Monday, January 20, 2014

kisah pagi isnin ku

seminggu dah cuti rasa malas sangat nak pegi keje dah. sebenarnya amik cuti 2 hari tapi sebab ada cuti umum tersepit maka jadilah seminggu. amik cuti lama bukan pegi mana-mana pun duduk rumah je. saje sebenarnya. duduk rumah bolehlah spend banyak masa dengan arissa. encik capo takde amik cuti pun. so aku berdua duaan dengan arissa di siang hari.

pagi tadi macam biasa pukul 5.30 pagi aku dah jaga. tapi 5.40 pagi baru bangun dari katil. siap-siap pegi hantar arissa rumah  wan dia. malam tadi dah bagitau arissa yang aku stat keje hari ni.

aku: arissa, esok mak dah stat keje tau. arissa tinggal dengan wan ye.

arissa: taknak. mak cutilah lagi lama-lama.

aku: dah lama dah mak cuti. nanti lainkali mak amik cuti lama lagi ye.

arissa: aisa taknak pegi rumah wan. aisa nak pegi rumah kite. mak cutilah lagi jaga aisa.

aku: nanti kalau mak tak keje camne nak ada duit. nak beli menan arissa lagi. arissa kan nak menan banyak-banyak.

arissa: takpe. takyah beli menan aisa lagi. menan aisa kan dah ada. menan aisa kan dah banyak.

aku:  yo lah tu. abis tu kalau pegi kedai asik nak mintak menan banyak-banyak tu ape?

arissa: tu aisa begurau je. menan aisa dah banyak. mak cuti lama-lama ek.


tapi sorry lah arissa. tak dapat nak tunaikan permintaan cuti lagi. pukul 5.50 pagi keluar rumah hantar arissa. melalak-lalak dah sampai. meronta-ronta taknak lepaskan sampai mak aku pun tak dapat nak dukung. tepaksa aku masuk dalam rumah dan tinggalkan arissa pastu cepat-cepat keluar dan tutup pintu grill. hmmm.... sape tak sedih nak tinggalkan anak walaupun sekejap. tapi takpe lah. nanti mak amik cuti tesepit lagi ye arissa.

sampai rumah semula pukul 6.25 pagi. biasenye aku tak tido balik. tapi sebab mengantuk sangat maka aku pun baring kejap. 5 minit jewwwwww katenye. huhu. sekali tersedar dah pukul 7.05 pagi. kelam kelibut aku bersiap. encik capo pun sama tak bangun selagi aku tak terbangun. nasib baik malam tadi encik capo rajin tolong iron baju. maka dah selamat kat situ sebab tak perlu iron pagi-pagi sebelum pegi keje. bila dah siap bershawl bagai maka aku sandang beg nak klua. encik capo dah siap tunggu kat luar rumah. paling last bangun paling awal siap. untunglah jadi lelaki. masa ni dah pukul 7.20 pagi dah.

bila dah nak keluar bilik sempat aku berpaling tengok belakang kat cermin. sekali baru ternampak shawl bahagian belakang pendek sangat dan telalu nipis. nasib baik aku pakai inner neck so leher tak nampak. punyalah kelam kabut aku bukak balik dan cuba oter. tak jadi sebab shawl pendek. tarik belakang maka depan akan jadi pendek. tarik depan, belakang lak pendek. lilit lebih sket depan lak pendek tak tutup dada. aaaarghhhhhh! aku dah tensen. betambah tensen bila tengok jam dah dekat 7.25 pagi. nak tukar shawl lain tak sempat nak mengiron. penyudahnya aku pin je kiri kanan dan tarik depan bia tutup dada kemudian pinjam jaket encik capo lalu pegi opis. nasib baik sempat punch tinggal seminit lebih je lagi nak pukul 7.30 pagi. selalunya bila aku bersiap pakai shawl aku akan tengok depan dan belakang. tapi hari ni aku terlupa tengok bahagian belakang shawl labuh ke tak shawl.

punyalah selekeh aku dipagi hari isnin. sampai opis letak beg terus pegi toilet betulkan shawl. tapi tetap pakai jaket juga lepas betulkan sebab shawl ni pendek dan boleh pilih salah satu je. nak labuh tutup dada ke nak tutup belakang? aku pilih tutup depan maka bahagian belakang tepaksa dipendekkan. tapi takpe sebab aku pakai jaket maka tak nampak bahagian belakang badan. maka hari ni sepanjang hari aku memakai jaket walaupun tak sejuk. selalunya shawl aku beli kain dan potong sendiri. hantar kedai je jahit tepi. sebab tu boleh labuh depan belakang walau dah lilit2 sebab aku beli panjang dan potong labuh sket. shawl yang aku pakai hari ni shawl beli. aku pun tak semak kepanjangannya. satu kecuaian yang menyusahkan diri hari ni.

sudahlah shawl buat hal aku telupa pula pakai stokin. masa nak pegi punch tepaksa aku labuhlan kain supaya tutup kaki. walaupun pakai kasut bertutup tapi bahagian atas kaki nampak juga bila bejalan. disebabkan aku dah biasa pakai stokin maka satu kejanggalan bila tak pakai stokin. disebabkan kain dah terlebih labuh, maka 2 kali aku tersadung masa naik tangga sebab terpijak kain sendiri. nasib baik sempat menahan kat dinding. kalau tejatuh tadi kompem lah sakit. dan malu la kalau ada orang selain encik capo nampak.

bila dah betulkan shawl dan nak mekap, beg mekap pula tetinggal kat rumah. dengan aku yang tak cukup tido. pegi keje dengan mata panda dan sembab. pagi tadi sebab dah lambat ingat nak mekap kat opis. sekali beg mekap tetinggal, memang buat aku hangin je pagi-pagi.  maka disebabkan rasa selekeh sangat hari ni maka aku nak low profile je. kalau boleh taknak jumpa sape-sape pun kat opis. nak duduk tempat aku je dan mengadap monitor.  tapi malang betul! hari ni lah hari aku paling ramai kena jumpa orang. takde keyakinan diri betul bila rasa diri selekeh. apolah nak dikato. dah takdir hari isnin ku bermula begini. mungkin ada hikmah. mungkin ada kesilapan diri yang perlu direnung kembali.


kalaulah aku tak tertido balik lepas balik dari hantar arissa pagi tadi mesti aku sempat mekap kat rumah dan sempat iron shawl lain yang sesuai. kompem lah shawl ni jadi alas meja nanti nih. nak bagi kat orang pun buat apa. nanti orang pakai nampak leher dan dada mestilah aku yang berdosa sebab bagi shawl nipis dan pendek.

malam ni dan seterusnya aku akan testing shawl yang bukan aku beli kain dan potong sendiri  dulu sebelum tido supaya tragedi hari ni tak berulang. kalau yang aku beli kain dan potong sendiri aku tak risau sebab yakin ia boleh dilabuhkan depan dan belakang. maka banyaklah shawl jadi stok alas meja lepas ni sebab nak buat tapisan keselamatan.

huhu. sekian kisah hari isnin ku.

1 comment:

Effi Rahmat said...

Alhamdulillah.. pasti ada hikmahnya.. banyak persamaan kita nih.. semoga Allah terus permudahkan hari² lain selepas ini..

Dalam hidup, tiada istilah kalau.. (kata cik abang saya..) apa yang kita lalui ialah apa yang tertulis.. Alhamdulillah.. :)

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts with Thumbnails