Monday, May 9, 2011

ada apa dengan itu loceng?

time lunch aku dan encik capo hari-hari balik rumah. rumah dekat la katakan. kul 2 tadi masa dah sampai opis semula dan on the way nak pegi lif, jalan belakang 2 orang aweks. yang sorang tu pakai gelang kaki or gelang tangan berloceng. so bila dia jalan berbunyik la loceng tu. aku kan, memang tak suka tau orang pakai gelang kaki or gelang tangan berloceng nih. buat sakit kepala aku jek. bising dan mengganggu. memang dari dulu lagi aku tak suka.

gambar hiasan ehsan pakcik google

kalau budak-budak yang pakai, aku tak kisah la. tapi ni orang besar. biasanya pempuan la yang suka pakai. apa ek tujuan orang pakai gelang berloceng ni? nak tarik perhatian kah bila dia berjalan? cuba pikir...kalau ada orang jahat kejar n kite nak lari pastu nak menyorok. macam mana nak selamat kalau loceng gelang tu asik berbunyik jek? tengah nyorok tetiba loceng gelang berbunyik sebab bergerak sket. dah kantoi. huhuhu.

gambar hiasan ehsan pakcik google

ada sesetengah orang tu pakaikan loceng kat kucing. kalau pakaikan kat kucing parsi yang berbulu panjang tu takpe la sebab dorang bukan jenis memburu. tapi ni kat kucing biasa. kesian kat kucing tu la sebab buatnye die tengah mengintai-ngintai tikus, tetiba nak kejar terkantoi lak sebab loceng kat leher berbunyik masa kucing tu lari. dah tikus tau dia sedang dihendap dan dapat lari dulu. kan dah terlepas peluang kucing tu nak tangkap tikus.

ni aku la yang tak suka. kalau korang suka...sukati la. la la la la la

2011 hari ibu yang spesel

seperti yang semua orang tahu, semalam (8 Mei 2011) adalah hari ibu. tiap-tiap tahun, kiteorang adik beradik  memang sambut hari ibu untuk emak kiteorang yang tercinta. buat makan-makan dan kompem la kek wajib ada. seperti tahun-tahun lepas, tahun ni pun buat sambutan hari ibu untuk mak aku jugak. kali ni buat kat rumah aku plak sebab sebelum2 ni buat kat rumah kakngah. seperti setiap tahun jugak, aku lah mastermindnye. tapi kiteorang share la duit beli makanan dan lain-lain.

tapi tahun ni memang lain dari tahun-tahun lepas. sebabnya aku uruskan semua. dari perancangan, budget, tempat dan juga penyediaan makanan. sebenarnya tak plan pun. tiba-tiba masa masak breakfast pagi semalam aku rasa nak sambut gak hari ibu tahun ni. ye la, tiap-tiap tahun sambut, takkan tetiba tahun ni tak sambut lak kan. macam tak sempurna lak rasanya. lepas kira masa untuk keluar beli barang dan masak, aku pun hantar invitation kepada adik beradik melalui sms. majlis makan-makan akan bermula pukul 5 petang.

makanan-makanan yang disajikan
pukul 12 tengah hari aku, encik capo dan arissa pun menuju ke pacific untuk beli bahan-bahan nak masak. MASAK ok. ha ni lagi satu beza sambutan hari ibu tahun ni dengan tahun-tahun lepas. biasanya menu sampingan adalah pizza hut tak pun sate tak pun kfc. pastu makanan macam mee hoon atau mee kari dan lain-lain mak aku masak. kelas kan, nak sambut hari ibu tapi suh mak yang masak. hahahha. TAPI! tahun ni aku yang masak semua. mak aku, aku suh datang makan je. aku juga tak minta bantuan adik beradik untuk datang rumah tolong aku masak. biar aku uruskan semua.

antara tetamu-tetamu yang hadir
pukul 2 petang aku stat masak. arissa memberi kerjasama yang baik sebab balik je dari pacific, dia terus tido. so, lepas arissa tido aku pun stat berperang di dapo sensorang. encik capo nak tolong tapi aku tak bagi. macam aku kata tadi, biar aku uruskan semua.cuma mintak tolong encik capo kupas bawang je. menu yang aku dah listkan adalah mee hoon, popia, sandwich sardin, ayam goreng berempah (yang segera la. tinggal nak goreng je), kek dan desert iaitu nata de coco dan aiskrim (ni pun beli dah siap). pastu ada la cikidis dan gula-gula untuk kanak-kanak.

tetamu lagik
mula-mula, aku siapkan bahan-bahan untuk buat popia. simple je timun dan taugeh. lepas tu aku siapkan bahan-bahan nak masak mihun. sawi, udang, sotong. bawang aku dah siap blender. bila semua bahan-bahan dah siap, aku stat masak bahan untuk inti popia. pas dah masak, isi bahan yang dimasak tadi atas kulit popia dan gulung-gulung. part yang ni makan banyak masa. sambil menggulung popia, aku goreng ayam berempah. so, 2 keje dalam satu masa. kejap g tengok ayam dalam kuali, kejap menggulung popia. berpeluh-peluh ketiak aku. lepas dah siap gulung semua popia, aku pun goreng. sebelah goreng ayam berempah (tak abis goreng lagi sebab 3 paket aku goreng), sebelah goreng popia. kiri kanan aku kontrol.

arissa dan tasha
encik capo dah berapa kali datang dapo nak tolong. tapi aku tak bagi. biar aku uruskan semua. muahahaha!!! aku mintak tolong kemas ruang untuk makan je sebab kompem aku tak sempat nak buat.
tengok jam dah pukul 4.30 petang. mee hoon aku tak bergoreng lagi sebab dapo gas ada 2 je. tengah pakai dua-dua. risau betul aku kalau tak sempat masak pukul 5.00 nanti. pukul 4.40 petang baru setel goreng ayam dan popia. terus kelentang kelentung basuh kuali cecepat. kuali takde yang besar. nak masak 3 bungkus mihun. cara yang ada ialah, masak 3 trip. sebungkus sebungkus. so, korang pejamkan mata dan bayangkan aku goreng mihun 3 kali dalam masa 20 minit. hebat tak hebat tu. kui kui kui. dah pukul 5 petang takde yang sampai lagi. so, aku pun cecepat buat sandwich pulak. akhirnya pukul 5.15 petang aku habis masak dan sediakan makanan. tepat-tepat je kaktih n family pun sampai. tunggu semua tetamu sampai baru mula majlis makan-makannye. tetamu-tetamunye family aku dan family encik capo je. tu pun dah penuh rumah.

arissa makan aiskrim. bila tak bagi, mengamuk. huhuhu. pas makan aiskrim , mandi. comot
sedar tak sedar 3 jam lebih aku kat dapo. berdiri u olls. aku tak suka buat keje duduk. so, 3 jam lebih la aku berdiri untuk sediakan bahan dan memasak. arissa pun bangun dari tido timing baik punya. dah habis masak baru dia bangun. so, majlis makan-makan dah bermula. seronok tau bila kite masak, pastu semua orang makan. abis makanan tapi cukup la untuk semua orang makan. boleh tapau lagi tu. tah sedap tah tidak aku masak, aku tak tau la. tapi licin semua makanan. aku consider sedap la kot. huhuhu. lupa pulak, kakngah turut bawa makanan iaitu pengat pisang. nyum nyum nyum! kaktih pulak sponsor air gas.

istimewa hari ibu tahun ni kan, aku masak semuanya. itu kot hadiah hari ibu untuk mak aku. masak spesel walaupun tak la spesel mana pun. janji ikhlas. wahahaha.

lepas semua tetamu balik lebih kurang pukul 8 malam, aku pun merehatkan diri. bila dah rehat, semua penat datang. sakit kaki la, sakit belakang la. padahal masa tengah masak dan layan tetamu aku tak letih langsung. so, malam tadi aku tido awal sebab tak boleh blah penatnye. takpe la yang penting kite enjoy!!!


* tq kepada kaktih sebab tolong snapkan gambar untuk aku letak dalam blog. aku bizi, memang tak sempat nak snap gambar.

* hebat gak mak ko nih arissa. macam ni boleh plan buat open house lak. plan je la, buatnye tak pasti g. ahak ahak ahak.

Sunday, May 8, 2011

pengorbananmu tiada tandingannya

hari ni 8 mei, hari ibu untuk semua ibu-ibu di dunia. first sekali nak ucap selamat hari ibu kat mak aku yang tercinta iaitu Puan Maimon binti Abdul Aziz dengan ucapan emak la ibu terhebat di dunia ini ^_^. semoga panjang umur dan sihat dari sebarang penyakit. terima kasih kepada Allah kerana memilih aku untuk dilahirkan oleh emak aku. terima kasih juga kat mak aku yang dah mengandungkan aku dan lahirkan aku didunia ini serta menjaga aku sampai aku besar panjang. banyak sangat perngorbanan mak aku kat aku yang tak mungkin dapat aku balas.

aku, arissa dan mak aku@ wan pilah arissa

terima kasih juga sebab bersabar dengan kerenah dan perangai aku nih. kalau korang nak tau, aku ni anak bongsu. bila anak bongsu, automatik la manja dan mengada-ngada. ahak ahak ahak. nampak je muka baik, tapi dengan mak n family memang aku mengada-ngada. wahahaha. apa nak, mesti dapat. kalau tak dapat mula la nak merajuk. taknak makan, muka masam je. so, tepaksa la mak aku beli kan jugak. baru la terukir senyuman kat muka aku. wahahaha. kalau arwah abah aku ada, dah lama kena penampar agaknya aku nih. pastu kalau pasal makanan, mak aku mesti asingkan untuk aku. sebab kalau lauk abis atau tinggal sket, kompem aku merajuk lagi dan taknak makan. menangis la dalam bilik. tepaksa la mak aku masak lagi lauk untuk aku plak sebab aku tak nak makan kalau lauk tinggal sket atau dah abis. kih kih kih. bila ingat2 balik, memang mengada-ngada aku nih dulu. dari zaman sekolah sampai sebelum kawin. dah kawin ni je aku tak tak mengada-ngada nak merajuk bagai kat mak aku lagi. skang ni rindu je hari-hari dengan mak aku. 

so, sempena hari ibu ni nak cakap yang aku sayang sangat kat mak aku. selamat hari ibu mak ^_^. apa ye hadiah nak bagi mak aku sempena hari ibu ni...hmmm...

tak lupa juga selamat hari ibu kat mak mertua aku dan ibu-ibu diseluruh dunia nih.

Saturday, May 7, 2011

minat online shop plak

skang ni aku suka jenguk-jenguk kedai online. macam-macam ada. ada jugak aku beli barang secara online. senang. terbaru aku ada beli sesuatu barang yang misteri la skang. tak boleh cakap lagi barang apa. nanti bila tiba masanya aku akan buat entri barang tersebut. huhuhu. barang ni sampai hari khamis (semalam). sampai rumah tak sabar-sabar nak try. banya gak benda aku terpengaruh nak beli kat kedai-kedai online ni. terutamanya baju la. tapi sayang sejuta kali sayang. baju aku tak berani nak beli online sebab takut tak muat. paham-paham je la berat aku belum turun banyak lagi. so, tak boleh nak beli sebarang baju tanpa cuba kat fitting room. kalo tak rugi la aku tak bole pakai.

Friday, May 6, 2011

mengapa tak update + training

dah beberapa hari tak update blog. bukan malas tapi aku tak sempat nak mengupdate. biasanya aku taip entri kat rumah lepas arissa tido. kat opis buat keje ye. huhuhu. kalau time rehat dan ada story nak dikongsikan baru taip entri kat opis. tapi sejak 2,3 hari ni balik keje je aku mengantuk tak hingat dunia punye. lepas arissa tido lebih kurang pukul 9 malam, pastu aku lak tido. kalau tak, memang aku online memalam sampai kul 12 malam ke pukul 1. tapi sebab mengantuk sangat, maka tiada la berupdate blog aku nih.

2 hari ni (khamis dan jumaat) aku telah mentrainingkan diri. aku join training open office. tapi bukan jauh pun tempat trainingnye. kat bilik latihan ict kat tingkat 1 jo. kalau buat kat hotel, alangkah bahagianya. hik hik hik. tujuan aku join training ni adalah sebab aku nak belajar macam mana nak guna open office. selain itu, aku jugak nak mencukupkan 7 hari berkursus dalam tempoh setahun. kalau ada yang tak tahu, pekerje gomen wajib pegi kursus dan bilangan hari yang ditetapkan adalah 7 hari setahun. so temasuk yang 2 hari ni makanya jumlah kursus aku yang terkumpul adalah 5 hari. sejak dah ada arissa ni aku malas nak pegi kursus yang jejauh. kalau balik hari takpe. ni yang kursus 2,3 hari atau seminggu lebih pastu tak leh balik rumah sebab jauh. mana sanggup aku berpisah dengan arissa walau untuk sehari. makanya, kursus aku join mesti la yang dekat2 dan boleh balik.

so dari kursus yang aku hadir 2 hari ni, banyak la ilmu-ilmu yang aku dah dapat walaupun dah hujung-hujung kelas aku lebih banyak surfing internet daripada dengar apa yang diajar. huhuhu. biasa la...bila dah mengantuk apa pun tak boleh buat. *_*. 2 minggu lagi ada 2 hari training lain aku join. maka cukup la 7 hari jumlah kursus aku nanti.

Tuesday, May 3, 2011

mungkin itu puncanya

 hari ni (3 Mei 2011) aku mc. sebabnya aku demam. pelik tetiba demam. mungkinkah semalam hujan lebat lalu aku demam? tapi aku takde berhujan pun. sehari suntuk tak keluar rumah. ataupun adakah punca aku demam ada kaitan dengan mimpi malam tadi. suspen je kan.

ni semua encik kelawar la punya pasal. tak penah-penah aku mimpi kelawar tetiba malam tadi muncul dalam mimpi aku. tapi encik kelawar lain yang dalam mimpi aku ni sebab warna krim. encik kelawar yang masuk  rumah aku hari tu warna coklat kehitaman. dalam mimpi tersebut encik kelawar kaler krim ni asik mengekori aku jek. dah la aku geli dengan kelawar. dia asik terbang mengekori aku. mana aku pegi dia ada. dalam mimpi tersebut aku lari ke rumah mak aku. tapi entah rumah mana tah, tak penah aku pergi rumah yang dalam mimpi aku ni. masa tu encik kelawar kaler krim tu marah-marah kat aku.

selamat 4 bulan

hari ni 2 Mei 2011. bukan saja cuti ganti untuk hari pekerja semalam (1 Mei 2011) tapi juga hari Arissa genap 4 bulan. sehingga hari ni, Arissa dah pandai meniarap, pandai mengensot ke belakang dan depan. sudah pandai menegur orang untuk ajak beborak dengan dia. selain tu Arissa pun dah ada saraf geli. bila geli ketiak, bahu dan pinggang, kompen tegelak gelak. comel sungguh arissa tegelak. bikin hati mak dia senang.


lagi lagi secret recipe

bulan April 2011 ialah bulan besday aku dan jugak bulan paling banyak pegi secret recipe. terbaru pegi secret recipe tengah hari jumaat lepas. sebabnya kaktih sms nak belanja makan kat situ. kalau dah orang nak belanja kompem la aku tak menolak. ahak ahak ahak. time lunch, aku dan encik capo pegi jemput kaktih dan lida kat depan IPK. nak pegi town tengah hari jumaat memang la pilihan yang tak tepat. sebabnnya, jem nak mampus. perjalanan yang sepatutnya amik masa 5 minit dah jadi 20 minit. jalan sesak dengan kenderaan dan paking pun penuh.

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails