Thursday, August 12, 2010

buat aku tersenyum

aku sedang buat kerja tapi tiba-tiba aku stuck. dah 2,3 hari aku cuba tapi belum jumpa penyelesaian lagi. tensen tensen. nampak macam senang, tapi susah la pulak. huhuu. apa aku merepek ni? mmm...aku sedang cakap pasal programming php. aku tersangkut kat satu part ni. tapi takpe...aku usahakan jugak dapatkan penyelesaiannya. sementara tu, aku nak ringankan kepala aku dengan menaip entri jap.

masa tengah tengok blog sendiri tadi, tiba-tiba aku ternampak yang kat bahagian 'you might also like:' gambar kat bawah ni. kompem lah ni salah satu entri yang pernah aku taip dulu. tapi satu ayat je aku tulis kat entri tu dulu (klik sini kalau nak bace).


kat situ aku tak mention pun sape yang bagi. sebabnya masa tu aku mana ada apa-apa hubungan dengan si pemberi music box ni. nanti kalau aku tulis lebih-lebih, dia kata aku syok kat dia pulak. wahahaha. orang yang hadiahkan aku music box ni ialah encik capo grande. tapi masa tu, serius aku cakap, memang takde apa-apa. becakap pun jarang. dan pada masa tu dia pun kurus sket berbanding sekarang. huhuu

tiba-tiba di suatu pagi, lebih kurang pukul 7.30 pagi, encik capo grande baru sampai opis. tiba-tiba dia terus masuk bilik aku, letakkan kotak music tu kat atas meja aku dan kata dia beli untuk aku serta cakap dialog ni kat aku:

"jangan sedih-sedih lagi tau" 

maunnya aku tak terpinga-pinga masa tu. dah lah aku jarang bercakap dengan dia, tiba-tiba boleh lak belikan aku hadiah. masa tu dahlah aku tengah menangis kat opis atas sebab-sebab peribadi. dalam pada terpinga-pinga tu aku pun tak ingat aku cakap terima kasih ke tak kat dia. lepas dia cakap tu, dia terus keluar dari bilik aku membuatkan aku bertambah tercengang sebab tak sempat tanya apa-apa. tapi lepas tu aku mula senyum-senyum sendiri tengok music box tu. toleh kiri toleh kanan, bila kompem takde orang, aku pun mainkan music box tu sambil senyum-senyum sensorang. lupa dah pada kesedihan aku masa tu. itulah 1st time dapat hadiah music box daripada lelaki dan pada saat yang tak disangka-sangka dan memang aku tak pernah terfikir pun.

selang 15 minit, aku bukak blog dia terus ada entri ni 'the music box'. masa tu baca blur lagi. takkanlah kot entri tu untuk aku. mungkin entri tu lirik lagu yang aku tak tahu atau mungkin takde kena mengena langsung dengan aku. lepas tu aku segan nak keluar bilik sebab malu kalau bertembung dengan encik capo grande. dan dan je stat malu-malu padahal sebelum-sebelum tu takde pun aku nak malu-malu.

tetiba aku nak tersenyum depan monitor skang sebab rasa macam ditayangkan balik kat depan aku apa yang berlaku pertengahan januari lalu ^_^ dimana pada masa tu hanya dia dan aku je yang tahu. ^_-

10 comments:

Capo Grande said...

bkn ada skrip mcm ni "kalau nak tau lagi....tunggu lepas keje..." ke?? huhu...

Iyiana said...

romantik yer..
jadi wildcutecat telah menjumpai penyelamat beliau.

wildcutecat said...

capo grande: bukanlah. dialognye macam ni "nanti malam saya/aku call". huhu.

wildcutecat said...

yana: romantik ke? tapi masa tu terpinga-pinga n tertanya-tanye je. huhu

wildcutecat said...
This comment has been removed by the author.
Capo Grande said...

xla, ada ayat tu...nanti malam aku call puna ada gak...huhu

wildcutecat said...

capo grande: yeke? mmmm...mungkinlah ada kot. huhu.

Iyiana said...

wildcutecat : situasi tu romantik. pelakon perempuan terpinga-pinga. pelakon lelaki cuba menyelamatkan perempuan. ehehe..

Capo Grande said...

xcuba pun la yana-chan...dia je blh selamatkan diri dia sendiri...betul x???

Iyiana said...

Azuran-kun : kalau xde anjakan paradigma, masakan bley ada hubungan seperti hari ni.
:p

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails