Wednesday, February 23, 2011

seronok bila teringat

sedar tak sedar dah sebulan lebih aku bersalin. tiba-tiba rasa rindu pada tendangan-tendangan arissa masa dia dalam perut dulu. rindu nak rasa dia bergerak-gerak dalam perut lagi. walaupun perut terasa geli, tapi seronok. (jap g adalah 'orang' tu bagi cadangan nak bagi arissa adik. huhuhu). bab sakit masa kontraksi nak bersalin tu yang buat aku rasa takut sket.


hmmm...cepatnya masa berlalu. rasa macam baru semalam aku bersalin. terbayang-bayang aku tengah sakit nak bersalin dalam labour room bersama 'doktor tambahan'. indahnya kenangan masa doktor letakkan arissa atas perut aku sebaik je dia keluar dari perut. macam tak percaya aku baru je meneran keluarkan baby yang comel. semua ni pengalaman yang sangat berharga untuk aku. tak semua perempuan dapat rasa pengalaman macam ni. syukur kepada Allah s.w.t kerana memilih aku menjadi salah seorang perempuan di dunia ni merasa pengalaman mengandung, bersalin dan membesarkan anak sendiri. kalau diberi peluang sekali lagi lepas ni sudah pastinya aku tidak menolak...tapi...mmm..tunggulah arissa besar sket. huhuhu

masa aku mengandung dulu macam-macam gak aku mengidam. tapi semuanya makanan yang simple-simple dan senang untuk dicari. kebanyakannya buah-buahan. memula aku mengidam nak makan buah mata kucing. pastu buah limau. pastu manggis (ni aku tak dapat-dapat makan sampai skang). pastu mengidam nak makan roti canai pulak. kalau dah namanya mengidam, mestilah kita nak makan makanan tu selalu kan. huhuhu. bayangkan la masa aku mengidam nak makan buah limau dulu. tetiba stok buah limau dalam peti ais dah habis. meleleh-leleh air liur aku dalam mulut ni tunggu encik capo grande balik beli limau. bila dah masuk je limau dalam mulut....fuhhh...gile sedap a. lega rasanya. ahakz.

masa mengandungkan arissa juga aku selalu sakit2 kaki. rasa macam terseliuh dan sakit sangat nak berjalan. kaki pun bengkak dan urat-urat turut terkeluar. nak berjalan pun kena papah oleh encik secapo. so, tak heran la kalau aku banyak amik el n mc masa mengandung. huhuhu. muntah-muntah n pening kepala tu awal2 pregnant memang selalu sangat. kadang-kadang sampai kosong perut aku asik muntah jek. *_*. makan mcd, muntah pun keluar mcd. makan nasik, muntah nasik lah. huhuhu. tapi mujur lah aku ni tak kena morning sickness. aku kena evening sickness. sebabnya aku hanya akan pening dan muntah-muntah stat pukul 5 petang ke atas. memang nasib baik betul sebab aku memang muntah2 kat rumah jek. bayangkan la kalau kat opis aku terasa nak muntah....agaknya belum sampai toilet dah terkeluar dah muntah  sebab toilet jauh. huhuhu.

apa lagi ye...

oh ya... masa mengandungkan arissa juga aku dah 3,4 kali terjatuh. terjatuh menangkup, jatuh terduduk, jatuh terbaring (jatuh katil), jatuh terkangkang...semua ada. alhamdulillah baby dalam perut tak apa-apa walaupun macam-macam gaya terjatuh aku pernah rasa. ahakz. masa tu memang a sakit. tapi bila ingat balik skang, aku nak tergelak lak. paling tak tahan kalau ingat macam mana aksi stunt yang aku buat masa terjatuh menangkup kat opis dulu. nasib baik la hanya encik capo grande je yang nampak aksi-aksi stunt aku tu. kurang sket malu. hahahha. gile tak tahan nak gelak bila ingat balik.

rasanya ni a antara pengalaman aku mengandungkan arissa dulu. tak sangka dah keluar dah baby dalam perut aku tu. ada kat sebelah tengah tido.

cayang arissa...^_^

4 comments:

Capo Grande said...

Saya mencadangkan bagi Arissa adik...huhuhu

wildcutecat said...

kan dah muncul cadangan dari 'orang' tu. la la la la la...

viruspadu said...

amboi "orang" tu...

hahahaha

mekchu said...

tau la 15hb dah lepas....

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails