas lah. lama lak tu aku kehulur hilir dalam kedai sempit tu.

lepas dah beli barang, kakngah ajak g pacific pulak. tengok jam baru pukul 1.30 ptg. sempat lagi. sampai pacific terus pergi tempat coklat sebab nak beli coklat untuk hantaran. berlegar-legar sekitar situ pon kaki aku dah lenguh gile. bila dah setel, ingat dah boleh balik. tapi aku pulak menggatal nak beli corn in cup. kena lak tunggu dekat 20 minit sebab tak cukup lagi suku je jagung tu nak penuh dalam bekas polistrin tu. so, kena tunggu jagung dalam tempat kukus tu masak. aku pun tercegat la depan kedai jagung tu dengan muka menahan lapar dan menahan nak g toilet. huhuhu.

lepas dah dapat jagung ingat dah boleh balik jugak. tapi lagi sekali aku menggatal nak g marybrown beli bubur ayam. kakngah ok je asalkan aku belanja. tu memang aku boleh baca dah. huhuhu. tapi beli bungkus je la bubur tu. dah nak masuk dalam keta, tiba-tiba kakngah ajak g singapore street balik. mak oi ai. aku dah letih tahap cipan dah. nak plak patah balik g sana. dah la panas terik gile. nak tak nak aku drive jugak a menuju ke singapore street tu balik. tapi aku tunggu dalam keta je la. kaki dah lenguh gile. badan penat sangat. betul-betul tak larat nak g kedai lagi. dengan baju dah basah lencun dek peluh. melekit-lekit je. rasa nak pegi berendam dalam swimming pool je. lepas kakngah dah masuk keta, terus hantar balik kat opis dia. pindahkan semua barang-barang yang berkenaan dalam keta dia. lepas tu aku pon drive ke opis aku. dalam hati duk risau je kalau paking penuh.

masuk-masuk opis, terus terkam bubur ayam marybrown aku. lapa gile macam dah 2 hari tak makan. lepas tu aku dah tak larat dah nak buat apa-apa. badan letih sangat-sangat. keje dah la tak siap lagi. huhuhu. tapi nak kena siapkan jugak hari ahad ni. isnin dah nak kena hantar. weekend ni memang duk rumah je la aku. apa terjadi pun aku mesti siapkan keje aku sebelum aku stat cuti kawin tak lama je lagi ni. so, weekend ni jangan ajak aku g mana-mana. jangan suh aku jadi driver untuk g mana-mana. nak pakai keta wildcutecat tu pakai a (untuk adik beradik aku je, orang lain tak bole. huhuhu), tapi jangan suh aku jadi driver. huhuu.


serius...penat la petang ni. tak larat nak buat keje...mata pon dah kuyu sangat je ni. duk tengok jam je lambat ke lagi nak pukul 4.30???

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails