Friday, May 6, 2011

mengapa tak update + training

dah beberapa hari tak update blog. bukan malas tapi aku tak sempat nak mengupdate. biasanya aku taip entri kat rumah lepas arissa tido. kat opis buat keje ye. huhuhu. kalau time rehat dan ada story nak dikongsikan baru taip entri kat opis. tapi sejak 2,3 hari ni balik keje je aku mengantuk tak hingat dunia punye. lepas arissa tido lebih kurang pukul 9 malam, pastu aku lak tido. kalau tak, memang aku online memalam sampai kul 12 malam ke pukul 1. tapi sebab mengantuk sangat, maka tiada la berupdate blog aku nih.

2 hari ni (khamis dan jumaat) aku telah mentrainingkan diri. aku join training open office. tapi bukan jauh pun tempat trainingnye. kat bilik latihan ict kat tingkat 1 jo. kalau buat kat hotel, alangkah bahagianya. hik hik hik. tujuan aku join training ni adalah sebab aku nak belajar macam mana nak guna open office. selain itu, aku jugak nak mencukupkan 7 hari berkursus dalam tempoh setahun. kalau ada yang tak tahu, pekerje gomen wajib pegi kursus dan bilangan hari yang ditetapkan adalah 7 hari setahun. so temasuk yang 2 hari ni makanya jumlah kursus aku yang terkumpul adalah 5 hari. sejak dah ada arissa ni aku malas nak pegi kursus yang jejauh. kalau balik hari takpe. ni yang kursus 2,3 hari atau seminggu lebih pastu tak leh balik rumah sebab jauh. mana sanggup aku berpisah dengan arissa walau untuk sehari. makanya, kursus aku join mesti la yang dekat2 dan boleh balik.

so dari kursus yang aku hadir 2 hari ni, banyak la ilmu-ilmu yang aku dah dapat walaupun dah hujung-hujung kelas aku lebih banyak surfing internet daripada dengar apa yang diajar. huhuhu. biasa la...bila dah mengantuk apa pun tak boleh buat. *_*. 2 minggu lagi ada 2 hari training lain aku join. maka cukup la 7 hari jumlah kursus aku nanti.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails