Friday, May 27, 2011

hanya kami berdua

petang semalam lepas keje aku dan arissa menuju ke damansara. tapi sebelum tu, balik keje je kul 5.30 petang tu, terus rushing amik arissa, packing susu arissa dan tukar baju. nasib baik beg besar encik capo dah anta letak dalam keta pagi tu. kat rumah aku, kakngah dan lida sedang menanti. sempat jugak kakngah & lida mengemas rumah aku dan tolong packing kelengkapan susu arissa. terima kasih la bebanyak. huhuhu. 

tujuan ke damansara ialah sebab encik capo berkursus kat sana dari selasa lepas hingga hari ni (jumaat). so aku dan arissa pun datang ke damansara petang semalam menjenguk encik capo. selain dari tu sebab nak pergi low yat untuk survey-survey notebook/ netbook. kalau perasan, aku taip aku dan arissa yang pegi damansara. maksudnya, hanya kami berdua. petang hari rabu pegi beli baby car seat kat manjaku dataran senawang. so, sementara aku memandu, arissa duduk di seat yang dibeli khas untuk dia. nasib baik la sepanjang pemanduan ke damansara arissa memberikan kerjasama yang baik. 

dia tak meragam dalam keta. ko bayangkan kalau arissa meragam kat seat dia masa kat hiway. camano den nak handle sensorang? tepi hiway tak boleh benti sukati. lagipun bahaya. masa bertolak dari seremban, arissa duduk senyap-senyap. bila dah masuk hiway, dia stat nyanyi nyanyi. dah bosan kot. huhuhu. tak lama pastu dia senyap je. sekali dah tetido da. comel sangat. cian tengok dia sensorang duk kat seat. aku dah tentu la tengah drive. sambil drive tangan kiri aku pegang tangan arissa. keta auto la katakan. so guna sebelah tangan n sebelah kaki je nak drive. 

aku  drive 90-100 km/j je. kekadang 80km/j. berhemah nye aku. kalau time bujang dulu kat hiway aku drive 120 -140km/j. sejak dah jadi mak ni, kena la sayangi dan hargai nyawa sendiri dan orang dalam keta. bia slow asal sampai ke destinasi dengan selamat. disebabkan aku memandu dengan kadar yang slow, maka aku mengambil masa 1 jam 45 minit untuk sampai ke hotel. nasib baik tak sesat cari hotel. kalau dulu, aku boleh sampai 45 min - 1 jam je ke damansara nih. paham-paham la berapa km/j aku bawak. wawawawa.

pukul 8.15 malam, kami berdua telah sampai dengan selamatnya ke hotel. masa ni arissa masih tido lagi. so dengan beradanyay aku di damansara skang, bermakna aku cuti la hari ni. hooo yeah.

bersambung next entri ya.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails