Tuesday, February 23, 2010

r.i.n.d.u

-------------------

melalui 1 hari tanpa dia sangat la tidak seronok. 1 hari pon dah rasa tak best, macammana nak lalui 2 hari lagi tanpa dia. walaupun sms tak henti2 dari pagi sampai ke malam, dan diselang seli dengan call, namun tak sama dengan berada kat depan mata.

tak de sape datang 'kacau' aku kat bilik. tak de sape aku nak intai dalam bilik mesyuarat. tak de sapa aku nak pandang bila orang lalu lalang depan bilik. tak de sapa yang buat aku senyum. kalau dia tak buat apa-apa pun, at least bila nampak dia mesti aku nak senyum je. entahlah...hati rasa berbunga-bunga bila nampak dia. betul la kata adnan sempit, dalam hati ada taman. huhuhu. aku pon bila lalu depan bilik dia, rasa sayu je sebab takde orang pandang balik and kenyit2 mata kat aku. kosong je kerusi tu. sangat la tak best perasaan aku sekarang ni. rindu sangat kat dia. rasa macam taknak datang keje. nak amik cuti je sepanjang dia takde. tapi nak simpan cuti nak kawin. lagipon, takkan setiap kali dia g kursus aku nak cuti lak. kena la biasakan diri mulai skang.huhuhu.

sebab dah biasa g keje dan balik keje dengan dia hari-hari, petang semalam terpaksa balik sorang-sorang. pagi tadi pon pegi keje sorang-sorang. bila sampai opis, mesti breakfast sama-sama dalam bilik aku. tapi pagi ni aku breakfast sensorang. petang ni pon balik sorang-sorang. pagi esok pon g keje sorang-sorang. sangat la tak best. kalau tak, mesti boleh pandang dia dalam keta pagi petang malam. layan perangai dia masa tengah drive. dengar dia bercakap + bagi tazkirah. hehehe.
selalu malam-malam mesti kuar dengan dia. tapi semalam dia takde. 1st time tak keluar sejak mula bercouple. tak tau la nak cakap camne, yang pasti aku rindu sangat dengan dia. pendek kata, sejak kenal dia, aku tak biasa hidup tanpa dia disisi. agak-agak, dia rindu tak kat aku macam aku rindu kat dia? dia rasa tak macam yang aku rasa? ke aku je yang lebih-lebih? huhuhu
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails