Thursday, May 19, 2011

taman yang indah. jom singgah sini

sambungan entri jalan-jalan warm up.



destinasi seterusnya yang kami pegi kat kuala terengganu ialah taman tamadun islam. sebenarnye kan, aku tak pernah tau pun tempat ni wujud. ntah sejak bile ada aku pun tak tau. huhuhu. sebelum kami masuk dalam, kami jenjalan kat luar dulu. ada kapal kalau nak naik. tapi masa tu cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. so, kami tak naik. jenjalan dan begambar kat jeti tu je. kalau nak naik kapal ni kena bayar tiket. tak silap aku RM10 kot hage tiket.


 
 
nak masuk ke kawasan tempat pameran monumen2 masjid, kena beli tiket. dewasa RM15 seorang. kanak-kanak aku tak sure la plak sebab tak beli tiket kanak2. arissa masih free lagi kalau nak masuk mana2 ^_^. tiket dia dalam bentuk pasport tau. bila nak masuk dalam kena cop pasport tu. macam nak naik flight g oversea lak rasanye. pastu nanti dapat 2 baucer diskaun untuk makan bernilai RM3 dan 2 baucer diskaun untuk beli cenderahati bernilai RM2. tujuan dorang bagi baucer diskaun ni mesti sebab nak galakkan pengunjung makan kat cafe kat situ dan beli cenderahati kat kedai dorang. pandai kan strategi dorang nih.



kawasan kat dalam sangat besar. ada taman tema mini untuk kanak-kanak. pastu ada lebih kurang 22 kot monumen2 masjid yang dibina dalam kawasan taman tamadun islam ni. monumen2 masjid yang dibina kat taman ni ialah masjid2 yang terkenal dan bersejarah di seluruh dunia. ada masjid negara, masjidil haram, masjid aqsa dan jugak masjid2 dari negara2 lain yang bermacam2 design dan cantik-cantik. awal-awal masuk, kami jalan kaki je dari satu monumen ke satu monumen. jarak setiap monumen takde la jauh tapi bila dah bejalan je dan naik turun tangga, penat la jadinye. baru je bejalan dan berpossing kat dua monumen, terus encik capo cadangkan kiteorang naik buggy je.






kat sini ada tram. kalau nak naik tram RM3 sorang. tapi masalah kalau naik tram, kalau dah turun, nanti kena tunggu tram tu datang balik kalau taknak jalan kaki balik ke main gate. kalau sewa buggy kena bayar RM35 untuk 1 jam.  ada driver la skali. so kami bertiga naik buggy mengeilingi taman tamadun islam. sepanjang perjalanan driver buggy tu explain sejarah setiap monumen. pastu nanti dia berhenti untuk bagi kami tengok pameran kat dalam monumen tu. menarik tau bila kita tahu tentang sejarah masjid2 tu.




mula-mula excited tau tapi lama-lama aku dah tak larat nak berjalan dah. sebabnya aku lapar. dah takde tenaga. lagipun masa tu dah pukul 4 petang dan kami belum lunch lagi. sepatutnya kami pegi la makan dulu sebelum masuk taman tamadun islam ni. baru ada tenaga nak jenjalan dan naik tangga. dah naik buggy pun still penat dan takde tenaga dah. ntah macam mana keadaan kalau kami jalan kaki je dari satu monumen ke monumen lain.berpeluh-peluh tau. boleh kurus kalau hari2 camnih. la la la la la




lepas je abis semua monumen kami melawat dan bergambar, kami pun makan kat cafe dalam taman tu. sebab tengah kebulur yang amat, nasik ayam adalah pilihan yang tepat. nasib baik nasi ayam dia sedap. tak sia-sia dapat baucer diskaun. huhuhuhu.



lepas makan, kami pun beli cenderahati. lepas dah makan, dan tenaga dah ada kami pun jenjalan lagi ke destinasi seterusnya. bersambung next entri ok ^_^. kat bawah ni adalah gambar monumen2 yang ada kat taman tamadun islam tu. mungkin tak semua gambar monumen ada. sila enjoy ya...^_-. so sesape yang plan nak bercuti ke terengganu aku suggestkan datang la ke taman tamadun islam. memang menarik tempat ni. selain boleh jalan-jalan, kite boleh jugak tau sejarah-sejarah pembinaan masjid-masjid tertentu.




No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails