Wednesday, October 30, 2013
ayat sentap untuk mak
kadang-kadang bila keluar beli barang dengan mak aku, aku akan bayarkan untuk mak aku (kecuali abang aku dah bagi mak aku duit). ni perbualan selepas beli barang. samada kat kedai makan atau dalam keta atau dah kat rumah.
mak aku: wildcutecat, berapo inggit barang den semuo e tadi?
aku: tak po lah. tak payah bayar balik.
mak aku: eh. banyak den boli tadi tu. kang takdo lak duit kau.
aku: ala, kalau orang takdo duit orang takdo la bayarkan. orang duduk dendiam jo.
mak aku: kang banyak lak duit kau abih.
aku: alah, mak beranakkan orang dulu lagi sakit. tak po do. (lalu aku tersengih)
pastu mak aku terdiam. sentap kah? terharu kah? huhuhuhu.
ayat last tu memang ayat yang aku selalu guna kat mak aku kalau mak aku nak bayar balik apa aku bayarkan ataupun bila aku belikan apa-apa hadiah surprise. ngeeee ;-p
Tuesday, October 29, 2013
Nasi goreng yang ku beri, donut yang kau balas
Tengah layan gossip kat forum cari masa lunch break tadi tiba-tiba dapat panggilan ada delivery kat tingkat bawah. Sape lagi nak delivery kalau bukan encik capo. Dia keje lua tapi singgah kejap nak buat delivery kat aku. Aku pulak hari ni tak pegi mana-mana. Biasanya kalau encik capo tak ada aku akan keluar makan tengah hari dengan kakak kakak ku kaktih dan lida. Nasib baik kakak kakak ku keje area dekat dekat sini je. Hihi. Aku kan tak glamer mana ada geng lain nak pegi makan. Tapi hari ni malas pula nak keluar.
Bila dah turun bawah, encik capo dah tunggu dalam kompressor hitamnya. Sekali dia bagi donut dan pau yang dibeli kat kedai bakery kat mahfah. Terbaik! Sedap sangat donut dan kuih kuih yang jual kat kedai tu. Dah lama sebenarnya tak makan donut mahfah ni. Siapa tak pernah rasa cubalah beli. Eh tapi kedai tu takde buat delivery. Ni delivery special untuk aku aje. Ngeee ^_^.
Sebenarnya hari ni aku bawak bekal nasi goreng. Pukul 5.30 pagi gigih masak nasi goreng. Tapi aku letak cili api banyak sikit sebab encik capo suka pedas. Pedas gila. Berjurai jurai airmata aku makan nasi goreng sendiri sebab walaupun anak nogori, aku memang tak mampu menahan pedas. Tepaksa makan sikit-sikit. Pukul 8 pagi tadi makan sikit. Pukul 10 makan sikit. Last sekali pukul 1.00 tadi makan sikit. Mencair air liur aku sebab telampau pedas (bagi aku). Tapi encik capo boleh kata tak pedas!!! Lidah buaya gamaknya beliau! ;-p.
Dah makan donut ni baru rasa pedas makan nasi goreng tadi hilang.
Ok. Sekian.
Monday, October 28, 2013
tapi...
Janji ditepati
![]() |
| satu untuk aku, satu untuk encik capo |
Sunday, October 27, 2013
sedap sangat
dalam tempoh tak sampai 2 jam, habis sekotak aiskrim magnum almond aku kejekan sorang. satu kotak ada 3 batang aiskrim. dan aku ada satu kotak lagi magnum almond dalam peti ais. untung la aku sebab encik capo tak suka sangat makan aiskrim. jadi semua aiskrim dalam peti ais aku yang punya. tak payah berebut-rebut. muahahahahah.
aiskrim magnum almond ni sedap sangat lah.
Tuesday, October 22, 2013
aku yang dah tak macho lagi
![]() |
| insidious yang first |
kiteorang dah layan insidious yang first. jadi satu kemestian untuk tengok sambungannya. adakah lebih seram atau biasa-biasa je. pengarah movie insidious ni ialah james wan. pengarah yang sama mengarahkan movie the conjuring. sape pernah tengok hasil kerja dia kat the conjuring mesti takkan ragu-ragu untuk tengok insidious chapter 2 ni. memang terbaik!!!
untuk yang tak pernah tengok insidious yang first aku nasihatkan tengok dulu. jangan terus terjah tengok insidious chapter 2 sebab kompem kamu tak akan faham jalan cerita. memang sangat berkait.
komen aku terhadap insidious chapter 2 ni memang movie ni best. tahap keseraman tu mungkin lebih seram dari the conjuring sebab masa tengok the conjuring tu walaupun memang seram tapi aku berjaya kontrol macho untuk tidak terperanjat dan tutup muka atau mengalihkan pandangan bila hantu keluar. tapi masa tonton insidious 2 ni ketiga-tiga perkara tersebut aku buat walaupun telah kontrol macho. dengan terperanjat tak hingat, dengan hantu yang keluar tetiba. fuhhh.... berpeluh aku layan insidious 2 ni. dengan itu aku terpaksa mengaku movie ni membuatkan aku hilang kemachoan aku T_T.
![]() |
| renai dan josh |
sinopsis insidious first dari sudut aku yang telah menonton.
insidous chapter2 ni sambungan kepada insidious dimana dalam insidious yang first, roh ayah (josh) telah keluar dari badannya untuk mencari roh anak (dalton) yang juga telah keluar dari badan tetapi sesat dan tak pulang-pulang setelah lebih dari 3 bulan. bila roh dalton dah keluar dan tak balik-balik, jasad dia berada dalam keadaan koma. dua beranak ni memang ada kebolehan dimana roh akan merayap keluar bila diorang tido. di akhir cerita josh berjaya jumpa roh dalton yang telah diperangkap oleh hantu api yang jahat yang cuba untuk menakluk jasad dalton yang sedang koma supaya dia boleh hidup semula. semasa cuba kembali kepada jasad masing-masing, josh telah dikejar oleh hantu perempuan bergaun hitam dimana hantu perempuan berbaju hitam ni telah mengganggu josh semasa dia kanak-kanak dulu tetapi emak josh (lorraine) dengan bantuan pakar hantu (elise) telah berjaya menghentikan gangguan tersebut. tujuan hantu perempuan berbaju hitam ni mengganggu josh ialah sebab dia nakkan jasad josh yang sedang tiada roh sebab josh kan dah keluar dari badan dia untuk cari anak dia. jadi....semasa josh sedang kembali ke jasad dia, adakah benar-benar roh josh yang kembali atau hantu perempuan bergaun hitam yang berjaya masuk dahulu. sebab di akhir cerita elise dapat detect yang dalam badan josh adalah hantu bukannya roh josh yang sebenar. tapi belum sempat elise bagitau isteri josh (renai), dia dah mati kena cekik oleh josh.
![]() |
| part ni memang seram dan terkejut. tak pasal-pasal kaki aku terangkat masa part ni dan terus tengok tempat lain. |
dalam insidious 2 pula, josh berlagak seperti biasa seolah-olah dia memang josh yang sebenar. isteri, emak dan anak-anak dia pun tak mengesyaki apa-apa kecuali renai dia macam syak josh yang bunuh elise. tapi laporan forensik membuktikan bukan josh yang cekik elise. jadi renai lega. mereka telah berpindah di rumah emak josh (lorraine) sebab polis sedang membuat siasatan di rumah mereka. rumah lorraine adalah rumah keluarga dimana masa kanak-kanak dulu josh tinggal disana lah masa dia kena ganggu dengan hantu perempuan bergaun hitam tu. josh memang tak ingat semua tu sebab elise dah berjaya buat dia lupa masa mengubatkan dia masa dia kanak-kanak dulu.
![]() |
| hantu pempuan bergaun hitam |
semasa tinggal di rumah tersebut, mereka masih diganggu oleh hantu. piano bermain sendiri, hantu perempuan bergaun putih merayap-rayap dalam rumah dan sebagainya. lorraine mengesyaki josh iaitu anak dia adalah bukan josh yang sebenar. oleh sebab itu dia telah meminta tolong kepada 2 orang pembantu elise yang sama-sama terlibat semasa proses mencari dalton (insidious first) dulu. mereka telah meminta bantuan carl kawan lama kepada elise yang sama-sama bekerja dengan elise masa memulihkan josh masa kanak-kanak dulu. konpius tak apa aku cerita ni? hahaha. tujuan minta tolong carl adalah untuk panggil roh elise sebab hanya elise yang boleh tolong dorang setelkan masalah gangguan hantu yang tiada kesudahan ni. roh elise telah membantu mereka dengan memberikan petunjuk melalui huruf-huruf pada dadu. selepas berjaya menyiasat tentang hal sebenar dan siapa hantu-hantu yang mengganggu mereka sekeluarga maka lorraine menceritakan kepada renai. semasa ketiadaan lorraine, renai telah diganggu di rumah semasa tinggal berdua dengan anak dia yang kecik (keli).
![]() |
| hantu pempuan bergaun putih |
ok, tak boleh cerita sampai habis nanti dah tak suspen. korang tengok a. serius best dan seram. memang tak rugi beli tiket couple seat denga kos RM 34 untuk tonton movie ni. tapi untuk rasa best dan seram kena pastikan tonton insidious yang first dulu. kalau tak kompem blur.
![]() |
| lorraine, josh, dalton dan renai. |
ok sekian.
rasa-rasa macam ada insidous chapter 3 nanti. tak sabar nak tengok.
Monday, October 21, 2013
teringin
masa kecik-kecik dulu, bila masukkan arissa dalam baby cot dia melalak nak keluar. asal nak masukkan je dia keraskan badan. kalau paksa jugak, kompem melalak-lalak.
tapi skang bila dah besar ni, dia teringin pula nak duduk dan tido dalam baby cot. padahal baby cot ni dah jadi tempat simpan bantal, toto dan ntah apa tah. asal tak tau nak simpan barang kat mana, terus sumbat dalam baby cot ni. minggu lepas pergi kenduri akikah kawan encik capo. arissa asik mengendeng je kat katil baby tu. aku kat luar makan, dia sibuk nak masuk dalam rumah. lepas tu mengendeng kat tepi katil baby. rupa-rupanya nak masuk dalam katil baby tu.
kesian pulak tengok arissa masa tu. terus balik rumah aku kemas balik baby cot yang dah letak dalam bilik. letak tilam, bantal lepas tu angkut ke ruang tamu. arissa kemain excited nampak baby cot terus je suruh dukung letak dalam baby cot tu. suruh letak pemenan dan anak patung favourite dia. first time masukkan berjam jugak lah dia duduk dalam tu. tapi dah lama-lama masuk kejap-kejap je.
malam-malam kalau arissa tido dulu, aku akan angkat masukkan dia dalam baby cot. tapi kalau tido sama time, tido bawah atas toto lah sebab kompem dia taknak tido dalam baby cot tu malam-malam kalau dia sedar. tapi aku suka lagi arissa tido kat sebelah sebab boleh peluk. ;-). tido dalam baby cot tak boleh nak peluk. tapi takpe lah, sementara dia muat lagi tido dalam tu, bagi peluang dia merasa.
Thursday, October 17, 2013
angin
kejadian ni berlaku pada tahun 2010 masa aku tengah pregnant kan arissa. tahun 2010 tahun yang busy bagi aku sebab aku ditugaskan untuk handle satu sistem ni. kira high profile la punya sistem. disebabkan kekurangan programmer, maka aku sendiri willing untuk bangunkan sistem ni walaupun aku tak tahu guna php. (php ialah language open source yang biasa digunakan untuk bangunkan sistem. sape yang amik IT mesti tahu apa itu php -_^ ).sistem ni kira pentinglah dan user nak pakai urgent.
oleh sebab aku punya knowledge tentang php adalah zero maka aku selalu stayback di opis sampai malam hampir setiap hari. malah weekend juga aku selalu datang opis buat kerja. aku selalu guna internet untuk google coding seterusnya try and error pada sistem yang aku sedang bangunkan. aku stayback di opis ditemani encik capo yang juga satu opis dengan aku. kadang-kadang stayback sampai pukul 8. kadang-kadang terlajak juga sampai pukul 10 malam sebab kusyuk mengkoding. masa tu aku ada bilik. buat koding didalam bilik lebih fokus berbanding buat koding di partition macam skang. idea banyak je mencurah. huhuhu. kadang-kadang kat opis,malam-malam ada jugak staff lain yang datang. kadang-kadang aku dan encik capo berdua je.
panjang pulak intro aku nih. bila nak sampai part seram nih?
pada suatu malam (aku tak ingat pukul berapa mungkin dalam 8 lebih atau 9 malam) sedang aku buat koding seorang diri di dalam bilik, hati tetiba rasa tak sedap. rasa lain macam je. rasa macam diperhatikan. encik capo masa tu dalam bilik dia. bilik dia jauh sket dari bilik aku. so memang tak nampak la kalau nak meninjau dari bilik aku. walaupun kami berdua di opis tapi masing-masing buat hal sendiri dalam bilik masing-masing. aku pandang-pandang gak sekeliling kot-kot ada staff lain datang opis malam tu tanpa aku sedar tapi takde sesiapa pun sebab dari bilik aku memang nampak pintu utama. tak ada sesiapa yang masuk. disebabkan rasa tak sedap hati dan tiba-tiba rasa berdebar, aku pun angkat kaki nak pergi kat bilik encik capo. masa aku nak keluar dari bilik, aku tetiba terasa ada angin lalu betul-betul kat muka aku. terus aku terkaku di situ.
bila difikir secara logiknya, opis aku keliling memang berdinding dan bertingkap yang sentiasa tutup. mana pulak datangnya angin. sekali lalu pula tu dan betul-betul kat muka aku. lepas tu aku pun mengumpul keberanian jalan laju-laju kat bilik encik capo tanpa menoleh belakang dah. bila dah sampai bilik encik capo, macam biasalah tak cakap apa-apa. ajak balik bila dah balik baru bagitau.
nasib baiklah masa pegi kat lif, masuk dalam lif dan sepanjang perjalanan menuju ke kereta tak de dengar atau nampak apa-apa. memang sepanjang nak menuju ke kereta aku tak berhenti baca ayat kursi. kami pulang dengan selamat hari tu. tapi hari tu bukan hari terakhir aku stayback sampai malam kat opis. aku masih stayback lagi sebab kerja urgent kan. bila sistem dah siap dan stabil barulah aku tak kuasa nak stayback dan datang keje weekend lagi. bukan dapat claim OT pun. huhuhu.
sepanjang stayback itu je peristiwa seram yang tak berapa seram yang terjadi. eh eh kang cakap tak seram kang esok-esok jadi pulak yang seram. tak nak aku. baru angin lalu pun aku dah rasa seram. entah-entah angin tu masuk kat celah-celah tingkap kot-kot ada ruang (nak sedapkan hati je). jangan kau menjelma sudahlah. kalau pengsan oklah sebab tak sedar. dibuatnya tak pengsan-pengsan camne? huhuhu.
sekian.
**entri seram lepas ni nak citer pasal arissa yang diganggu.














