hari rabu (15/9/2010) merupakan hari yang mencemaskan, menyakitkan dan melucukan bagi aku. aku sudah pun mula bekerja sejak hari isnin (13/9/2010) lagi. senyap sunyi dan lengang je opis dari hari isnin sampai selasa tu. cuma hari rabu dah ramai sket yang dah mula datang keje. tapi bukan ni yang aku nak citer. ni mukadimah je.
lebih kurang pukul 8.30 pagi, perut aku tiba-tiba sakit nak ke tandas. so aku pun ke tandas sambil di escort oleh encik capo grande. ye...disebabkan suasana opis yang tak ramai orang dan keadaan bangunan yang senyap sunyi, maka encik capo grande sentiasa menemankan aku ke tandas. tapi dia tunggu kat luar je lah. kalau 10 kali aku nak g tandas, maka 10 kali lah dia temankan aku.
balik dari tandas, aku pun jalan dengan kelajuan sederhana ke bilik encik capo grande. dari pintu belakang nak ke tengah opis memang mesti lalu kat depan bilik server. dan entah macammana, laluan yang aku lalu hari-hari akhirnya memerangkap diri aku sendiri. entah macam mana kaki aku boleh tersangkut kat laluan nak masuk ke bilik server tersebut. serta merta aku rasa diri aku melayang dalam keadaan terbongkok sambil berpusing. tangan aku sempat berpaut pada troli namun, brek pada kaki aku tak makan. entah macam mana, aku masih lagi berpusing untuk kali kedua sebelum tangan terlepas daripada troli tersebut seterusnya membuatkan aku tersungkur tertangkup 5 langkah daripada tempat kaki aku tersadung. entah macam mana keadaan aku dari masa tersangkut dan berpusing-pusing tu aku sendiri tak dapat bayangkan. sebaik saja tersungkur aku terus cuba berdiri namun kaki terasa sakit sangat.
encik capo grande yang berjalan tidak jauh di belakang aku, tidak sempat untuk menahan aku daripada terjatuh walaupun dia sudahpun berlari ke arah aku semasa aku berpusing-pusing sebelum tersungkur tu. lepas je aku dah tertangkup, cepat-cepat dia datang cuba angkat aku tapi kaki terlalu sakit nak berdiri serta merta. kak jemah dan beberapa rakan seopis yang berada ditempat masing-masing cepat-cepat datang untuk melihat apa yang berlaku. serta merta aku rasa malu kalau ada orang lain nampak aku masa terjatuh tu. terus aku tak dapat tahan diri daripada tergelak. sebenarnya sakit sangat tapi aku tak tahu kenapa aku tergelak. encik capo grande turut gelakkan aku selepas memberi bantuan kecemasan.
cis! berani dia gelakkan bini sendiri yang terjatuh tertangkup ni.
ramai je yang risau keadaan aku masa tu. terima kasih ye semua. aku pun risau dengan keadaan diri sebenarnya. sebabnya, aku dahlah pregnant, perut buncit...tiba-tiba jatuh tertangkup. kedua-dua lutut aku cedera dan perut tiba-tiba jadi sakit akibat hentakan ke lantai semasa jatuh tertangkup tu. terus saja encik capo grande hantar ke klinik dekat2 pukul 9 pagi tu selepas aku mengadu perut aku senak tiba-tiba dan susah nak bernafas. kat klinik, doktor scan perut aku dan kata baby tak apa-apa dan tiada kecederaan dalaman dan tiada pendarahan berlaku. terus je doktor suruh berehat kat rumah dan bagi mc. bila dah sampai rumah, kedua-dua lutut yang cedera tadi terus membengkak. pedihnya Tuhan saja yang tahu. encik capo grande pun menyapu minyak gamat pada tempat yang cedera tu. kat rumah, perut aku masih sakit lagi. dan aku masih lagi tergelak membayangkan situasi aku terjatuh tu. susah nak bayangkan balik. semuanya terlalu cepat. yang aku tahu, kaki aku tersangkut, aku berpusing 2 kali sebelum tersungkur. hahahhaa...walaupun sakit tapi rasa kelakar lah pulak.
alhamdulillah takde apa-apa berlaku pada aku dan baby walaupun agak kuat jugak aku terjatuh dan terhentak masa tu. entah macammana lah aku boleh terjatuh ni. nasib baiklah laki aku je yang menyaksikan dari A sampai Z masa aku jatuh tu. kalau orang lain pun nampak, mesti aku malu nak g opis. huhhu.
4 comments:
hi dieb.. syukur la ko n baby x pepe.... hati2 tau... kalau tpt bahaya minta en carpo dukung belaang. hihi... :D
haiya.. hati2 woo..
uishhh..
leklok kak...
nxt time jln slow2 ek..
se slow yg mgkin..huhu
nsb bek takde pape..=)
C.THYIEN.T::
bukan carpo da...tatapi capo...carpo tu nama satelit yang mengelilingi jupiter...
Post a Comment