Monday, April 26, 2010

pada hari sabtu yang lepas

..... aku telah menjalani beberapa aktiviti bersama kaktih dan beberapa orang anak-anak buahku. pada asalnya plan aku untuk hari sabtu lepas adalah untuk menjadi driver kepada emak aku untuk pergi ke rumah sedara-mara dan kenalan keluarga untuk tujuan mengajak untuk kenduri kahwin aku yang tinggal tak sampai sebulan je lagi ni. namun, plan telah ditukar dimana aku telah diberi pilihan oleh kakngah samada untuk jadi driver anta mak aku pegi mengajak atau jadi driver jemput anak dia (akim) kat sekolah kat rembau. tanpa mengambil masa 5 saat pun aku terus setuju untuk jemput anak kakngah kat rembau.


sebabnya, rembau bukan jauh sangat pun. lagipun g jemput je lepas tu dah boleh balik rumah dan buat aktiviti lain. kalau join mak aku pergi mengajak, mesti amik masa sehari suntuk sebab banyak rumah nak pergi. lagipun nanti aku takde fungsi pun kat rumah-rumah yang pergi mengajak tu. dah kompem aku akan jadi mak pacak duduk diam dan senyum-senyum simpul je bila ditegur. gandingan mak dan kakngah untuk pergi mengajak memang sangat ideal dan sesuai.

lebih kurang pukul 2 lebih, aku mula stat enjin kereta viva kesayangan aku untuk menuju ke rembau. dalam fikiran aku, nak pergi sensorang je. tapi belum sempat tutup pintu keta, dah dengar suara erra dan arip (anak-anak buah aku) dah terjerit-jerit sambil berlari-lari anak bagitau nak ikut. disebabkan aku mak su yang sporting, aku pun kate je 'ikut' lah. perjalanan diteruskan ke rembau. sampai je sekolah akim, terus call dia. punyalah lama aku menunggu dia turun. bila dah turun hantar beg dalam keta, dia kate nak pegi hantar kunci pulak kat rumah sewa dia. menunggu la lagi. dari jauh dah nampak dia nak on the way ke kereta tapi lepas tu dia singgah lak kat pondok pak guard. aku tak nampak pondok pak guard tu sebab terhadang kat tembok pagar. hanya nampak atap pondok je. dah lebih 5 minit aku menunggu, dia tak jugak keluar-keluar dari pondok pak guard tu. mulalah aku nak naik angin. sempat pulak dia nak beborak-borak dengan pak guard tu dulu. kalau sekejap takpe lah. ni lama. bila akim dah masuk dalam keta, mulalah mulut maksu dia ni stat membebel sebab geram lama sangat dia beborak dengan pak guard tu dan buat aku menunggu lama dalam keta. pot pet pot pet je mulut aku seminit pertama dia dah masuk dalam keta. lepas tu terus balik rumah kakngah. kompem la kakngah dan mak tak balik dari mengajak lagi. baru je pukul 4 petang masa tu.

dekat-dekat pukul 6 petang pulak, kaktih ajak pergi seremban plaza. nak g butik d haja sebab hari ni last day sale. aku pun terkocoh-kocoh la bersiap sebab kedai tu tutup pukul 6.30 petang. sampai je, terus serbu kedai tudung tu. aku just belek-belek je. takde yang berkenan. disebabkan bosan aku pun kehulu ke hilir dalam seremban plaza tu sensorang dan meninggalkan kaktih memilih tudung. adala 20 minit aku g merayap dan balik semula ke kedai tudung tu, tapi tengok kaktih tak abis lagi memilih. selai je tudung yang dia baru berkenan. lepas tu perjalanan diteruskan ke econsave sebab nak tunjuk kat kaktih ada kedai jual tudung cantik-cantik gak kat dalam econsave tu. malangnya kaktih tak berkenan. lepas tu masuk dalam tu sebab kaktih nak beli barang. entah apa yang kaktih g berangan masa kat kaunter tu tah sampai dia g hulur duit kat cashier tu nak bayar untuk orang depan dia punya barang pulak. nasib baik cashier tu cakap ni barang orang depan. kalau tak, untung makcik tu ada orang tolong bayarkan barang-barang dia.

perjalanan diteruskan ke dataran senawang sebab aku nak pergi watson. sudahnya aku tak beli apa-apa. kaktih yang beli produk neutrogena. dia terpengaruh guna produk neutrogena lepas baca blog aku. huhuhu. dan kali ni, kaktih keluar dari watson tanpa ambil duit baki daripada cashier. dengan yakin je terus keluar watson tu. nasib baik budak cashier tu kejar dan pulangkan duit baki. disebabkan perut dah lapa, kami makan je kat restoran sebelah watson tu. tengah aku kusyuk makan sup sayur, tiba-tiba selera aku terbantu sebab jumpa lalat mati dalam sup aku. terus aku mintak tukar baru. bila dah sampai sup sayur yang baru, aku terus cek samada sup tu sup yang sama yang hanya dibuang lalat mati tu atau sup yang baru dimasak. lepas puas hati baru aku makan. lepas dah makan, destinasi seterusnya ialah giant. lepas dah abis membeli barang...kami pun balik rumah pukul 9 malam tu. masa tu mak dengan kakngah pun dah balik dari mengajak.
lepas tu...lepas tu...three la...huhuhu

2 comments:

mekchu said...

lepas three pulak??

jom join contest http://churalliya.blogspot.com/2010/04/best-vacation-photo-contest-by-mekchu.html

wildcutecat said...

lepas three kompem xtau nak citer ape dah...huhuhu

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails