Monday, April 23, 2012

aku sudah tahu

dalam entri sebelum-sebelum ni aku ada citer yang kepala aku asik pening, kadang-kadang muntah, pitam dan sebagainya. bukan kat opis je, kat rumah pun kena jugak. memang terseksa bila kepeningan tersebut melanda.

bila kakak aku kate, mungkin sebab cermin mata, baru aku sedar. ada betulnya juga. last aku tukar cermin mata masa hujung tahun 2009 kot. jadi ada logiknya power mata aku dah bertambah atau dah berkurang sehingga dah tak sesuai dengan cermin mata sekarang sehingga effect kepala jadi pening dan sebagainya.

aduhai...macam tahu-tahu je nak dapat tunggakan gaji. buat cermin mata baru bukannye murah. tsk tsk tsk *_*. oh alangkah indahnya kalau tak perlu pakai cermin mata lagi. alangkah indahnya kalau mata ni terang seperti dulu-dulu. tapi takpe lah, bersyukur masih boleh lagi melihat.


sekian.

Friday, April 20, 2012

aku, lagu dan kenangan

pernah tak alami, bila dengar lagu tetiba suasana sekeliling akan terasa berubah jadi tempat-tempat tertentu yang ada nostalgia dengan lagu tu. aku ada beberapa lagu la yang kalau aku dengar tetiba aku terasa aku macam berada kat tempat lain.

contohnya kan, kalau aku terdengar lagu Fantasi Cinta - nyanyian kumpulan Khafi, tetiba suasana sekeliling aku akan bertukar macam suasana masa aku keje kat Eon Servis dulu. aku duduk kat kaunter sambil layan customer yang nak servis keta. aku nampak ada keta yang dinaikkan atas apa benda tu tah yang keta akan naik atas tu la. pastu ada mekanik servis keta-keta tu. pendek kata memang suasana masa aku keje kat Eon Servis tu la. puncanya aku terbayang suasana tu ialah sebab masa aku keje kat Eon tu, lagu Fantasi Cinta ni tengat hit. satu hari 7,8 kali keluar radio.

kalau aku terdengar lagi Tell Me - Christina Aguilera Feat P Diddy pulak, automatik aku akan terbayang / nampak aku berdiri tepi jalan, pakai kemeja fit, seluar slack dengan beg (bukan handbag) diserempang kat tepi sambil telinga besumbat dengan earphone. yup. aku sedang tunggu bas nak pegi keje. masa ni aku keje kat Damansara Utama.  sebabnya aku terbayang suasana tersebut ialah, sepanjang aku berjam-jam berdiri tunggu bas setiap pagi, lagu ni mesti akan keluar radio timing yang hampir sama setiap pagi.

kalau terdengar lagu-lagu rock kapak macam Damasutra, Black Rose, Dinamik, Sera dan yang seangkatan dengannya, secara automatik aku terbayang masa aku belajar kat UTM, Skudai dulu aku sedang duduk dalam bas persiaran pada waktu malam sambil melihat pemandangan malam di luar tingkap sambil melayan perasaan. puncanya ialah sebab bila aku balik dari kelas malam, abang driver bas tu mesti akan bukak lagu-lagu rock kapak ni. masa tu memang terasa best sungguh dengar lagu-lagu rock kapak sambil layan perasan. ahakz. rindunye zaman remaja.

lagu apa lagi ek. bila nak buat entri mula la lupa. huhuhu. buat masa ni tu je lagu yang aku ingat yang bila aku dengar pastinya aku akan berada di suasana yang aku ceritakan di atas.

sekian.

Tuesday, April 17, 2012

aku mau jadi Navy

malam tadi aku pegi tengok wayang movie Battleship dengan kakak aku lida dan ecik capo. tq a kepada lida sebab belanja tengok wayang dan pop corn malam tadi. sebenarnya aku tak tau pun citer Battleship ni wujud. dah lama tak tengok wayang so tak update dengan movie-movie baru.




pada pendapat aku, citer sangat awesome! hebat! aku rasa aku terkesima dan sangat teruja bila peperangan antara kapal Navy dan kapal makhluk asing bermula. rasa macam taknak kelip mata je tengok. selain tu, citer ni pun ada unsur-unsur jenaka. sambil layan action, boleh tergelak sekali. rasa macam nak tengok sekali lagi. sound effect citer ni pun sangat hebat.




tetiba sambil tengok movie ni aku mula la berangan ' kalau lah aku seorang lelaki, aku pasti akan jadi Navy....di US'. tapi belakon filem je la. kalau jadi tentera betul-betul mestilah  berjuang ditanah air sendiri. disebabkan aku perempuan, maka tak jadi la aku nak jadi Navy. hihihi. nanti bila dilautan aku mesti rindu sangat kat Arissa.  ;-p

aku rasa macam sangat best je jadi Navy ni dalam movie ni. sangat berani dan begitu bergaya di kapal di lautan sana. ^_^



kesimpulannya...citer ni memang best sangattttttttt!



Sunday, April 15, 2012

tumbangnya seorang aku

semalam aku tinggal berdua dengan arissa. encik capo pagi-pagi buta dah keluar pegi Nilai sebab sukan. aku bangun-bangun je pagi tu terus pening kepala. tapi takde la pening sangat. boleh bangun dan buat keje rumah lagi. lepas mandikan arissa. aku pun ke dapo nak masak. arissa duduk kat ruang tamu tengok tv sebab aku dah bukakan channel Baby TV untuk dia tengok.

masa tengah siapkan bahan-bahan nak masak, tetiba kepala jadi pening dan rasa nak muntah. tapi tahan je sebab aku nak masak. kang nak bagi arissa makan pulak. masa tengah menggoreng ikan bilis dan kentang, tetiba pening/sakit kepala tak dapat ditahan-tahan lagi. macam senget sebelah pun ada masa tengah memasak tu. tapi aku bertahan je selagi boleh sebab nak masak jugak. aku nak masak lauk kentang masak kicap sebenarnya. tetiba aku rasa dah tak boleh tahan lagi dan rasa nak tumbang kat dapo tu. memikirkan bahaya yang akan berlaku kalau aku terus memasak dan pengsan kat dapo sementara api dapo tengah menyala maka aku pun terus tutup api dapo gas walaupun masa tu kentang dan ikan bilis masih lagi belum masak.

tinggallah kentang dan ikan bilis dalam kuali tu lalu aku terus pegi depan terbaring atas tilam sebelah arissa yang tengah layan Baby TV. aku pun dah standby minyak angin dan makan asam masin sebab tekak rasa nak muntah. walaupun pening sangat, tapi aku tak tido sebab takkan nak biarkan arissa sorang-sorang. kang masa aku tengah tido, arissa pegi main tah apa-apa, naya jugak.

sakit/pening kepala kali ni agak teruk sebab aku siap menangis bagai sebab terlampau sakit. arissa tengok je mak dia menangis sambil makan asam dan letak minyak angin. ahak ahak ahak. yang terharunya arissa siap amik kismis bagi aku makan sebab tau kot aku tengah sakit. alahai, pandainya budak bucuk sorang ni.

lepas encik capo balik dalam pukul 1 petang tu, dia pun mengadu pening kepala pulak. alahai. ingatkan encik capo dah balik bole la aku lelap dan pass tolong jaga arissa. tapi dia pulak yang dah tumbang dulu. encik capo ada bawak balik nasi ayam. so aku pun bagi arissa makan dulu, kemudian aku pulak makan. lepas tu masuk dalam kelambu dengan arissa dan tutup pintu kelambu. so selamat sket la kalau aku terlelap sebab arissa main dalam kelambu je. disebabkan pening sangat, aku pun telelap tapi bila aku terjaga dalam 5 minit lepas tu, arissa pun dah tido. mesti dia bosan gile sebab tu telelap. sorri la arissa...bukan mak taknak bagi main tapi terpaksa a masukkan dalam kelambu supaya tak buat bukan-bukan masa emakmu ini telelap. oh ya...aku dan arissa memang tido dalam kelambu sebab malam-malam banyak nyamuk. bukan kelambu baby yang kecik tu ok. tapi kelambu macam kemah camping, saiz king yang boleh muat 3 beranak dalam tu.

dekat pukul 6 baru terjaga dan kepala masih lagi pening. owh mengapakah itu??? dalam pukul 8 malam, baru kepala dah sihat dan boleh masak nasi goreng untuk makan malam. semoga esok tak pening kepala lagi. tak tertanggung rasanya. tsk tsk tsk.


sekian.

Saturday, April 14, 2012

untuk aku

9 April hari tu, kaktih buat makan-makan sempena besday aku yang jatuh pada 8 April. terima kasih sangat-sangat. sungguh terharu ok, bila ada yang sambutkan besday untuk aku. makan-makan diadakan dirumah kakngah tapi kaktih yang belanja. jemputan adalah family sahaja. tapi tak semua adik beradik la yang ada. walaubagaimanapun aku sangat terharu.


antara menu yang ada ialah KFC, rojak, jambu batu dan jeruk. simple tapi sangat mengenyangkan.

sekian.

Monday, April 9, 2012

katakan kenapa?

sejak akhir-akhir ni, simpotom-simptom orang pregnant asyik la melanda diri ini. pening kepala, loya dan muntah. hari ni je seharian aku tepaksa menahan pening kepala dan entah berapa kali ke tandas sebab nak muntah. niat hati hari ni  nak half day je sebab tak tahan nak pegi muntah aje, tapi memikirkan petang ada meeting aku gagahi juga la.

pagi tadi aku dah tebaring kat surau sebab kepala yang pening. tengah hari balik rumah tido kat rumah pulak. lepas meeting abis kul 3 petang tadi, macam dah ok kepala dan tak rasa loya nak muntah lagi. tapi tetiba dalam pukul 4 petang kepeningan melanda balik sehingga la aku mengambil keputusan untuk tido di surau. aku bukan jenis senang nak lelap atau tido kat tempat yang bukan rumah aku. tapi disebabkan kepala dah berat dan berpusing-pusing, maka aku dapat lelapkan mata tak sampai 1 minit. terus dah tak sedar apa-apa. aku tido duduk je tau bukan tebaring. *_*

terjaga pun sebab dengar pintu surau dibuka dan ditutup beberapa kali sebab orang nak semayang. bila dah terjaga tu, kepala pun dah ok sket. dapat lelap setengah jam, bekurang la pening kepala ini. entah apa orang fikir bila nampak aku tido kat surau. mesti kate mengular taknak buat keje. tsk tsk tsk. kepala aku sangat pening. aku rasa ni la first time sepanjang aku keje kat sini aku tido kat surau. tu pun sebab betul-betul tak boleh handle pening yang melanda.

owh kenapa la agaknya sejak akhir-akhir ni nak pening dan muntah aje? mungkinkah sebab umur dah menganjak ke 30 tahun maka proses peralihan umur 2 series ke 3 series tu yang jadi pening-pening dan muntah-muntah? huhuhu


adakah perlu untuk ke farmasi dan beli pregnancy test??? ahakz!


sekian.


Sunday, April 8, 2012

nokia 3310 je sebagai hadiah besday???

hari ni 8 April adalah besday aku yang ke 30 tahun. serius aku kalau nak tulis umur kat mana-mana borang masih tak biasa nak tulis umur 30 tahun. entah la... bukan taknak terima hakikat umur dah 30 tahun tapi aku tak rasa yang aku dah 30. hahahaha. aku terasa aku masih 20 an lagi.

mula-mula nak ucapkan syukur sebab Allah masih panjangkan usia aku. bersyukur sebab aku lahir ke dunia ni dan bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik.

keduanya nak ucapkan terima kasih kepada abah dan emak aku sebab merekalah aku lahir didunia ni dengan izin Allah. terima kasih kat emak aku sebab bersusah payah mengandungkan aku, melahirkan aku dan membesarkan aku walaupun ketika aku berusia 14 tahun, emak aku terpaksa membesarkan aku seorang diri sebab arwah abah dah meninggal. terima kasih kat arwah abah aku sebab membesarkan aku sehingga akhir hayat beliau. tsk tsk tsk. arwah abah tak sempat tengok aku abis sekolah, masuk u, kawin seterusnya tak sempat jumpa Arissa.

seterusnya terima kasih kepada suami aku sebab buat surprise kat aku tepat pukul 12 malam tadi. aku tak pernah di surprise masa besday. jadi, bila disurprisekan, aku nak tegelak pulak sebab kelakar. hahahahaha. terima kasih lagi kepada suami aku sebab bagi 2 hadiah. satu hadiah telefon 3310. nak tegelak la sangat sebab dapat hadiah telefon nokia 3310. orang sekarang dah pakai henset canggih manggih. touch screen. tegamak dia bagi henset nokia 3310 kat aku sebagai hadiah besday. henset aku skang 10 kali canggih dari henset 3310 tu yang oi. tapi nak buat macam mano, suami dah bagi ikhlas dari hati, maka aku terima je la *_*.


ni la rupe henset nokia 3310 tu. ahaks. 

hahaha. sebenarnya henset nokia 3310 tu ialah kek besday. jangan tak percaya, gambar kat atas tu ialah kek 3d nokia 3310. tegelak aku bukak kotak kek, isinya kek nokia 3310. nak potong pun tak sampai hati. siap ada ucapan ' Welcome tu 3 Series' lagik. maknanya dah masuk 30 an la tu. huhuhu.


taraaa...masa untuk potong kek. pukul 12 malam lebih, makan kek. sangat tak sampai hati nak potong nokia 3310 ni. terima kasih sayangku. sangat kreatif tempah kek henset 3310 ni sempena umur 30 tahun.

hadiah kedua pula ialah


lukisan yang dilukis oleh encik capo sendiri. entah masa bila dia melukis aku pun tak tau.


ni gambar original:




hahahaha. sama tak????  terima kasih buat suami ku atas hadiah-hadiah yang diberikan. usaha mu sangat la dihargai. ^_^. terima kasih juga kat arissa sebab ucapkan besday dengan bahasa dia sendiri. hahaha.


akhir sekali nak ucapkan terima kasih kepada adik beradik dan kawan-kawan atas ucapan-ucapan hari lahir yang diucapkan melalui sms dan facebook. ucapan dan doa kalian amatlah aku hargai.


sekian.


Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails