Friday, April 9, 2010

jiwa tak tenang, fikiran tak menentu

petang semalam, lepas selesai taklimat kat Klana Resort, viva putih yang didrive oleh my love bergerak meninggalkan perkarangan hotel berkenaan dalam hujan lebat. namun arah viva putih bukanlah pulang ke rumah, namun ke jusco yang terletak di seremban 2. tujuan utama adalah untuk membeli kasut untuk aku bersanding nanti. kami masuk semua kedai kasut yang ada dalam jusco. ada la beberapa kasut yang aku berkenan, tapi ada je masalahnya. warna tak sesuai dengan baju yang aku nak pakai nanti, ada yang ternampak jari la. kaki pun dah lenguh keluar masuk kedai.


tiba-tiba nak keluar je dari kedai kasut Viss, mata aku terpandang kasut warna coklat yang diletakkan kat barisan paling depan kat kedai tu. terus perhatian aku dicuri oleh kasut tu. aku pun kate kat my love yang kasut tu cantik, dia pun mengiakan. ringan je tangan aku ambik kasut tu dan cuba. memang aku suka sangat-sangat. harga dia RM 69.90 tapi ada diskaun 50%. lepas aku cuba kasut tu, aku letak balik kat tempatnya. aku kata, aku nak cari kasut kawin.

pastu kiteorang pun keluar dari kedai kasut tu dan masuk ke dalam jusco. namun fikiran aku asik terbayang-bayangkan kasut tadi. jiwa rasa tak tenteram kalau tak dapat miliki kasut tu. lalu masa dah setengah naik eskalator tu, aku pun kate kat dia yang pasni aku nak g kedai tadi, nak beli kasut tu. terus je dia ajak pergi masa tu jugak. pastu kate kat aku nape tadi tak beli terus je.
huhuu...aku memang macam ni. kadang-kadang semua benda aku suka, tapi tak semua aku nak. tapi disebabkan aku tak dapat lupakan kasut tu walaupun dah 20 langkah jarak dari kedai tu, maknanya aku nak la kasut tu. kalau tak beli, mesti aku susah nak tido malam nanti, jiwa tak tenteram dan hati tak tenang, fikiran pun jadi tak menentu. kiteorang masuk balik kedai tu dan aku pun terus mintak size aku dan catwalk dalam kedai tu jap try kasut tu. lepas dah puas hati, aku pun bayar harga kasut selepas didiskaun kan 50%.

kasut yang buat jiwa aku tak tenteram kalau tak beli...



lepas tak jumpa kasut kahwin kat jusco (tapi kasut lain yang aku jumpa), kiteorang pun pergi cari kat terminal 2 lak. banyak je kasut kat situ, tapi aku tak berkenan. lepas tu pergi kedai kasut kat area bank islam kat tengah seremban. pun semua aku tak berkenan. pencarian kasut diteruskan pula ke terminal one. dari tingkat atas turun ke tingkat bawah, aku tak jumpa gak kasut yang aku berkenan. kalau ada yang aku jumpa pun mesti takde size. kaki pun dah lenguh gile tak larat nak mencari dah. last-last kasut lain yang aku berkenan tapi tak boleh buat kasut kawin. aku pun terus je beli kasut tu sebab kasut ni pun buat fikiran aku tak tenang kalau aku tak beli. cuma diskaun kasut ni 20% je. tak kisah, kalau takde diskaun pun aku beli gak kasut ni sebab dah berkenan sangat-sangat.

gile cun la kasut ni....



lepas dah beli, aku pun ajak my love balik sebab aku betul-betul dah tak larat lagi nak jalan. lagipun dah dapat 2 pasang kasut walaupun bukan kasut yang sepatutnya aku beli. huhuhu.
takpe la, anggap je la aku beli kasut ni sebagai hadiah harijadi diri sendiri.

ni lah 2 pasang kasut yang buat jiwa aku tak tenang dan fikiran aku tak menentu

6 comments:

Capo Grande said...

owh, ingat sbb sy...

wildcutecat said...

sebab awak kalau awak tak bagi saya beli kasut tu je semalam. huuhuhu

Capo Grande said...

kasut mana yunk??

wildcutecat said...

lorr...kasut dalam gambar tu la sayang.

Capo Grande said...

ooo...pulangkan blk kasut tu :-p....

wildcutecat said...

ceh...buruk siku....

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails