Wednesday, April 28, 2010

wild d ikea

hari selasa semalam, aku bercuti. seawal bulan april lagi aku dah apply cuti. perancangan untuk cuti pada 27/4 ni telah aku buat sejak januari lagi. tujuannya sebab nak hantar mak aku buat check up kat hospital kuala pilah. takkkan lah aku nak biarkan mak aku naik bas. apa guna aku ada kereta tapi tak boleh nak hantar mak aku ke mana-mana? huhuu. mengikut plan aku pada awal januari lalu, hanya aku seorang bercuti. yelah, kenapa pulak orang lain nak cuti sekali kan???


tapi semalam, dia turut sama cuti dan dah apply awal jugak. sebabnya...lepas hantar mak aku ke hospital, aku dan dia nak ke shah alam dan damansara untuk tujuan mengedar kad jemputan pada kawan-kawan yang bekerja dan tinggal di kawasan sana. senang nak jumpa kat opis. kalau nak jumpa dorang weekend, susah sikit. untuk pengetahuan juga, pada awal januari...langsung tak terlintas difikiran aku yang pada 27/4 tu aku nak ke damansara dan shah alam dengan dia untuk edar kad jemputan. sebabnya....pada ketika itu aku adalah aku dan dia adalah dia iaitu seorang yang sombong dengan aku. taknak tegur aku pun kat opis. huhuhu. manalah aku tau pada minggu hujung januari tu aku dan dia akan ada kuch-kuch hota hai. yang aku tahu setiap perancangan aku pada awal januari tu belum wujud lagi nama dia untuk turut serta. huhuhu

pukul 8 pagi lebih, dah otw ke hospital kuala pilah. nasib baik tak ramai sangat orang kat spital hari tu. so, boleh setel dalam 1 jam. lepas tu, sempat lagi mak aku ajak pegi mengajak kat area beting. lebih kurang pukul 12 tengah hari, perjalanan diteruskan dari kuala pilah ke seremban. aku tinggalkan mak aku kat rumah kakngah untuk aktiviti mengajak fasa ke 3. aku dan dia meneruskan perjalanan ke shah alam. pukul 3 ptg kami sampai ke unisel shah alam dan aku terus jumpa kawan aku kat sana dan bagi kad jemputan. dan seperti yang aku jangka, dorang memang akan terkejut lihat perubahan fizikal aku sekarang. untuk pengetahuan, sebelum aku masuk keje gomen kat seremban ni, berat aku adalah 47kg. kompem la aku slim, kurus dan ramping. huhuhu. tapi...itu adalah 7 bulan yang lalu. bila aku dah kata 'dorang memang terkejut lihat perubahan fizikal aku sekarang', paham-paham je la ye macammana aku skang. huhuhu.

perjalanan diteruskan ke bandar sri damansara iaitu nak jumpa kawan dia pulak. keadaan masa tu hujan dan kami langsung tak biasa dengan kawasan bandar sri damansara tu. kalau setakat kota damansara, damansara utama dan mutiara damansara memang senang sangat sebab aku 2 tahun lebih tinggal kat sana. nasib baik jumpa opis kawan dia. lepas tu aku nak hantar kad jemputan kat kawan aku kat opis lama di sunway damansara. dan seperti kawan-kawan aku dishah alam tadi, reaksi kawan aku iaitu hani dan hazreen juga begitu melihat aku skang. huhuhu. gomok bona ko den skang? waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... sempat la berbual-bual sekejap sebab sejak aku berhenti keje 7 bulan yang lalu, memang tak pernah jumpa dorang lagi. cuma kadang-kadang berym je.

lepas dah setel edar kad jemputan aku dan dia terus singgah di ikea. disebabkan kami berdua dah kelaparan, terus je cari kedai makan kat the curve. ikut dalam kepala aku, aku nak makan mcd je senang. tapi dia terus memberi cadangan kedai-kedai makan yang pelik kat aku. maksud aku pelik ialah sebab aku tak pernah makan kat kedai-kedai yang dia sebut tu. akhirnya aku tertarik dengan cadangan dia untuk makan di warong penyet di the curve. puas aku bayangkan macam mana rupa makanan kat warong penyet tu. daging ayam tu dihempap hempap sampai penyek ke? huhuhu. perjalanan ke warong penyet tu agak jauh bagi aku sebab perut aku betul-betul dah lapar sangat. lepas dah order, kami menunggu di meja dengan muka kelaparan.


wajah-wajah kelaparan

sempat berposing untuk lupakan cacing yang tengah bergendang

selang tak sampai 10 mint, makanan yang kami order sampai satu persatu. tertarik aku tengok makanan-makanan yang sampai tu. menyelerakan betul. rasanya entah sedap entah tak sebab tak makan lagi. leka berposing je. huhuuh.

makanan yang diorder: ayamn penyet, sour vegetable soup, nasi putih, kurupuk, es milo dinosor, es teh limau


untuk pengetahuan, warong penyet ni menyediakan makanan dari indonesia. rasanya memang la sangat sedap. terutama sour vegetable soup tu. sampai skang aku terasa-rasa je lagi sup tu. disebabkan lapa, dia makan dengan lajunya tanpa tengok kiri kanan lagi manakala aku masih mengekalkan adab-adab makan yang sopan. huhuu. lihat saja gambar kekenyangan kami dibawah, membuktikan makanan kat warong penyet ni sangat sedap. kami terpaksa bersandar kekenyangan hampir 10 minit sebelum meneruskan perjalanan.

wajah-wajah kekenyangan

lepas makan, kami terus ke ikea. mula-mula tengok showroom kat atas. memang tertarik sangat dengan design-desig living room dan perabot dia. nampak macam murah, sekali tengok harga. mak oi...gilo mahal.
kami pun menjelajah satu bangunan ikea tu sampai kaki aku dah lenguh gile sampai rasa macam nak merangkak je dah.



sepanjang perjalanan dalam ikea tu kami capai la mana-mana barang yang berkenan dan masuk dalam troli. sempatlah shoping sket-sket untuk rumah yang kami bakal tinggal bersama nanti.


 lebih kurang pukul 9 malam, kami pun bergerak balik ke seremban sebab memang dah tak larat nak jelajah ikea lagi. satu hari nanti, mungkin kami akan kembali ke ikea lagi. kali ni beli barang-barang yang lain pulak. disebabkan aku terlalu letih dan mengantuk, seperti biasa, aku tertido didalam kereta manakala dia drive balik. tu lah, kalau aku yang drive, mesti aku tak mengantuk. huhuhu.

sampai dirumah kakak aku dah pukul 11 lebih malam. lepas amik mak aku, perjalanan diteruskan ke rumah abang aku pulak sebab aku tinggal kat rumah abang aku. pulul 12. 10 malam baru sampai rumah. huhuhu. lepas dah pindah kan semua barang-barang dalam kereta dia, dia pun meneruskan perjalanan balik ke rumah dia pulak. walaupun cuti, memang tak de maknenye cuti untuk berehat. satu hari suntuk dari pagi sampai ke tengah malam langsung tak rilek. malah lebih letih dari pegi keje. huhuhu. tapi memang seronok la.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails