Wednesday, May 16, 2012

kita tak pernah jauh

me n arissa
dah 6 hari berkursus. lambat lagi la nak abis kursus ni. rindu sangat dengan arissa ok. malam-malam nak tido mesti teringat arissa. buat apa la arissa skang ni. ingat ke tak kat mak dia yang jauh di mata dekat di hati ni.

aku sedang berkursus di suatu tempat yang jauh sket dari negeri sembilan. so, mustahil untuk aku berulang sebab perjalanan pakai minyak banyak dan tol pun mahal. puiiii...*_*. aku sangat rindu dengan arissa. asal nak tido mesti bergenang je airmata teringat arisssa. oh..anak aku. mak rindu.

nasib baik memang dah bawak baju arissa siap-siap masa packing baju untuk g kursus hari tu. rindu je cium baju arissa. tak dapat cium arissa yang betul-betul, baju pun jadi la dari takde langsung. disebabkan terlalu rindu, maka aku pun mengabadikan gambar baju aku dan baju arissa. walaupun jasad tak dapat bersama untuk tempoh yang lambat lagi berakhir ni, baju dapat bersama pun jadi lah.

macam kena je ayat-ayat kat tshirt aku tu:

"sometimes u have to forget what u want to remember what u deserve".

maknanya kan. aku terpaksa la lupakan hasrat nak jumpa atau peluk arissa skang demi untuk satu kepentingan yang juga akan memberi kepentingan kepada arissa satu hari nanti. ekekeke.

mak buat semua ni untuk arissa ok. ahaks. dan dan je. padahal memang tepaksa pegi pun. takde pilihan. kalau mak ada pilihan, mak takkan tinggalkan arissa tau. ^_^.

oh risaunya aku kalau-kalau arissa lupa kat aku sebab lama tak jumpa.

cepat lah masa berlalu. aku mahu pulang jumpa arissa.

arissa...cinta hati emak. ^_^.

sekian.

3 comments:

Chekpid said...

huisshh...dh 6 hari kursus masih tak balik lagi? total berapa hari? sudah bertahun daku tak keluar kursus lebih dari 2 hari. sangat heaven. kalau buat kursus di pejabat w/pun dlm bilik mesyuarat laaaaagi ku suka. rindu anak sangattt menikam kalbu :(

wildcutecat said...

Huhu. Lama lg br abis kususnye chekpid. Seronoknya xyah g kursus jauh2. Klau pg 2,3 hr je xpe klau kursus jauh. Ni lama sgt. Berbelas hari....huhu

Unknown said...

salam kenal. :)

alahai cedihnyaa..

saya pulak nasib baik mmg tak pernah kena pergi kursus. dan tak pernah la tinggalkan anak2 tiga orang tu..hehe. kalau kena, memang menangis kerinduan aje kot..

btw, jemput singgah ke blog saya juga :)

http://semuasihatselalu.blogspot.com

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails